Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 KELOMPOK iaitu;
KELOMPOK TEMPUR
Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti;
- RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja)
- RRD (Rejimen Renjer Diraja)
- RS (Rejimen Sempadan)
- KAD (Kor Armor Diraja)
- RRD (Rejimen Renjer Diraja)
- RS (Rejimen Sempadan)
- KAD (Kor Armor Diraja)
KELOMPOK BANTUAN TEMPUR
Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti;
- RSD (Rejimen Semboyan Diraja)
- RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja)
- RAD (Rejimen Artileri Diraja)
- KPTD (Kor Polis Tentera Diraja)
- KRD (Kor Risik Diraja)
- RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja)
- RAD (Rejimen Artileri Diraja)
- KPTD (Kor Polis Tentera Diraja)
- KRD (Kor Risik Diraja)
KELOMPOK BANTUAN PERKHIDMATAN
Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek perkhidmatan lojistik dan selenggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti;
- KJLJD (Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja)
- KPA (Kor Perkhidmatan Am)
- KPD (Kor Perkhidmatan Diraja)
- KOD (Kor Ordnans Diraja)
- KKD (Kor Kesihatan Diraja)
- KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera).
- KPA (Kor Perkhidmatan Am)
- KPD (Kor Perkhidmatan Diraja)
- KOD (Kor Ordnans Diraja)
- KKD (Kor Kesihatan Diraja)
- KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera).
ASKAR WATANIAH (AW)
Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang dianggotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan negara. Kemahiran anggota adalah setanding dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.
Kredit: army.mod
-Debu-
No comments:
Post a Comment