Monday, December 12, 2016

BINATANG APA YANG BUKAN BURUNG TETAPI BOLEH TERBANG??

1. FLYING FROG
Katak terbang mempunyai kaki berselaput dan penutup kulit yang membolehkan untuk bergerak secara aerodinamis melalui pokok-pokok di hutan. Malah, katak terbang menghabiskan seluruh kehidupannya di pokok-pokok, hanya turun untuk makan dan bertelur. Katak terbang menyamarkan diri di daun sekelilingnya, mengurangkan ancaman pemangsa dan membolehkannya untuk memburu serangga.

2. FLYING FISH
Ditemui di semua lautan. Ikan terbang menggunakan sirip dada besar mereka untuk meluncur 50 meter di atas air ketika diancam oleh pemangsa. Untuk terbang di udara, ikan terbang akan mengepakkan ekornya 70 kali per saat. Ekor juga digunakan untuk menekan air bagi membolehkan ia meluncur beberapa saat di udara sebelum turun ke laut. Ikan terbang mampu melayang lebih lama di udara dengan meluncur mengikuti arus udara dan laut yang kuat.

3. GLIDING LIZARD
Nampak seperti makhluk lagenda naga cuma ia tidak menyemburkan api. Panjang binatang ini hanya 9 cm, dengan ekor lebih panjang dari badannya. Haiwan ini menggunakan penutup kulit di bawah lengannya yang memungkinkan untuk melayang dari puncak pokok ke puncak pokok lainnya. Makanannya adalah serangga. Hidupnya selalu di atas pokok, hanya ketika sudah menemui pasangan sahaja, haiwan ini meluncur turun ke dasar hutan untuk bertelur.

4. GLIDING ANT
Semut ini sangat bergantung pada kelajuan angin dan udara untuk dapat melayang. Ia juga mampu memandu arah dengan baik dan dapat mengatur ke arah mana mereka akan melayang dan mendarat.

5. SQUIRREL GLIDER
Sudah hampir pupus sejak tahun 1939, hanya baru-baru ini ia disahkan bahawa tupai peluncur masih hidup, tinggal di hutan kering Selatan-Australia Timur. Tupai peluncur adalah poligami marsupial yang memakan buah-buahan dan kacang, dan bersembunyi dari rubah dan burung hantu.

6. FLYING SQUID
Ketika melarikan diri dari pemangsa, sotong ini melompat terbang dari laut dan boleh tetap melayang di udara hingga beberapa meter. Untuk terbang di udara, sotong ini akan meniup keluar air untuk membawanya keluar dari laut. Oleh sebab itu sotong ini dianggap binatang-jet yang mempunyai kemampuan meluncur seperti jet. Sirip kecilnya dapat membantu memberikan keseimbangan semasa meluncur.

7. FLYING SNAKE
Tanpa sayap, sirip atau anggota badan, ular terbang ini mampu bergerak dari satu pokok ke pokok lainnya dengan melompat dan melayang. Ketika di pokok, ular terbang ini bergerak ke hujung cabang. Di sini, ia mengangkat tubuhnya, menghisap udara ke dalam-dalam perut dan tulang rusuk yang menonjol keluar sehingga berbentuk cekung. Lalu ia menghentakkan ekornya, ular terbang meluncur bebas di udara untuk mencapai cabang berikutnya. Ular terbang adalah berbisa, wujud di Asia Selatan dan sering menelan mangsanya yang juga boleh terbang seperti burung dan kelawar.

8. FLYING LEMURS
Flying lemur dari Filipina mempunyai kaki berselaput besar dan ekor kaki panjang, yang dihubungkan oleh membran pada anggota hadapan badannya. Makhluk malam ini dulu pernah diburu untuk dijadikan sebagai salah satu menu makanan yang lazat, tetapi kini, ia telah diletakkan pada spesies hampir pupus.
9. FLYING GECKO
Cicak terbang mempunyai jaring-jaring dari membran yang meliputi badannya, yang membolehkannya untuk melayang di udara dan melekat pada pokok sewaktu mendarat. Cicak terbang bergantung pada penyamaran untuk melindungi diri dari pemangsa, seperti labah-labah besar.

Kredit: selongkar10

-Debu-

No comments:

Post a Comment