Showing posts with label Mya. Show all posts
Showing posts with label Mya. Show all posts

Saturday, March 4, 2017

Petua membersihkan buah anggur daripada salutan wax


1. Masukkan anggur ke dalam bekas dan tabur tepung gandum
2. Biar seketika dalam 5 ke 10 minit
3. Basuh dan keringkan
Hasilnya anggur jadi lebih bersih, berkilat dan manis tanpa rasa pahit dan kelat.

-mYa-

Kasih seorang ibu...

Terbaik!! Kasihnya seorang ibu tak pernah rasa terbeban nak bawa anak ke tempat kerja mcm ni.. Kendong anak, meriba anak sambil buat kerja. Kalau kita mesti dah stress. ðŸ˜‚😂
"Licia Ronzulli salah seorang ahli parlimen Europe membawa anaknya Vittoria ke parlimen dari anaknya baru dilahirkan sehingga berusia 2 tahun".






-mYa-

Monday, February 13, 2017

Puding Trifle

Hai awak2..
Hari ni cheq terrrajin nak share Puding Trifle super senang cara cheq.. Dessert ni cheq hanya buat kalau rajin tu pun setahun sekali..
Kalau rajin buat pun takdak tukang makan.. haha.. Kang sorang2 makan kena potong kaki pulak sbb mmg cheq tak suka makan atau minum yg manis2.. Ok.. Bahannya ada kat bawah noo..

Bahan A
1 kek swiss roll (cheq guna perisa pandan)
- Potong agak2 tebal 1 cm.
Bahan B (untuk kastard)
1 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula (boleh kurangkan klau tak mau manis)
1 tin susu cair
-satukan semua kedalam periuk.. Kacau sebati.. Pastu baru letakkan atas dapuq dgn api yg slow2 manja.. Teruskan mengacau jangan tinggai tinggaikan nnti kastard berketui dn hangit kat bwh jd tak cantik naa. Kacau sampai pekat, likat dn berkilat pastu tutup api.
Bahan C
1 tin fruit cocktail.
-asingkan air dn buah.. Gunakan buahnya saja.
Bahan D
1 kotak Kristal Jelly Brand Nona.. (cheq suka perisa strawberi)
-Masak mengikut arahan pd kotak noo.. cheq tmbhkan 3 atau 4 urat agar2 biasa sbb takmau nnti jelly tu terlalu lembik dn susah beku.

Mula2 potong kek gulung susun dan tekan sikit bg rata sekata dalam bekas yg paling comey yg awak ada. Nak acuan besaq pun boleh tp kena muat semua bhn2 noo.

Bila kastard dah siap tuang rata2 mcm ni noo.. Agak2 ada ruang utk buah dn jelly nnti.

Mcm ni kejadian dia. Masa tuang jelly panas2 tu hati2 naa jgn sampai berlubang kastard tu kang nampak pulak lubang mcm cheq buat tu
Silakan SHARE kalau rasa2 bermanfaat dan dpt jugak bg idea pd orang rumah kalau rasa2 teringin nak mkn.. Selamat Mencuba.. Babai.. ðŸ˜„

Ikhlas dr -mYa-

Saturday, January 14, 2017

MAKANAN MANUSIA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH KUCING

Pemilik kucing perlulah berhati hati dengan setiap makanan yang dihidangkan kepada para tetamu. Pemilik kucing perlu mengetahui tentang makanan yang boleh memudaratkan kucing kerana kucing adalah sebahagian daripada keluarga, jadi secara semulajadinya ia mahu berkongsi makanan dengan anda. Walaupun kucing anda mungkin tidak berminat dengan makanan yang anda makan tetapi masih terdapat makanan yang boleh menarik perhatian mereka namun makanan tersebut merupakan sesuatu yang tidak boleh dimakan oleh kucing anda.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Mana-mana makanan yang tidak dirumuskan khusus untuk kucing boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman, menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit, atau hilang selera makan. Berikut adalah beberapa makanan yang membahayakan kucing iaitu:
a) Alkohol
Kucing boleh mabuk, tetapi ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan otak. Satu sudu alkohol boleh menyebabkan kucing dewasa dalam keadaan koma dan sekiranya diberikan lebih sedikit boleh membunuh kucing anda.

b) Chocolate
Sebatian dalam coklat yang menjadi perhatian utama adalah theobromine. Ia ada dalam semua bentuk coklat, dan paling tertumpu dalam coklat gelap dan coklat baking tanpa gula. Penggunaannya boleh menyebabkan aritmia jantung, gegaran otot, atau sawan. Coklat juga mengandungi caffeine.

c) Coffee, Teh dan Minuman Tenaga
Minuman dan makanan berkafein yang lain boleh menyebabkan kucing anda untuk menjadi resah, mempunyai pernafasan cepat, jantung yang berdebar-debar dan kekejangan.

d) Produk Tenusu
Kucing menunjukkan kesan negatif terhadap laktosa apabila mereka dewasa. Jika produk tenusu ini dimakan oleh kucing, ianya boleh menyebabkan muntah-muntah dan diarrhea.

e) Lemak, Daging mentah, Telur dan Ikan
Sila berunding dengan doktor haiwan anda atau pakar pemakanan veterinar sebelum menambah makanan ini dalam diet pemakanan kucing anda, kerana ada yang berisiko muntah, cirit-birit, Salmonella atau E. coli apabila diberikan tanpa pemantauan.

f) Anggur dan Kismis
Kucing tidak mungkin akan memakannya, dan tidak ada laporan kucing jatuh sakit daripada pengambilan makanan ini. Walau bagaimanapun, anjing boleh mengalami kegagalan buah pinggang akut apabila memakan anggur atau kismis, jadi jalan yang terbaik adalah tidak mengambil risiko terhadap kesihatan kucing anda dan dari membiarkan dia memakan makanan ini.

g) Bawang merah dan bawang putih
Semua bawang boleh menyebabkan masalah jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Sedikit bawang merah atau bawang putih yang terdapat dalam sos mungkin tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, apabila ia memakan ulas bawang putih atau bawang merah boleh menyebabkan gangguan pencernaan. Sekiranya kucing makan beberapa jenis bawang secara kerap, ia boleh menyebabkan anemia. Makanan bayi yang diperbuat daripada daging sering diletakkan bersama sama dengan bawang merah atau putih, jadi anda perlu membaca label dengan berhati-hati jika anda memberi makanan ini pada kucing anda.

h) Tuna Untuk Manusia (tin)
Tuna apabila dibuat untuk makanan kucing adalah betul-betul halus baginya. Sebaliknya, tuna bagi kegunaan manusia boleh menyebabkan gangguan pencernaan apabila diberi walaupun dalam jumlah yang kecil. Ia juga boleh menyebabkan kucing dalam keadaan yang menyakitkan yang dipanggil steatitis, atau radang lemak badan, apabila diberi makan secara kerap.

I) Xylitol
Xylitol adalah pemanis yang digunakan dalam banyak makanan terutamanya gula-gula getah. Tiada rekod kucing jatuh sakit dari produk ini, namun pada anjing ia boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan diikuti dengan kegagalan hati. Oleh itu adalah lebih baik anda mengambil langkah berjaga jaga dan tidak membiarkan kucing anda makan makanan yang mengandungi bahan ini.

PERAWATAN SEMENTARA
Jika anda mengesyaki kucing anda makan makanan diatas, cuba tentukan berapa banyak makanan yang kucing anda mungkin makan.Rujuk kepada doktor haiwan anda untuk mendapatkan nasihat tertentu; dalam banyak kes, makan dalam kuantiti yang kecil tidak mungkin menjadi masalah tetapi kuantiti yang besar mungkin memerlukan anda mendorong kucing anda muntah atau membawanya ke klinik haiwan. Jika doktor haiwan anda tidak bersedia atau tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, maka untuk menangani keadaan ini, hubungi hospital haiwan yang terdekat. Ini adalah penting terutamanya jika kucing anda memaparkan tanda-tanda seperti gegaran otot atau muntah berulang.

RAWATAN
Rawatan melibatkan penjagaan sokongan sehingga simptom-simptom kelihatan. Ini mungkin melibatkan kemasukan ke hospital, cecair intravena, pemantauan fungsi organ melalui ujian darah secara berulang, dan langkah-langkah lain seperti yang telah ditunjukkan.

PENCEGAHAN
Pencegahan merupakan jalan terbaik kerana secara jelas dapat menjaga makanan anda dari dimakan oleh kucing anda. Dengan cara tidak memberikan makanan anda kepada kucing anda merupakan salah satu pencegahan tingkah laku. Jika anda memilih untuk memberi makanan manusia kepada kucing anda, ikuti garis panduan ini:
makanan tersebut hanya boleh diberi sedikit dan hanya diberikan untuk mencegah gastrik usus dan pemakanan tidak seimbang. Sekiranya anda sendiri tidak memakan makanan tersebut,jangan sesekali memberikan makanan tersebut kepada kucing anda. Jika anda tidak makan makanan mentah, seharusnya kucing anda juga tidak perlu memakannya. Bagilah makanan yang dikhususkan untuk kucing sahaja.

-Mya-

Friday, January 13, 2017

Samperit Klasik

Sambil2 tangan sibuk menyiapkan last minit order sbyk 30 bekas drpd customer, baru sy teringat nk share resepi biskut buat kali yg penghabisan bg ramadhan dalam thn ini.. 
Sy dh berkali2 cuba pelbagai resepi samperit susu, cheese dn lain2. Rasa biskut drpd resepi2 tu sedap cuma biskut yg terhasil teksturnya agak keras dn bukan kesukaan sy.. Sy pun tak faham kenapa jd viral resepi samperit susu yg keras tu ðŸ˜‚😂
Resepi ni bg sy resepi samperit klasik yg menepati rasa dn kualiti yg mak mak kita buat.. Dan harap2 mak sy suka biskut ni sbb mak sy ni pengkritik biskut yg terhebat.. ðŸ˜‚😂
Alhamdulillah berkat didikan mak sejak sy masih berumur 11 thn lg sy dh mahir buat biskut.. Terima kasih mak.. 
Resepi Samperit Klasik..
250 gm mentega
1/2 cwn gula (diblend halus)
1 biji kuning telur
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastard
1 1/2 cwn tepung gandum
Ceri yg dipotong/chocolate chip.
Sy guna acuan samperit pecah 15.

Cara2..
1. Blend gula halus dn mentega sampai lembut. Boleh pukul guna senduk kayu. Sekiranya nak guna hand mixer pastikan jgn mix terlalu lama. Agak2 pecah gula dn lembut je.
2. Masukkan kuning telur.. Start pukul dgn senduk.
3. Ayak dan gaul ketiga2 tepung sebyk 2 kali supaya sekata.. Masukkan tepung ke dlm adunan dan gaul sebati. Uli menggunakan tgn agak2 tak terlalu keras ye adunan tu nnti sakit menekan nk menekan.. Resepi ni ok bunga tidak kembang ataupun menurun semasa membakar. ðŸ˜Š
* Abaikan bunga samperit yg tak cantik tu sbb ibu jari sy sakit teruk hasilnya pun dh ke laut.. ðŸ˜‚😂😂

-Mya-

Wednesday, January 4, 2017

Testing eggs

Sebelum guna telur utk buat kek atau cookies boleh la rendam dulu dlm air utk menguji kesegaran telur, silap2 nnti terambil telur yg tak segar.. Proses mengasingkan telur kuning pun jd sukar..
-Mya-

Menarik juga idea ni...






-Mya-

Wednesday, December 28, 2016

AKIBAT MENGAMBIL MINUMAN SEJUK SEMASA BERBUKA PUASA


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.
Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.
Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.
Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

Kredit: detikislam

-Mya-

Monday, December 12, 2016

Cookies Raya


Saya dah start buat cookies untuk tester dan awal-awal sudah dapat order dari regular customer seperti tahun-tahun lepas. 
Saya nak share resepi dan cara-cara buat Biskut Sarang Semut yang digemari ramai, cair di mulut rindu di hati... ðŸ˜Š

Bahan2 yang saya gunakan...

250 gm butter (boleh guna ape je brand butter lain)
90 gm gula halus (blend halus dan tapis ye)
*350 gm tepung gandum 
*100 gm tepung kastard
(*gaul sebati dan ayak bersama)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Saya blend dulu butter sekejap utk lembutkan.. Baru tambah gula. Pukul guna hand mixer sekejap je tau.
Pukul sampai jd kaler pale/cerah mcm ni tp hati2 jgn lama sgt (kita bkn nak buat kek )
Jgn lupa ayak tepung yg digaul sebati
Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Hand mix sekejap je bg yg agak malas nak cepat mcm sy tp jgn mix lama sgt. Agak2 sebati je. Kalau rajin, kaup balik dgn spatula pun boleh.
Uli gaul dgn tgn smpai dpt adunan tak melekat mcm ni. Kalau rasa melekat dan lembik boleh tmbh tepung gandum sedikit demi sedikit ye.. Jgn terlalu lembik nnti bila bakar parutan nampak mengembang.
Parut ke dalam bekas menggunakan pemarut cheese yg paling halus.. Lagi halus parutan lg cantik. Parut mcm parutan cheese utk letak atas cheese cake leleh tu. Kalau mata parut besar nnti tak cantik. (Bg pendapat sy la)

Hasil parutan mcm ni nampak halus dan gebu. Sudukan atau garfukan ke dalam paper cup.

Taburkan coklat rice atau apa-apa je sprinkle yg berwarna warni mengikut faveret masing2. Bakar selama 20 ke 25 minit suhu 180 drjh (mengikut tahap kepanasan oven masing2).

Siap! Boleh ngap!

-Mya-