Thursday, December 8, 2016

UFO PADA ZAMAN PURBAKALA

Tahukah anda terdapat banyak lukisan-lukisan zaman lama dulu iaitu zaman sebelum adanya lagi televisyen, internet dan sebagainya, yang di dalamnya terdapat objek seakan-akan piring terbang, makhluk aneh dan seumpamanya.
Adakah ini bermakna, penampakan UFO-UFO itu sudah ada sejak dulu lagi?
Akan tetapi, ada teori yang mengatakan makhluk asing dari planet lain itu tidak munasabah. Kerana ada kajian yang mengatakan makhluk-makhluk itu sebenarnya adalah para jin dan sewaktu dengannya.
Berikut adalah lukisan2 tersebut...
'Musa' menerima Sepuluh Perintah dengan UFO di langit. Lukisan ini dari sebuah laci kayu yang disimpan di Earls D'Oltremond di Belgium.
UFO di langit ketika pembaptisan Yesus. Ini adalah lukisan yang bertajuk 'The Baptism of Christ' dilukis pada tahun 1710 oleh Aert De Gelder.

Yesus dan Maria di atas piring terbang di langit. Lukisan dari tahun 1388-1440 ini telah dihasilkan oleh Masolino Da Panicale dan kini berada di gereja Santa Maria Maggiore, Florence, Itali.
UFO dilihat ketika perang tahun 776. Lukisan ini terdapat dalam manuskrip dari abad ke-12 yang dipanggil Laurissenses Annales.
Madonna dengan Saint Giovannino, terdapat UFO di langit. Lukisan dari sekitar abad ke-15 ini kemungkinan besar dilukis oleh Domenico Ghirlandaio.
Sebuah Fresco (merupakan lukisan yang dilakukan pada siling atau dinding) dalam Katedral Svetitskhoveli di Mtskheta jelas menunjukkan di latar belakang lukisan penyaliban ini ada dua objek seperti piring terbang dan jika anda 'zoom in' anda boleh melihat wajah-wajah seperti manusia dalam imej piring terbang itu.
Lukisan Jepun dengan piring terbang. Ini adalah lukisan yang ada kaitan dengan piring terbang yang sangat menarik dari Haratonohama, Hitachi, Jepun pada tahun 1803. Ini adalah lukisan semula dari lukisan asal.

Lukisan yang dipanggil 'Annunciation' dari tahun 1486 yang dihasilkan oleh Carlo Crivelli.
Penampakan UFO di Perancis pada kurun ke 6
Penampakan di Hamburg, Jerman, tahun 1697.

Beberapa lukisan dalam piramid di Mesir
Lukisan dalam gua di Kimberly, Australia. Dianggarkan oleh ahli arkeologi berusia 5,000 SM.
Lukisan dalam gua di Kimberly, Australia
Lukisan dalam gua di Kimberly, Australia

Kredit:
belogmystery
theghostdiaries
alien-ufo-research
ufo-contact

-Debu-

No comments:

Post a Comment