Tuesday, December 13, 2016

SAMPUL BUKU YANG DIBUAT DARIPADA KULIT MANUSIA


Sampul sebuah buku lama dari abad ke-19 yang menjadi sebahagian dari koleksi di perpustakaan Universiti Havard dibuat daripada kulit manusia asli.
Melalui ujian makmal, buku yang bertajuk 'Des destinees de l'ame' karya penulis Perancis, Arsene Houssaye terbukti sampulnya dibuat daripada 99.9% asli kulit manusia.
Menurut keterangan wakil perpustakaan Harvard University, buku tersebut merupakan hadiah Houssaye kepada Dr. Ludovic Bouland pada tahun 1880-an. Houssaye menggambarkan buku tersebut sebagai 'meditasi tentang jiwa dan kehidupan setelah mati'.
Bouland kemudian membalut buku tersebut dengan sampul yang dibuat dari kulit mayat seorang pesakit gangguan mental yang meninggal kerana strok. Identiti pemilik kulit tersebut tak diketahui hingga sekarang kerana ketika meninggal dunia, tak ada anggota keluarga atau saudara yang menuntut mayat wanita tersebut.
Di buku itu sendiri, Bouland meninggalkan catatan yang mengukuhkan kisah seram mengenai buku itu,
"Sebuah buku tentang jiwa manusia layak mendapatkan sampul dari manusia."
Buku milik Bouland ini bukan yang pertama dan satu-satunya yang dihiasi kulit manusia. Menyampuli buku dengan kulit manusia sudah berlangsung sejak berabad-abad lalu.
Sejak abad ke-16, kulit mayat penjenayah akan dijadikan sebagai sampul buku. Ada juga anggota keluarga seseorang yang sudah meninggal, sengaja memesan buku dengan sampul yang dibuat dari kulit mendiang sebagai kenang-kenangan.
Ketika ini, buku 'Des destinees de l'ame' merupakan satu-satunya koleksi buku milik Harvard yang bersampul kulit manusia.

Kredit: Tantri Setyorini

-Debu-

No comments:

Post a Comment