Sunday, December 4, 2016

FOTO-FOTO YANG TERHEBAT DALAM SEJARAH KEWARTAWANAN

Tidak ramai yang tahu, di sebalik gambar-gambar yang popular seluruh dunia ini mengandungi kisahnya tersendiri...

1. Southern Sudan

Kevin Carter mengambil gambar ini di selatan Sudan. Gambar ini menunjukkan seorang budak perempuan menunggu detik terakhir kematian dengan burung hering bersedia untuk memamah bangkainya.

Dengan gambar ini, beliau memenangi Pulitzer Prize iaitu anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan.

Akan tetapi, anugerah yang diperolehinya itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi kerana mendapat cemuhan daripada masyarakat dunia kerana mereka menganggap beliau melanggar etika kemanusiaan dengan membiarkan budak Sudan ini meninggal dunia di depan matanya.

Kevin Carter akhirnya membunuh diri pada 27 Julai 1994.

2. Volcano Victim

Gambar ini diambil oleh wartawan Perancis, Frank Fournier ketika tragedi letusan gunung berapi di Nevado del Ruiz.

Gambar ini menunjukkan Omayra Sánchez,13 sedang diselamatkan oleh sukarelawan selepas bertarung nyawa selama 3 hari akibat terperangkap di dalam air.

Malangnya, Omayra gagal diselamatkan akibat hypothermia dan gangrene. Beliau meninggal dunia selepas tiga jam diselamatkan.

Ironinya, beliau kelihatan ceria ketika hendak diselamatkan tetapi mengalami sedikit halusinasi akibat terperangkap terlampau lama di dalam air.

Selepas tersebar gambarnya di akhbar seluruh dunia, ia telah mencetuskan kontroversi kerana mempersoalkan tindakan wartawan Frank Fournier yang mengambil gambar Omayra dan juga kerajaan Colombia yang seperti tidak mengambil langkah berjaga-jaga biarpun amaran awal telah dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, gambar ini telah melayakkan Frank Fournier untuk memenangi World Press Photo award pada 1986.

3. Soweto Riots

Gambar menyayatkan hati ini diambil oleh Sam Nzima, wartawan daripada Afrika Selatan. Gambar ini telah menarik perhatian dunia sebaik sahaja ia disiarkan oleh sebuah akhbar daripada Afrika Selatan, The World.

Gambar ini jelas memaparkan salah seorang daripada remaja terawal yang terkorban dalam rusuhan kaum kulit hitam, Hector Pieterson,12 dipangku oleh Mbuyisa Makhubo serta diiringi dengan emosi oleh kakak Hector, Antoinette Pieterson,17.

Rusuhan kaum yang dikenali sebagai Suweto Riot ini berlaku pada 16 Julai 1976. Golongan muda kulit hitam bangkit membantah pihak berkuasa Afrika Selatan yang jelas mengamal dasar Apartheid.

Rusuhan ini semakin tegang apabila mengakibatkan kematian kira-kira 566 orang yang kebanyakkannya daripada kaum kulit hitam.

Tanggal 16 Julai telah dipilih sebagai Hari Belia di Afrika Selatan.

4. Construction Workers

Gambar yang membuatkan anda berasa seriau ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Charles C. Ebbets pada 29 Septembar 1932.

Gambar ini diambil ketika pembinaan GE Building di Rockefeller Center pada 1932.

Untuk pengetahuan anda para pekerja ini berada di tingkat 69!!

5. Soldier’s Despair

Gambar beremosi ini diambil oleh wartawan Detroit Free Press, David Turnley ketika Perang Teluk I pada tahun 1991.

Kelihatan dalam gambar ini, Sarjan Ken Kozakiewicz meraung kesedihan apabila mendapati rakan baiknya di medan perang, Andy Alaniz meninggal dunia selepas kejadian 'friendly fire'.

Gambar ini kemudiannya dihalang penyiarannya di dalam akhbar oleh Pentagon.

6. Unknown Refugee

Gambar ini diambil oleh jurugambar National Geographic, Steve McCurry di Afghanistan ketika pencerobohan Soviet Union di sana.

Gambar ini mula diambil pada 1983 tetapi hanya disiarkan pada 1985 di majalah National Geographic.

Perempuan di dalam gambar ini adalah salah seorang daripada ribuan pelarian di satu kem pelarian Afghanistan. Identiti perempuan ini tidak dapat dikenalpasti.

7. Einstein

Gambar menarik ini diambil oleh Arthur Sasse pada 14 Mac 1951. Gambar ini menunjukkan sikap lucunya.

Gambar ini menarik perhatian ramai masyarakat kerana inilah satu-satunya gambar Einstein dengan ekspresi yang menarik.

8. Churchill

Potrait Perdana Menteri Britain ketika Perang Dunia ke-2, Winston Churchill ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Yousuf Karsh. Disebabkan gambar ini, kedua-dua individu ini menjadi popular.

Yousuf Karsh paling banyak menerima impaknya kerana gambar yang diambilnya ini banyak kali muncul di dalam majalah-majalah dan surat khabar sehingga ia pernah menjadi muka depan kepada majalah Life Magazine.

9. 9/11

Richard Drew sempat mengambil gambar detik-detik cemas semasa tragedi 9/11.

Gambar menyayatkan hati ini menunjukkan bagaimana seorang insan memilih untuk terjun daripada terus terperangkap di dalam bangunan WTC tersebut.

10. Marliyn

Tidak salah jika dikatakan gambar inilah yang paling tersohor di kalangan banyak gambar.

Gambar ini menunjukkan ikon seks tahun 60-an, Marilyn Monroe mempamerkan gaya seksinya yang mana dengan pantas menjadi buah mulut masyarakat dunia.

Gambar ini diambil dalam filem lakonannya, The Seven Year Itch.

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment