Suatu ketika dulu, Serigala Jadian merupakan mitos yang amat digeruni. Cerita serigala jadian boleh didapati sejak sejarah ditulis dan mitosnya berada di seluruh dunia dari China ke Iceland dan Brazil ke Haiti.
Kejadian yang sering dikaitkan dengan serigala jadian ialah malam bulan mengambang penuh. Menariknya, tidak seperti kebanyakan filem, serigala jadian ‘sebenar’ boleh berubah kejadian pada bila-bila masa tanpa menanti bulan penuh!
Mari kita lihat samada kisah serigala jadian ini mitos atau fakta.
Anda nilaikanlah sendiri...
1. DISUMPAH MENJADI SERIGALA
Sebahagian kisah paling awal serigala jadian diperoleh daripada sumber Romania dan Greek. Ia dikatakan bermula apabila Raja Lycaon dikunjungi Dewa Zeus. Tidak mempercayai yang melawatnya adalah dewa, dia memutuskan untuk menguji dengan menghidangkan daging manusia dalam satu hidangan meraikan kedatangan dewa terbabit. Sebaik mengetahui helah itu, dewa berkenaan menukar Raja Lycaon menjadi serigala jadian.
2. KISAH DARI PERANCIS
Pada 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan makan daging manusia yang dibunuhnya. Garnier mengaku dia membunuh dan makan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian.
Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam. Syaitan itu memberi krim ajaib yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta makan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian. Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan makan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.

3. KISAH DARI PERGUNUNGAN AUVERGNE
Dalam satu kisah pada 1588 di pergunungan Auvergne, kisah mengenai serigala jadian betina berdarah raja begitu popular. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki bangsawan melihat ke luar tingkap biliknya dan ternampak pemburu yang diupah memeriksa keadaan pondok di belakang istana.
Ketika di dalam hutan, dengan masih diperhatikan tuannya, pemburu itu terserempak dengan serigala. Dalam pergelutan, dia berjaya memotong tapak kaki haiwan itu dan meletakkan di dalam beg yang dibawa. Sebaik kembali ke istana dengan cenderamata mengerikan itu, pemburu berkenaan membuka begnya untuk menunjukkan bukti pergelutan dengan serigala.
Anehnya, di dalam beg itu bukan lagi tapak kaki haiwan, sebaliknya mengandungi tangan wanita memakai sebentuk cincin emas. Lelaki bangsawan berkenaan mengenali cincin itu, mengarahkan pemburu pergi dari istana dan segera mencari isterinya.
Dia menemui isterinya di dapur, sedang merawat luka pada lengannya. Apabila membuka balutan, barulah dia mengetahui tangan isterinya sudah dipotong. Akhirnya wanita itu mengakui bertukar menjadi serigala. Dengan pengakuan itu, dia akhirnya menerima hukuman mati dengan dibakar.

4. KISAH DARI O'NEAL, TALBOT
Sementara itu, satu-satunya serigala jadian dalam sejarah Georgia dikatakan di daerah O’Neal di Mukim Talbot. Warga tua daerah berkenaan menceritakan kisah seorang lelaki yang boleh menjadi serigala jadian dan membaham ternakan biri-biri mereka.
Penduduk kampung mengadu banyak biri-biri mereka diserang walaupun ada beberapa pengawal di pusat kawalan. Lebih membingungkan, ia tidak dimakan oleh penyerang tapi ia dibunuh seolah-olah untuk keseronokan.
Pemilik tanah semakin mengetatkan kawalan dan mengadakan perangkap. Lebih ramai pengawal disediakan untuk mengawal biri-biri pada waktu malam, pemburu profesional dibawa masuk ke kampung dan raifal baru turut dibeli sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat membunuh penyerang sehinggalah menemui seorang lelaki yang dianggap sebagai seorang yang kuat bekerja dan mulia.
“Di Bohemia, kami berdepan masalah yang sama. Penduduk kehilangan biri-biri sehinggalah seseorang memberitahu kami mengenai legenda serigala jadian. Ia membunuh kerana seronok, cuma untuk merasai darah. Jadi, penduduk telah melakukan perkara yang sama seperti apa yang saya minta awak lakukan. Ini palang perak milik saya. Ambil dan cairkan ia menjadi bentuk peluru. Ia satu-satunya cara serigala jadian dapat dibunuh,” katanya.

Penduduk kampung mengambil nasihat itu dan seorang penduduk memasukkan peluru berkenaan di dalam raifal.
Pada malam kedua, dia ternampak serigala dan menyasarkan tembakan tepat pada sasaran. Haiwan itu menjerit kuat tetapi kedengaran lebih kepada jeritan seorang perempuan. Bangkai haiwan itu tidak ditemui tetapi penduduk menemui kaki kiri depan yang jelas terputus akibat terkena tembakan peluru perak. Kejadian menyerang biri-biri tidak lagi berlaku.
Beberapa tahun kemudian barulah seorang doktor mendedahkan pada malam kejadian tembakan itu juga dia merawat tangan seorang wanita muda yang kelihatan seperti cedera terkena peluru yang memutuskan tangannya.

5. DISEBABKAN PENYAKIT 'LYCANTHROPY'
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia, manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?
Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis, ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan makan daging manusia lain.
Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘Lycanthropy’. Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata,
“Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
Antara tahun 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian!

6. PENYAKIT HYPERTRICHOSIS YANG DIKAITKAN DENGAN SERIGALA
Selain sindrom Lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.
Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.
Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

-Debu-
No comments:
Post a Comment