Ahmadiyah adalah agama baru yang muncul pada akhir abad ke-19 Masihi di Qodiyan, Punjab, India. Agama ini didukung dan dilindungi oleh penjajah Inggeris.
Pengasas agama Ahmadiyah adalah Mirza Ghulam Ahmad Al-Qodiyani, lahir 1265 H. Pada mulanya, Mirza adalah seorang da'i muslim. Kemudian ia mengaku bahawa dirinya telah menerima wahyu dari Allah. Pada tahap berikutnya, ia mengaku sebagai Al-Mahdi yang ditunggu dan Al-Masih yang dijanjikan.
Dia mengatakan,
“Orang-orang muslim dan orang-orang Kristian memiliki keyakinan yang mirip bahawa Al-Masih putera Maryam telah diangkat jasadnya ke langit, dan di kemudian hari ia akan turun kembali. Saya sudah menjelaskan bahawa ini merupakan keyakinan yang salah. Yang dimaksud turunnya Al-Masih ini bukan benar-benar ia akan turun kembali. Ia merupakan berita yang menggunakan bahasa kiasan tentang datangnya seseorang seperti Al-Masih, dan berdasarkan wahyu, dirikulah bukti kebenaran berita itu."
MENGAKU SEBAGAI NABI
Selanjutnya, pengakuannya berubah lagi. Ia tidak lagi mengaku sebagai orang yang seperti Al-Masih, melainkan Al-Masih itu sendiri. Ia mengatakan,
“Aku inilah Isa yang ditunggu-tunggu. Yang dimaksud Maryam dan Isa dalam wahyu tidak ada lain selain diriku.”
Kerana Isa adalah seorang Nabi yang mendapat wahyu, Mirza menulis sebuah Quran untuk dirinya sendiri. Ia mengatakan,
“Aku di atas petunjuk Tuhan Yang Maha Memberi. Allah telah mengutusku di permulaan abad, untuk memperbaharui agama, menerangi wajah agama, mematahkan salib, dan memadamkan api agama Nasrani. Allah telah memberikan wahyu dan ilham kepadaku serta telah berbicara kepadaku sebagaimana Dia telah berbicara kepada para rasul mulia.”
Pengakuan sebagai Al-Masih tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Tujuan yang diinginkannya tidak tercapai. Akhirnya, ia beralih mengaku sebagai Nabi Muhammad saw serta bahawa hakikat Muhammad telah menjelma kepada dirinya. Ia mendakwa Nabi Muhammad saw telah dibangkitkan sekali lagi dalam tubuhnya.
Mirza mengatakan,
“Allah telah menurunkan Muhammad saw sekali lagi di Qodiyan untuk memenuhi janji-Nya.”
Kemudian ia mengaku bahawa kenabiannya lebih tinggi dari kenabian Muhammad saw. Maka, ia memperoleh pengikut-pengikut dari kalangan orang-orang bodoh atau mereka yang menginginkan keuntungan duniawi.
Pengakuan bahawa dirinya menerima wahyu didasarkannya pada beberapa potongan ayat Al-Quran yang dihimpunnya menjadi satu, yang menunjukkan rendahnya pemahamannya terhadap Al-Quran. Berikut ini beberapa contoh dari apa yang didakwanya sebagai wahyu.
Dia mengatakan bahawa dia menerima wahyu yang berbunyi,
“Wahai Ahmad, Allah telah memberkatimu. Tidaklah engkau memanah, pada saat memanah, akan tetapi Allah lah yang memanah. Ar-Rahmân yang telah mengajarkan Al-Quran, agar engkau memberi peringatan satu bangsa yang nenek moyang mereka belum pernah diberi peringatan dan agar supaya menjadi jelas jalan orang-orang yang berdosa. Katakan, aku diperintah sedangkan aku adalah yang pertama beriman. Katakan, telah datang kebenaran dan telah musnah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu pasti musnah….”
Ia juga mengatakan,
"Demi Allah, kefasihan Al-Quran telah menjadi bukti bagi orang-orang yang mau berfikir dengan mendalam. Apakah kamu mengatakan, pencuri! Maka datangkanlah lembaran-lembaran curian seperti itu yang selalu berada dalam kebenaran dan kebijaksanaan jika kalian orang-orang yang benar!”
Mirza Ghulam Ahmad Al-Qodiyani |
MENYAMPAIKAN WAHYU PALSU
Mirza juga menyampaikan banyak 'wahyu', dan kata-katanya itu sangat cepat terbukti kebohongannya. Salah satunya, suatu ketika dia berdebat dengan seorang Nasrani yang berhasil mengalahkannya. Ketika Mirza tidak mampu mengemukakan jawapan, dia marah kepada orang Nasrani itu.
Disebabkan dia ingin menghapus aib kekalahannya, dia pun mengatakan bahawa orang Nasrani itu akan mati jika tidak mahu bertaubat 15 bulan kemudian, berdasarkan wahyu yang diterimanya. Maka, tibalah waktu yang ditetapkan, tetapi si Nasrani tidak mati. Maka, para pengikut Ahmadiyah mengatakan bahawa orang Nasrani tadi telah bertaubat.
Namun sebaliknya, ketika orang Nasrani itu mendengar kata-kata pengikut Ahmadiyah, dia membuat tulisan yang mendustakan kenyataan mereka serta membanggakan kebenaran agama Nasrani yang dianutnya.
BALASAN ALLAH
Mirza juga pernah mendakwa bahawa wabak taun tidak mungkin memasuki wilayah Qodiyan, selama ia berada di dalamnya, walaupun wabak itu menimpa selama 70 tahun. Namun, Allah menunjukkan kedustaan ucapannya. Allah mengirimkan wabak taun ke wilayah Qodiyan dan membunuh banyak penduduknya. Mirza sendiri salah satu yang diserang wabak ini dan terkorban. Padahal, dia mengaku menerima wahyu berikut;
“Salah satu bukti kenabiannya adalah bahawa Allah telah memberinya khabar gembira bahawa wabak taun tidak akan memasuki negerinya, gempa bumi tidak akan membinasakannya dan para pengikutnya. Allah akan mencegah bahaya keduanya dari rumahnya.”
BEBERAPA KEYAKINAN AHMADIYAH
1. Para penganut Ahmadiyah memiliki keyakinan 'penjelmaan semula', dimana Mirza mengatakan bahawa Nabi Ibrahim as dilahirkan kembali 2,500 tahun kemudian di rumah Abdullah bin Abdul Muthalib, dalam tubuh Nabi Muhammad saw. Kemudian Nabi Muhammad saw dibangkitkan dua kali, salah satunya ialah menempati jasad si pengikut sempurna, maksudnya adalah dirinya sendiri.
2. Mereka berkeyakinan bahawa Allah itu berpuasa, solat, tidur dan boleh melakukan kesalahan. Maha Suci Allah dari sifat-sifat buruk yang mereka katakan. Mirza mengatakan,
Allah berfirman kepadaku, “Sesungguhnya Aku juga melakukan solat, puasa, bangun dan tidur.”
Allah juga berfirman, “Aku bersama Rasul, menjawab, bersalah atau benar. Sesungguhnya Aku bersama Rasul Maha Meliputi.”
3. Mereka berkeyakinan bahawa kenabian itu tidak diakhiri dengan Muhammad saw, melainkan tetap berlaku. Allah mengutus para rasul sesuai dengan keperluan dan mereka menganggap Ghulam Ahmad adalah nabi yang paling utama. Jibril menurunkan wahyu kepada Ghulam Ahmad serta ilham-ilham yang diterimanya setara dengan Al-Quran.
4. Mereka mengatakan bahawa tidak ada Al-Quran selain yang telah dibawa oleh Al-Masih yang dijanjikan, iaitu Ghulam, tidak ada hadis kecuali yang ada dalam kerangka ajaran-ajarannya, serta tidak ada nabi kecuali di bawah kepimpinan Ghulam Ahmad. Mereka meyakini bahawa kitab mereka diturunkan dari langit dan ia berbeza dari Al-Quranul Karim.
5. Mereka meyakini bahawa mereka adalah para pengikut agama baru dengan syariat yang bebas dan para sahabat Ghulam sebagaimana para sahabat Nabi.
Hal ini disebutkan dalam sahifah Al-Fadhl, milik mereka, edisi 92,
“Tidak ada perbezaan antara para sahabat Nabi saw dengan murid-murid Mirza Ghulam Ahmad. Para sahabat Nabi adalah tokoh-tokoh pada kebangkitan pertama, sedangkan murid-murid Mirza adalah para tokoh kebangkitan kedua.”
6. Mereka berkeyakinan bahawa Haji Akbar berhaji ke Qodiyan dan menziarahi kubur Al-Qodiyani. Mereka menyatakan bahawa kota suci ada tiga, iaitu Mekah, Madinah dan Qodiyan. Dalam salah satu sahifah mereka dinyatakan,
“Berhaji ke Mekah tanpa berhaji ke Qodiyan adalah haji yang kering kontang. Kerana berhaji ke Mekah tidak menunaikan risalahnya dan tidak memenuhi tujuannya.”
7. Mereka menghalalkan arak dan dadah terlarang.
8. Semua muslim menurut mereka adalah kafir, kecuali yang masuk ke dalam golongan Ahmadiyah. Barangsiapa yang menikahi atau menikahkan anaknya dengan selain pengikut Ahmadiyah, maka ia orang yang kafir.
9. Mereka menyeru penghapusan syariat jihad serta kewajipan patuh kepada pemerintahan Inggeris yang ketika itu menjajah India, kerana menurut mereka, Inggeris adalah Waliyul Amri kaum muslimin.
10. Al-Qodiyani berkeyakinan bahawa Tuhannya berbangsa Inggeris, kerana Tuhannya berbicara kepadanya dengan bahasa Inggeris.
SIKAP PARA ULAMA TERHADAP GOLONGAN AHMADIYAH
Para ulama menentang gerakan Ahmadiyah, di antaranya adalah Syeikh Abul Wafa` Tsanaullah, pemimpin Jum`iyah Ahlul Hadis di India. Beliau pernah berdebat dengan Mirza Ghulam hingga berhasil mengalahkannya dengan perdebatan dan berhasil mengungkap kebusukan hatinya, kekafiran, serta kesesatannya.
Kerana Ghulam Ahmad tidak mahu kembali kepada kebenaran, Syeikh Abul Wafa menentangnya untuk melakukan mubahalah bahawa siapa di antara mereka yang berbohong akan mati lebih dulu.
Hanya beberapa hari sesudah itu, Mirza Guhlam Ahmad Al-Qodiyani meninggal dunia pada tahun 1908 M dengan meninggalkan warisan berupa lebih dari 50 buku, risalah dan artikel Parlimen Pakistan yang pernah mengadakan perbincangan dengan salah seorang pemimpin, semuanya mempropagandakan kesesatan kelompok Ahmadiyah.
Dalam perbincangan ini, ia dibantah oleh Mufti Mahmud rahimahullah. Perbincangan ini berlangsung selama hampir 30 jam, di mana Nashir Ahmad tidak mampu berbicara dan mengemukakan jawapan, sehingga terbukalah kekafiran kelompok ini. Maka, Parlimen mengambil keputusan bahawa kelompok Ahmadiyah termasuk dalam golongan bukan Muslim.
Pada bulan Rabiul Awal, 1394 H bertepatan dengan April 1974 M, diselenggarakan muktamar Rabithah Alam Islami, di Mekah. Muktamar ini dihadiri oleh para utusan berbagai organisasi Islam di seluruh dunia.
Muktamar ini mengumumkan bahawa Ahmadiyah adalah kelompok kafir dan telah keluar dari Islam. Muktamar menyeru kaum muslimin untuk memerangi bahaya kelompok ini serta tidak melakukan muamalah dengannya, serta jangan menguburkan mayat orang-orang Ahmadiyah di perkuburan kaum muslimin.
Telah dikeluarkan beberapa fatwa dari berbagai Kongres dan Organisasi Islam di seluruh Dunia Islam yang menetapkan kekafiran Ahmadiyah, di antaranya adalah Kongres Fikih yang bergabung dengan Rabithah Alam Islami, Organisasi Konferensi Islam (OKI) dan Organisasi Ulama Besar Kerajaan Saudi Arabia.
Selain itu juga telah dikeluarkan fatwa-fatwa dari ulama Mesir, Syam, Moroko, India dan lain-lain.
Kredit: sub12.kawungaten
-Debu-
No comments:
Post a Comment