Monday, December 12, 2016

KISAH TSABIT BIN QAIS


Tsabit bin Qais adalah salah satu sahabat yang menjadi juru bicara Rasulullah. Kata-kata yang diucapkannya tampak tegas dan keras.
Pada suatu hari, utusan-utusan dari semenanjung Arab datang menemui Rasulullah. Ketika itu, utusan dari Bani Tamim menunjuk Utharid bin Hajib sebagai juru bicara mereka. Selain mengungkapkan maksud kedatangan mereka, Utharid juga mengungkapkan kelebihan-kelebihan dari Bani Tamim dengan sangat bangga.
Setelah itu, Rasulullah meminta Tsabit bin Qais untuk berdiri dan berbicara sebagai juru bicara Rasulullah. Tsabit pun berdiri, dengan tegas dan keras dia berkata,
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Langit dan bumi adalah ciptaan Allah. Titah Allah berlaku di langit dan bumi. Ilmu Allah meliputi kerajaan-Nya. Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa dan bersuku-suku melalui kudrat-Nya. Allah telah memilih makhluk-Nya yang terbaik untuk menjadi seorang Rasul-Nya. Rasul-Nya adalah orang yang berwibawa dan jujur. Allah membekalinya dengan Al-Quran dan memberinya dengan amanat. Rasul-Nya telah membimbing ke jalan persatuan umat. Dia adalah manusia pilihan Allah. Dia juga menyeru manusia untuk beriman kepada Allah. Kemudian kaum Ansar dan Muhajirin menjadi pengikutnya. Kami adalah pembela agama Allah dan penyokong Rasul-Nya."
TAKUT MENJADI SOMBONG
Tsabit adalah seorang yang berakhlak mulia, dia sangat mengutamakan ketakwaannya kepada Allah. Dia selalu menghadapkan jiwanya kepada Allah semata. Hal ini terbukti ketika turun ayat 18 Surat Luqman,
“Dan janganlah kamu memalingkan muka mu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
Mendengar ayat itu, Tsabit menutup pintu rumahnya dan menangis. Hal itu berlangsung cukup lama. Ketika Rasulullah mendengar kejadian itu, Rasulullah segera memanggil dan bertanya kepada Tsabit.
Tsabit mengatakan bahawa dirinya menyukai pakaian dan sepatu/alas kaki yang bagus sehingga ia sangat takut dirinya termasuk orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.
Mendengar perkataan Tsabit, Rasulullah tertawa dan berkata,
“Wahai Tsabit, engkau bukan termasuk golongan mereka. Bahkan, engkau hidup dengan kebaikan dan engkau akan wafat dengan masuk syurga."
Pada suatu ketika Rasulullah menerima wahyu, ayat 2 surat Al-Hujurat,
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari”.
Ketika mendengar ayat itu, Tsabit menutup pintu rumahnya dan menangis lagi. Kemudian, Rasulullah mengirim seseorang untuk memanggil Tsabit. Tsabit pun datang menemui Rasulullah.
Ketika ditanya, Tsabit menjawab,
“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang yang bersuara keras. Aku juga pernah meninggikan suaraku hingga lebih keras dari pada suaramu, ya Rasulullah. Dengan demikian, amalanku selama ini akan terhapus. Apabila hal itu terjadi, aku akan masuk neraka."
“Wahai Tsabit, engkau bukanlah termasuk golongan mereka. Engkau akan hidup terpuji dan mati syahid di medan perang. Allah pun akan memasukkan ke dalam syurga”.
MELANGSAIKAN HUTANG MELALUI MIMPI
Tsabit tidak hanya pandai dalam hal berbicara dan berakhlak mulia, dia juga menyertai perjuangan Rasulullah di medan perang.
Ketika terjadi perang Yamamah (zaman Khalifah Abu Bakar), Tsabit ikut berperang melawan tentera Musailamah al-Kazab dan mati syahid dalam keadaan mengenakan baju besi yang bagus dan berharga mahal.
Ada seorang tentera muslim yang mendekati jenazahnya, lalu mengambil baju besi tersebut. Pada saat yang lain, seorang sahabat lainnya bermimpi didatangi Tsabit seraya berkata,
"Aku berwasiat kepadamu. Jangan beranggapan ini sekadar mimpi lantas kamu melupakannya. Sewaktu kelmarin aku mati syahid, seorang muslim mendekati jenazahku dan mengambil baju besiku. Posisi orang itu di barisan belakang pasukan. Di khemah orang itu ada seekor kuda yang tingginya sederhana. Dia menyimpan baju besiku di dalam periuk dan periuk itu diduduki seseorang, temuilah Khalid bin Walid (Panglima) dan suruhlah dia mengambilnya. Bila sudah kembali ke Madinah, temui Khalifah Abu Bakar, lalu katakan padanya bahawa aku ada tanggungan hutang dan mohon hamba-hambaku agar dimerdekakan".
Sahabat yang bermimpi tersebut mendatangi Khalid dan menceritakan mimpinya. Akhirnya Khalid berjaya mengambil baju besi tersebut dan menyerahkan kepada Abu Bakar seperti yang dipesan oleh Tsabit. Beliau kemudian melaksanakan wasiat Tsabit seraya berkata,
"Kami belum pernah melihat seorang pun wasiatnya disampaikan setelah mati, selain dari wasiat Tsabit bin Qais".
Abu Bakar, Khalid dan sahabat sepakat melaksanakan wasiat Tsabit yang sudah wafat melalui mimpi seseorang. Ini menunjukkan kedalaman pemahaman mereka terhadap hakikat kehidupan barzakhiyah.
Wallahua'lam...

Kredit:
dunia-nabi
barokalloh

-Debu-

No comments:

Post a Comment