Sunday, December 4, 2016

PERISTIWA DEIR YASSIN

Sekitar jam 4.30 pagi, hari jumaat 9 April 1948, sekumpulan pengganas zionis Haganah telah mensasarkan 33 orang Palestin yang ingin menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan.
Kesemua mangsa telah syahid termasuk pasangan pengantin tersebut. Mereka kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan oleh kumpulan zionis berkenaan...
DI MANAKAH DEIR YASSIN?
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.
Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

APA YANG BERLAKU PADA 9 APRIL 1948?
Pada malam 9 April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka.
Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Terdapat seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Dia telah terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya.
Beliau juga telah melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut!
Pada permulaan serangan, penduduk kampung berjaya membunuh 4 orang pengganas Zionis dan mencederakan 40 yang lain, akan tetapi pengganas dengan bantuan pasukan Palmach melancarkan peluru mortar ke arah kampung bagi memudahkan tugas penyerang menyebabkan mereka kalah.
Pada petangnya, kampung menjadi benar-benar bebas daripada sebarang penentangan. Pengganas Argon dan Stern mengambil keputusan menggunakan dinamit serta memusnahkan satu persatu rumah penduduk Palestin sehingga menjadikan kampung tersebut bersih dari unsur-unsur penentangan dan mereka boleh menembak semua yang bergerak sama ada lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua.

KONTRAKTOR DEIR YASSIN
Sesungguhnya, pembunuhan yang paling kejam itu telah diketuai oleh seorang pemimpin kumpulan Zionis Argon, Menachem Begin, iaitu Perdana Menteri Israel. Beliau dengan megah mengatakan dalam catatannya, “Tanpa Deir Yassin, tidak akan ada Negara Israel.”
Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin.
Para doktor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau.
Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan menghiris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.
Sehari, berpuluh-puluh mangsa kekejaman pengganas Zionis Israel akan diletakkan ke dinding rumah sebelum ditembak mati dan ia berlaku selama 2 hari berturut-turut, melakukan segala bentuk kekejaman yang terlalu sadis (penyeksaan serangan, amputasi, penyembelihan wanita hamil dan mengeluarkan janin), melempar lebih dari 53 kanak-kanak yang hidup ke dinding kota lama Baitul Maqdis.
Seramai 25 lelaki Palestin diarak mengelilingi kota Baitul Maqdis sebagai tanda kemenangan kemudiannya ditembak mati oleh skuad penembak. Selepas itu, mayat dibuang di dalam perigi-perigi kampung untuk menutup jenayah mereka, menghalang wakil Palang Merah Jacques de Rainier daripada memasuki perkampungan tersebut selama lebih daripada satu hari.
Sementara ahli-ahli Haganah, mengumpul mayat-mayat dan meletupkan mereka bagi mengelirukan wakil-wakil badan antarabangsa bahawa mangsa terbunuh semasa pertempuran bersenjata. Hakikatnya, utusan Palang Merah menemui mayat-mayat yang dibuang ke dalam perigi selepas itu.
Inilah antara salah satu kekejaman Zionis terhadap umat Islam. Justeru, wahai umat islam, lihatlah sendiri dengan mata hati bagaimana suatu ketika beratus-ratus nyawa umat Islam diragut oleh kumpulan zionis.
Oleh yang demikian marilah kita terus membela rakyat Palestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang dijajah.

* Pasukan Palmach = Pasukan elit (strike force) berpengkalan di Haganah, merupakan pasukan bawah tanah komiti Zionis Israel semasa pemerintahan British di Palestin

Kredit: baaraknahawlahu

-Debu-

No comments:

Post a Comment