Tuesday, December 13, 2016

AGHARTA

Banyak kebudayaan di dunia mempunyai mitos dan lagenda mengatakan bumi memiliki lubang yang berada di bawah tanah.
Dari kebudayaan Yunani kuno, mereka percaya ada kehidupan di bawah dan mereka juga percaya bahawa neraka itu sendiri berada di suatu tempat di bawah panasnya permukaan bumi.
Masyarakat moden percaya ada satu kerajaan besar di bawah sana, yang memunculkan spekulasi bahawa bumi memiliki lubang di permukaan sebagai jalan menuju ke sana. Mereka percaya ada kota bawah tanah di mana di dalamnya tinggal beragam ras asing.
Ramai yang percaya UFO datang dari kota ini, tempat yang dibangunkan dengan teknologi super canggih. Mereka juga percaya ada pesawat luar angkasa yang ditanam di perut bumi, menunggu saatnya keluar.

Agharta dipercayai adalah nama untuk kota tersebut. Ramai dari mereka yang tinggal di sana adalah keturunan dari yang awalnya tinggal di permukaan bumi.
Berdasarkan lagenda, orang-orang Atlantis kuno dan Lemuria melarikan diri ke bawah tanah semasa perang besar dan mereka membangunkan kota tersebut. Hari ini, keturunan mereka masih hidup di bawah sana. Ada yang percaya kota lagenda, Shamballa, adalah ibukota Agharta.
Bagaimana masyarakat kuno boleh merancang hal yang seperti itu? Dan bagaimana UFO menemui jalannya ke sana?
Lagenda menyatakan ada banyak jalan masuk ke sana di serata dunia. Tempat-tempat ini biasanya berupa monumen atau 'landmark' yang terkenal, di antaranya ialah Kentucky Mommoth Cave di KY, gunung Himalaya di Tibet, Piramid Giza di Mesir, Kutub Selatan, Kutub Utara, lombong Raja Sulaiman, Rama di India dan masih banyak lagi tempat-tempat yang mereka percayai.
Bercakap tentang India, sebahagian masyarakat percaya ada satu ras bawah tanah yang wajahnya menyerupai ular yang tinggal di dalam kota bawah tanah, dan seringkali berperang dengan Agharta.
Makhluk menyerupai ular yang dikenali sebagai “nagas” ini memberi manusia banyak masalah seperti penindasan dan penculikan. Ramai orang dan para 'supranatural' mendakwa mereka telah ada cara untuk berhubungan dengan para penghuni bawah tanah.
Ada khabar angin mengatakan Hitler pernah menghantar pasukan pengkaji ke Antartika untuk mencari jalan masuknya.

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment