Tuesday, December 13, 2016

RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA

Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan;
Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa?
Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa doktor gigi?
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan doktor gigi Malaysia kepada semua doktor gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.


PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut untuk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat.
Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu la membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.
Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena la makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh la anda berpuasa.
Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan.
Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.

Kredit: drleen

-Debu-

No comments:

Post a Comment