Monday, December 5, 2016

KOTA MESIR KUNO DI DASAR LAUT MEDITERRANEAN

Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur lebih daripada 1,200 tahun. Dengan penemuan ini, ahli arkeologi telah membongkar misteri 'Heracleion' dan mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.
Dikenali sebagai 'Heracleion' oleh orang-orang Yunani purba dan 'Thonis' oleh orang-orang Mesir purba, kota ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr. Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun.

Franck Goddio dengan tugu 'Heracleion', utuh dan bersurat (1.9 m)
Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter.




Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan 'sarcophagi' (keranda) batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.
Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang 'Thonis-Heracleion' tidak dapat diselesaikan: Mengapa ia tenggelam?
Pasukan Goddio mengatakan berat bangunan besar di atas tanah liat telah menyebabkan air masuk di rantau ini dan mungkin tanah pasir telah menyebabkan bandar tenggelam ekoran gempa bumi.
Patung gangsa Osiris, yang dibunuh dan dibangkitkan sebagai raja-tuhan. Lambang tipikal kuasa (cangkuk dan pemukul) telah hilang. Mata terbuka diserlahkan oleh kepingan emas halus.
Patung gangsa Firaun dinasti ke-26, yang ditemui di kuil di kawasan Amon di Heracleion.


Lampu minyak Gangsa (tempoh Hellenistic, kira-kira abad ke-2 SM) ditemui di kuil Amun.
Franck Goddio memeriksa batu dengan serpihan emas (abad ke 6 - 2 SM)

Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion
Patung besar ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan.




Kredit: unikversiti

-Debu-

No comments:

Post a Comment