Sunday, December 4, 2016

10 SYARIKAT YANG MEMACU PERANG DUNIA KEDUA

Pernahkah anda mengetahui bahawa sebilangan besar syarikat besar di dunia pada masa kini pernah bekerjasama dengan negara-negara yang berperang ketika Perang Dunia ke-2 bagi mempertingkatkan kekuatan ketenteraan masing-masing?
Peranan syarikat ini tersangat besar dalam menggerakkan Perang Dunia ke-2 selama 3 tahun itu. Perlu diketahui bahawa dianggarkan secara kasar, Perang Dunia ke-2 telah mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa termasuklah orang awam...

1. Mitsubishi
Pesawat tempur Jepun jenis Mitsubishi-A6M-Zero Fighter

Mitsubishi adalah sebuah syarikat konglomerat tersohor di dunia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1870 sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki.

Pada masa sekarang, Mitsubishi adalah syarikat ke-7 terbesar pengeluarannya di Jepun.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa Mitsubishi adalah sebuah syarikat yang membina pesawat Jepun yang digeruni pada Perang Dunia ke-2?

Mitsubishi adalah syarikat yang dipilih oleh kerajaan Jepun secara tender untuk membina pesawat Jepun yang lebih dikenali sebagai 'Zero Fighter' ketika kemuncak Perang Dunia ke-2.

Pesawat ini amat digeruni oleh Pakatan Berikat (Allies) kerana kelajuan enjinnya dan juga berkemampuan untuk melakukan aksi akrobatik di udara bagi melaksanakan Kamikaze.

Pengeluaran secara besar-besaran pesawat ini ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 hampir menandingi pengeluaran sebuah lagi pesawat yang digeruni Pakatan Berikat, Lutwaffe.

2. Volkwagen
Volkswagen Beetle 1938

Pada masa kini, Volkwagen adalah antara salah sebuah syarikat yang terbesar pengeluarannya di dunia.

Syarikat yang berpengkalan di Wolfsburg, Jerman ini ditubuhkan pada 1937 oleh Persatuan Perniagaan National Socialist, German Labour Front.

Tujuan asal syarikat pembuat kenderaan ini ditubuhkan adalah bagi merealisasikan projek kereta rakyat (people’s car) yang diasaskan oleh Aldolf Hitler ketika pemerintahannya pada 1930-1940-an.

Sejak itu, Volkwagen telah mempelopori kereta yang berkualiti dan ekonomi tetapi murah daripada segi harga sehingga mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

Di Eropah, sekitar tahun 1930-an, kereta hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja kerana harganya pada waktu itu tersangat mahal.

Hitler dengan idea bernasnya telah berjaya menawan hati masyarakat Jerman sehingga muncul masyarakat pertama yang mampu memiliki sebuah kereta bagi satu isi rumah.

Di Malaysia, kereta ini lebih dikenali kereta katak!

3. Heinkel
Heinkel Kabine

Meskipun syarikat ini kurang dikenali pada masa kini, namun pada 1930-1950an, syarikat ini antara yang digeruni oleh Pihak Berikat. Masakan tidak, syarikat Heinkel adalah syarikat yang bertanggungjawab membina enjin pesawat Jerman pada Perang Dunia ke-2 yang amat digeruni iaitu Lutwaffe.

Lutwaffe adalah pesawat Jerman yang mempunyai reputasi tinggi sebagai pesawat berkelajuan tinggi sehingga dikatakan mampu memintas mana-mana pesawat Pakatan Berikat yang kebanyakannya dihasilkan oleh Syarikat Boeing.

Apa yang membuatkan syarikat ini kurang dikenali pada masa sekarang adalah disebabkan oleh terikat dengan satu perjanjian supaya tidak meneruskan projek pembinaan pesawat perang selepas Jerman kalah ketika Perang Dunia ke-2.

Syarikat ini hanya boleh meneruskan ‘talian hayatnya’ dengan membina kereta mini seperti model Heinkel Kabine yang berenjin 'four-stroke single-cylinder' dan skuter pelancong!

4. Hugo Boss

Hugo Boss adalah sebuah syarikat fesyen termasyhur di dunia ketika ini. Hugo Boss ditubuhkan pada 1924 oleh Hugo Ferdinand Boss di Metzingen, Jerman.

Pada masa kini, syarikat ini bukan sahaja mempelopori bidang fesyen tetapi juga mempelopori industri minyak wangi, kaca mata dan sebagainya.

Syarikat Hugo Boss sekarang mempunyai 110 cawangan di seluruh dunia 1100 stor fesyen yang dimiliki secara 'francais'.

Pada 2008, Hugo Boss telah menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dunia iaitu Samsung untuk bekerjasama membina telefon bimbit dan aksesori yang berkaitan.

Namun, tahukah anda bahawa Hugo Boss adalah syarikat fesyen yang bertanggungjawab mereka-bentuk sut pakaian tentera Nazi daripada pangkat paling bawah hinggalah pangkat yang paling tinggi.

Pemilik Hugo Boss, Hugo Ferdinand Boss (1885-1948) adalah pengikut Nazi yang taat. Ini diakui oleh anaknya sendiri iaitu, Siegfried Boss, 83 dalam satu temubual dengan akhbar harian Austrian, Profil pada tahun 2008,

”Of course my father belonged to the Nazi Party,but who didn’t belong back then? The whole industry worked for the Nazi Army.”

Aldolf Hitler memberi kebenaran kepadanya 100% bagi mereka-bentuk sut pakaian tentera supaya kelihatan elegan, segak dan sesuai dipakai oleh beliau sendiri, pegawai-pegawai Nazi dan tentera-tenteranya.

Jika dilihat sut pakaian tentera dan pegawai Nazi pada Perang Dunia ke-2, ia jauh lebih segak berbanding sut pakaian tentera lain di dunia. Terbukti Hugo Ferdinand Boss menjalankan tugas dengan baik!

5. Boeing
B-29 Super Fortress

Boeing ditubuhkan pada 15 Julai 1916 di Seattle, Washington oleh William E. Boeing. Pada mulanya, ia dikenali sebagai 'Pacific Aero Products Co'.

Boeing sangat terkenal sebagai syarikat yang membina pesawat penumpang kedua terbesar di dunia iaitu Boeing 747-400 yang mampu memuatkan kira-kira 800 orang penumpang dalam satu-satu masa.

Pada masa sekarang, Boeing adalah syarikat pembuat kapal terbang terkemuka di dunia dengan aset berjumlah USD 63 Billion ketika akaunnya dikemaskini pada suku pertama tahun 2010.

Namun, pencapaian Boeing tidak lengkap jika tidak selusuri sejarah Boeing pada Perang Dunia ke-2.

Boeing telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi teknologi Jerman dengan membina dua buah jet pengebom terbesar di dunia pada ketika itu iaitu Flying Fotress-B-17 dan Super Fortress-B-29.

Sekitar Mac 1944, Boeing telah mengeluarkan kira-kira 350 pesawat pejuang RAF setiap bulan. Angka yang sungguh menakjubkan!

6. Ford
B-24 Liberator keluaran Syarikat Ford

Ford ditubuhkan oleh tokoh pemotoran terkenal, Henry Ford pada 1903. Syarikat pembuat kenderaan ini berpengkalan di Dearbon, Machigan.

Pada masa kini, Ford adalah pengeluar ke-4 terbesar di dunia dan ke-3 terbesar di Amerika Syarikat selepas General Motor (GM) dan Toyota.

Pada Perang Dunia ke-2, Ford adalah syarikat yang bertanggungjawab membina trak pikap, jip, lori, kereta berperisai dan juga pesawat pengebom, B-24 Liberator.

Pada suatu ketika, Ford pernah mengeluarkan pesawat B-24 Liberator purata sejam sebuah pesawat dan 650 buah pesawat untuk setiap bulan pada ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 iaitu 1944.

B-24 Liberator digunakan secara meluas oleh negara-negara Pakatan Berikat seperti Britain dan Perancis!

7. DuPont
Bahan letupan daripada syarikat Dupont dipamerkan di sebuah muzium

Dupont atau nama asalnya 'E. I. du Pont de Nemours and Company' adalah sebuah syarikat berasaskan kimia yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Syarikat ini mempunyai sejarah yang panjang bermula daripada penubuhannya pada Julai 1802 sebagai syarikat pembekal serbuk belerang oleh tokoh perniagaan warga Perancis, Eleuthère Irénée du Pont.

Syarikat ini ditubuhkan selepas tiga tahun berada di Amerika Syarikat iaitu pada 1799 kerana melarikan diri daripada para pendokong Revolusi Perancis yang mahu membunuh semua keluarganya.

Eleuthère Irénée du Pont menggunakan kepakarannya dengan membuat serbuk belerang dengan menghasilkan serbuk belerang yang berkualiti kerana pada ketika itu boleh dikatakan tiada syarikat yang mampu membekalkan serbuk belerang yang bagus di Amerika Syarikat.

Perang Saudara Amerika merupakan titik tolak kepada syarikat Dupont dalam industri kimia apabila menjadi pembekal utama kepada Pihak Union pimpinan Abraham Lincoln dalam menghadapi perang dengan Pihak Confederacy pimpinan Jefferson Davis.

Sejak daripada itu, Syarikat Dupont dan keluarga Dupont menjadi antara keluarga terkaya di Amerika Syarikat dan di dunia.

1hb Januari merupakan hari ulang tahun ketibaan keluarga mereka di Amerika Syarikat dan ia sentiasa disambut secara besar-besaran oleh keluarga Dupont setiap tahun.

Seiring dengan masa, Dupont mengorak langkah dengan menerokai pelbagai bahan kimia yang berguna pada masa itu seperti pada awal abad ke-20, Dupont telah merintis industri polimer dengan membina pelbagai bahan yang bermutu tinggi seperti penghasilan getah sintetik seperti Nylon, Lucite dan Teflon.

Ternyata penemuaan ini tepat pada masanya kerana Perang Dunia ke-2 memerlukan bahan-bahan berasaskan getah sintetik bagi menjamin ketahanan dan kualiti.

Dengan itu, Dupont sekali lagi menjadi pembekal utama bahan kimia bagi tujuan peperangan. Dupont telah membekalkan Paracut (payung terjun), beg dan tayar kepada tentera-tentera Amerika Syarikat ketika menghadapi Perang Dunia ke-2.

Malah, Dupont juga memainkan peranan penting untuk Projek Manhattan. Projek Manhattan adalah projek untuk menghasilkan bom nuklear pertama di dunia yang akhirnya meletupkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki!

8. IG Farben
Zirkon-B yang dihasilkan oleh Dagesh

'I.G. Farbenindustrie AG' adalah nama sebenar bagi IG Farben. Mungkin ramai tidak pernah dengar nama ini, tetapi pada pada abad ke-20, IG Farben adalah syarikat berasaskan kimia paling menguntungkan di dunia sehingga mengalahkan syarikat Dupont daripada Amerika Syarikat.

IG Farben ditubuhkan pada 25 Disember 1925 dengan gabungan 6 syarikat kimia terbesar di Jerman iaitu BASF (menjadi pembekal utama barangan berasaskan kimia dunia pada masa kini), Bayer, Hoechst, Agfa, Chemische Fabrik Griesheim-Elektron dan Chemische Fabrik vorm. Weiler Ter Meer.

Ketika pada zaman kemuncak kegemilangannya, IG Farben diiktiraf sebagai antara empat syarikat terbesar di dunia iaitu General Motors, US Steel dan Standard Oil.

Namun, penubuhan IG Farben diiringi dengan kontroversi apabila dikatakan menjadi pembekal utama gas pembunuh iaitu Zirkon-B di kem-kem holocoust. Ini dikuatkan dengan penemuan tin-tin terpakai Gas Zirkon-B yang berlabel Dagesh.

Dagesh adalah syarikat yang membina Gas Zirkon-B yang mana IG Farben memiliki paten tersebut dengan kongsian dalam syarikat Dagesh sebanyak 42.2%.

Ketika Perang Dunia ke-2 tamat, seramai 24 orang pengarah IG Farben menghadapi pembicaraan jenayah perang dan 13 orang daripadanya dikenakan hukuman penjara.

9. Opel
Opel Blitz Truck dengan enjin 6 silinder

Opel adalah syarikat automobile terkemuka Jerman yang ditubuhkan pada 21 januari 1863 oleh Adam Opel. Syarikat ini berpengkalan di Rüsselsheim, Hesse, Jerman.

Pada awal penubuhannya, syarikat ini bukannya sebuah syarikat automobil sepertimana sekarang tetapi ia adalah syarikat pembuat mesin jahit.

Pada tahun 1886, Adam Opel mula menerokai bidang automobil apabila mengeluarkan model basikal beroda tinggi. Bidang automobil jelas memberi hasil yang lumayan kepada Opel apabila penjualan model basikal ini jauh melebihi penjualan mesin jahit di Jerman.

Syarikat ini mula mengorak langkah dalam pembinaan kenderaan empat roda pada tahun 1899 apabila bekerjasama dengan usahawan terkemuka, Friedrich Lutzmann.

Namun kerjasama ini kurang berjaya sehinggalah pada tahun 1914 apabila Opel bekerjasama dengan Alexandre Darracq sehingga muncul sebagai syarikat terbesar pengeluarannya di Jerman.

Ketika Perang Dunia ke-2, Opel muncul syarikat pembekal trak dan kenderaan perang kepada Jerman. Antara trak Opel yang terkenal adalah Opel Blitz. Model ini menggunakan enjin 3.6 liter yang digunakan secara meluas oleh Tentera-tentera Nazi Jerman.

Opel juga membina enjin bagi Kettenkrad, sebuah kenderaan perang yang unik yang mula beroperasi ketika Operasi Penjajahan Russia.

Kilang Opel di Rüsselsheim dan Brandenburg ini akhirnya dibom dengan teruk pada tahun 1945 oleh tentera-tentera Pihak Berikat.

10. NSU Motorenwerke AG
KattenKrad keluaran NSU

Ramai yang tidak mengenali dengan nama 'NSU Motorenwerke AG' tapi apabila mendengar nama 'Audi' mesti ramai yang tahu.

Sebenarnya NSU Motorenwerke AG adalah nama asal bagi syarikat automobil, Audi. Syarikat ini ditubuhkan pada 1873 sebagai syarikat automobil dengan membina pelbagai jenis motosikal, kereta dan trak.

Antara model pertama yang dicipta oleh syarikat ini adalah model Germania iaitu sebuah basikal pada tahun 1886.

Ketika Perang Dunia ke-2, NSU membina kenderaan perang yang masyhur iaitu Kattenkrad dengan enjin daripada Opel. Selepas perang, NSU ditukar namanya kepada Audi sempena nama pengasasnya August Horsh.

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment