Monday, December 26, 2016

BRIGADE OF GURKHA: DILAHIRKAN UNTUK BERPERANG


Gurkha sebenarnya bukanlah 'Special Force', namun mereka dikenali dengan reputasinya yang sangat menakutkan.
Ada 2 suku di Nepal yang dikenali masyarakat luas, iaitu Sherpa yang dikenali sebagai suku pendaki/pemandu di Himalaya, satu lagi Gurkha, yang gemar berperang.
Semasa zaman kolonial British, terjadi perang di Nepal, British begitu kagum atas kegigihan mereka. Gurkha kemudian direkrut untuk bekerja dengan 'East India Company' di India dan British Army.
Gurkha terkenal dengan kemampuan berperangnya yang semulajadi, agresif di medan pertempuran, tidak takut mati, kesetiaan yang tinggi, tahan dalam pelbagai medan perang dan cuaca, fizikal yang kuat dan bekerja keras. Sehingga Gurkha begitu disegani oleh kawan, ditakuti oleh lawan.
Pada awalnya, mereka menjadi tentera bayaran (mercenaries), akhirnya kemudian masuk dalam pasukan British Army yang digaji seperti tentera British sendiri atau pasukan tentera asing pada umumnya.
Mereka mempunyai unit sendiri dengan nama Brigade of Gurkha sebagai salah satu bahagian dari angkatan bersenjata British.

Dibentuk sejak tahun 1815, Pasukan Gurkha telah terlibat dalam pelbagai medan pertempuran bersama British.
Ketika Perang Dunia I, seramai 100,000 tentera Gurkha masuk dalam Brigade of Gurkha. Mereka ikut bertempur di Perancis, Mesopotamia, Parsi, Mesir, Gallipoli, Palestin dan Salonika. Mereka mendapat 2 penghargaan 'Victoria Crosses'.
Pada Perang Dunia ke-2, sebanyak 112,000 tentera Gurkha bersama Pasukan Commonwealth berganding bahu dalam perang di Syria, Afrika Utara, Itali, Yunani, Malaysia dan Singapura, mereka mendapat 10 Victoria Crosses.
Seiring dengan pengalaman tempurnya yang menggunung, Gurkha menjelma menjadi kekuatan yang mengerikan, bahkan melebihi pasukan elit.
Semasa Perang Malvinas (Falkland War 1982), British mempropagandakan kepada pihak musuh, Argentina akan melibatkan 1 batalion Gurkha-nya. Mendengar khabar tersebut, tentera Argentina lari meninggalkan pos-pos pertempuran mereka.
Sewaktu Perang Dunia ke-2 di pertempuran Tunisia (Afrika Utara), pasukan Gurkha sudah kehabisan peluru, kemudian mereka membuang senapang-senapang, berlarian naik ke atas tank-tank Jerman di tengah-tengah hujan peluru dan menyembelih leher tentera Jerman dengan senjata tradisional mereka, khukri.
Khukri
Khukri adalah sejenis pisau yang berbentuk unik sedikit melengkung mengarah ke depan. Di reka khas sedemikian rupa, sehingga dapat menebas leher musuh dengan sekali tebas. Ada sedikit cerita mengenai khukri, sekali khukri dihunus dari sarungnya, pantang tidak meminum darah.
Itulah sebabnya tentera Gurkha apabila selesai mengasah/membersihkan khukri, mereka selalu menghiris jari tangan.
Bukan hanya British sahaja yang merekrut Gurkha dalam angkatan pasukannya, Singapura, India, Malaysia, Brunei dan Hong Kong (sebelum penyerahan ke China) tercatat menggunakan khidmat Gurkha dalam kesatuan angkatan bersenjata mereka. Bahkan di Brunei, Gurkha berkhidmat sebagai Special Force Penjaga Sultan Brunei.
Kredit: belogmystery

-Debu-

No comments:

Post a Comment