Wednesday, December 28, 2016

BANCIAN PENDUDUK SEMASA ZAMAN KUNO


Penghitungan jumlah penduduk atau bancian penduduk telah berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu. Bancian penduduk pertama kali dilakukan oleh bangsa Babylon pada tahun 3800 SM.
Ada catatan yang menunjukkan bancian tersebut dilakukan setiap 6 atau 7 tahun sekali. Dalam bancian tersebut, yang dikira adalah jumlah penduduk dan haiwan ternakan, serta jumlah mentega, madu, susu, kapas dan sayuran.
Bangsa Mesir mula melakukan bancian penduduk pada 2500 SM, dengan tujuan untuk mengira jumlah pekerja yang diperlukan untuk pembangunan piramid. Bancian ini juga digunakan sebagai informasi untuk rancangan pembahagian bantuan jika terjadi banjir tahunan Sungai Nil.
Di Asia, bancian penduduk tertua telah dilakukan oleh bangsa Cina semasa Dinasti Han pada tahun 2 SM. Bancian ini agak tepat dan tercatat jumlah penduduknya ketika itu 59,600,000 orang yang terdiri dari 12,360,000 pasangan suami isteri. Populasi terbesar di dunia ketika itu.
Bagi bangsa Rom, bancian adalah kunci kepada sistem pengurusan negara dan dilakukan setiap 5 tahun sekali. Dalam bancian Rom, yang dikira adalah jumlah penduduk dan harta mereka. Tujuannya supaya negara dapat membahagi hak dan kewajiban bagi rakyatnya.
'Sensus' berasal dari perkataan Rom kuno, dari bahasa latin “censere” yang bermaksud “perkiraan”.
Jika bancian sedang dilakukan di Rom, setiap rakyat dan keluarganya harus kembali ke tempat kelahiran ketua keluarga untuk dihitung. Sejarahwan yakin bancian penduduk di Rom dimulakan oleh Raja Servius Tullius pada abad ke-6 SM. Ketika itu, jumlah rakyat Rom berjumlah 80,000 orang.
Injil juga bercerita tentang bancian penduduk. Dalam 'Kitab Bilangan' terdapat kisah mengenai perhitungan populasi bangsa Israel semasa dalam pembuangan di Mesir. Raja Daud dan Raja Sulaiman juga pernah menghitung populasi untuk semua orang asing yang ada di Israel. Dalam Injil Matius juga diceritakan bahawa Yesus lahir ketika bancian penduduk Rom.

Kredit: sejarahdk

-Debu-

No comments:

Post a Comment