Makhluk cryptid sering dikaitkan dengan mitos dan lagenda. Sebenarnya, makhluk cryptid itu apa?
Perkataan 'cryptid' berasal dari bahasa Yunani "κρύπτω" (krypto) yang bererti sembunyi. Jadi, makhluk cryptid adalah haiwan atau tumbuhan yang telah banyak dilihat oleh manusia tetapi masih tersembunyi dan belum diakui oleh sains moden, dan kewujudannya sering dianggap mustahil.
Sebahagian darinya memang wujud tetapi sebahagian lagi hanyalah HOAX. Mari kita lihat makhluk cryptid yang mana satu wujud, hoax atau disalah sangka sebagai cryptid.
1. Makhluk cryptid yang menjadi lagenda
Lagenda adalah suatu cerita yang diceritakan secara turun temurun. Dari banyaknya makhluk cryptid, ada beberapa yang menjadi lagenda dan ada yang percaya makhluk ini wujud.
Berikut adalah beberapa contoh haiwan cryptid yang menjadi lagenda.
a. Naga
Lagenda adalah suatu cerita yang diceritakan secara turun temurun. Dari banyaknya makhluk cryptid, ada beberapa yang menjadi lagenda dan ada yang percaya makhluk ini wujud.
Berikut adalah beberapa contoh haiwan cryptid yang menjadi lagenda.
a. Naga
Naga adalah makhluk paling terkenal di dunia. Seluruh pelusuk dunia memiliki cerita tentang naga. Banyak penceritaan dalam sejarah yang dilaporkan tentang kemunculan naga. Tetapi sehingga kini, naga masih tidak dapat dibuktikan sebagai seekor makhluk hidup kerana tiada yang berjaya ditangkap dan diumumkan dengan rasmi.
b. Unicorn
Dalam mitos, Unicorn sering dikaitkan dengan tunggangan para dewa. Unicorn sering digambarkan sebagai kuda putih yang bertanduk satu. Ramai sejarawan zaman dahulu sering menulis buku tentang kuda gagah ini. Salah satu contohnya adalah deskripsi yang ditulis oleh sejarawan Rom, Pliny The Elder.
c. Phoenix
Burung api lagenda ini dikatakan memiliki hidup yang abadi. Gambaran tentang burung ini di tulis dalam bermacam-macam versi. Ada yang mengatakan burung ini memiliki warna merah, ada yang mengatakan warna keemasan, ada pula yang menggambarkan memiliki bulu indah dengan warna bulu ekor berwarna-warni, yang lebih ekstrim lagi mengatakan burung ini memiliki bulu dengan pancaran api yang marak di tubuhnya.
Sama seperti yang lain, belum ada seekor pun yang pernah ditangkap dan diumumkan secara rasmi.
2. Makhluk yang disalah anggap sebagai cryptid
Yang dimaksudkan adalah haiwan yang benar-benar wujud tetapi dikaitkan dengan makhluk cryptid, kerana tidak tahu jenis binatang tersebut yang mungkin nampak aneh pada pandangan mereka.
Berikut adalah beberapa contoh yang disalah anggap sebagai makhluk cryptid.
a. Adjule
Yang dimaksudkan adalah haiwan yang benar-benar wujud tetapi dikaitkan dengan makhluk cryptid, kerana tidak tahu jenis binatang tersebut yang mungkin nampak aneh pada pandangan mereka.
Berikut adalah beberapa contoh yang disalah anggap sebagai makhluk cryptid.
a. Adjule
Adjule sering disebut juga 'Kelb-el-khela'. Dilaporkan banyak dilihat di sekitar gurun sahara oleh para pengembara pada tahun 1928. Ramai pengembara yang melihat dan menceritakannya di kota terdekat, mereka mengatakan mirip seekor anjing. Beberapa bulan kemudian ada pengembara lain yang melihat dan menceritakannya di kota yang sama, tetapi ceritanya berbeza, mereka mengatakan mirip seekor serigala dengan taring yang tajam.
Muncullah mitos di kota dan tersebar dengan begitu cepat, ada yang mengatakan hantu, yang wujud sebagai anjing, kadang-kala sebagai serigala dengan taringnya yang menakutkan. Tetapi akhirnya, para pengkaji berjaya mengenalpasti makhluk ini. Haiwan ini adalah anjing liar Afrika yang hampir pupus.
Muncullah mitos di kota dan tersebar dengan begitu cepat, ada yang mengatakan hantu, yang wujud sebagai anjing, kadang-kala sebagai serigala dengan taringnya yang menakutkan. Tetapi akhirnya, para pengkaji berjaya mengenalpasti makhluk ini. Haiwan ini adalah anjing liar Afrika yang hampir pupus.
b. Canvey Island Monster
Bermula dari terdamparnya bangkai makhluk yang belum pernah dilihat sebelumnya di Canvey Island, England pada bulan November 1954. Bangkai tersebut digambarkan memiliki panjang 76 cm, kulit tebal berwarna coklat kemerahan, mata besar dan memiliki insang.
Makhluk ini digambarkan pula memiliki kaki belakang yang berbentuk ladam kuda dengan lengkungan cekung. Setelah diteliti sebentar, bangkai tersebut dibakar oleh pengkaji haiwan yang memeriksanya, agar tidak menimbulkan bahaya bagi para penduduk.
Penemuan ini menimbulkan banyak spekulasi, ada yang mengaitkannya dengan makhluk cryptid. Akhirnya, pada tahun 1999 seorang wartawan bernama Nicholas Warren melakukan penyelidikan dan makhluk ini dikenalpasti sebagai Anglerfish.
Kepastian ini disokong oleh Alwyne Wheeler, mantan pengkaji ikan di Department Zoologi di Natural History Museum British, yang mengemukakan bahawa makhluk itu adalah Anglerfish. Yang digambarkan sebagai kaki belakang sebenarnya adalah sirip.
c. Elmendorf Beast
Elmendorf Beast adalah nama yang diberikan kepada makhluk yang telah melakukan serangan terhadap ternakan penduduk di Elmendorf, Texas.
Berbagai spekulasi tersebar tentang gambaran makhluk tersebut, ada yang menganggap makhluk tersebut adalah serigala sehinggalah disangka makhluk tersebut adalah Chupacabra yang terkenal.
Pemburuan dilakukan untuk menangkap makhluk yang sudah meresahkan penduduk. Akhirnya, pada Ogos 2004, makhluk yang disebut Elmendorf Beast telah ditembak mati oleh peternak tempatan, Devin Mcanally.
Pengkaji haiwan San Antonio tidak dapat memastikan jenis binatang tersebut. Akhirnya siasatan dilanjutkan dengan ujian DNA di University of California dan telah berhasil mengenalpasti makhluk tersebut yang ternyata adalah seekor 'coyote' yang menderita sakit kudis yang kronik.
3. Makhluk cryptid HOAX
Ada juga makhluk cryptid yang direka sendiri oleh seseorang untuk disebarkan melalui mulut ke mulut, media massa atau internet, dengan tujuan untuk mencari keuntungan atau kekecohan agar seseorang itu menjadi terkenal. Berikut adalah beberapa contoh makhluk cryptid yang ternyata adalah HOAX!
a. Hodag
a. Hodag
Pada tahun 1983, penuh dengan berita mengenai makhluk aneh yang tertangkap di Rhinelander, Wisconsin dalam surat khabar. Makhluk yang tertangkap itu diberi nama Hodag.
Sekumpulan kecil ilmuwan dari Smithsonian Institution di Washington, DC melakukan perjalanan ke Rhinelander untuk memeriksa kebenaran berita tersebut, yang akhirnya diketahui bahawa cerita tersebut adalah bohong. Direka oleh Eugene Shepard.
b. Skvader
Sebenarnya Skvader adalah seekor makhluk fiksyen dari Sweden yang dicipta oleh Rudolf Granberg pada tahun 1918.
Memiliki ciri seperti seekor kelinci tetapi memiliki sayap dan ekor seperti seekor burung. Dari kisah dongeng yang diceritakan sampai pada akhirnya ada sebahagian orang yang percaya Skvader benar-benar wujud. Akhirnya Skvader menjadi simbol tidak rasmi Sundsvall (kota yang terletak di bahagian timur Sweden).
c. Ya-Te-Veo (Man-eating tree)
Pohon pemakan manusia ini sebenarnya hanya khayalan manusia saja yang terinspirasi dari tanaman karnivora (pemakan daging). Tetapi daging yang disebutkan di sini adalah daging dari tubuh serangga kecil.
Dengan imaginasi sebahagian penduduk, pohon kecil yang awalnya memakan serangga kecil berubah menjadi makhluk cryptid yang makan haiwan besar atau manusia.
Hoax pertama dilaporkan dari laporan yang ditulis oleh penjelajah Jerman, Carl Liche pada tahun 1881 yang ditangkap oleh suku Mkodo di Madagaskar dan ingin dikorbankan ke pohon pemakan manusia tersebut. Akhirnya diketahui pohon pemakan manusia tersebut adalah hoax.
4. Makhluk cryptid yang kewujudannya sudah diakui dunia sains moden
Inilah dia makhluk cryptid yang sudah ada dan diakui oleh sains moden. Awalnya, ia hanya mitos di mana kemunculannya banyak diceritakan tetapi tidak dilihat.
Tetapi mereka ada dan benar-benar wujud sebagai makhluk hidup. Berikut adalah beberapa contoh makhluk yang dulunya adalah cryptid.
a. Komodo Dragon
Tetapi mereka ada dan benar-benar wujud sebagai makhluk hidup. Berikut adalah beberapa contoh makhluk yang dulunya adalah cryptid.
a. Komodo Dragon
Tahun 1910 adalah pertama kalinya ada laporan tentang penampakan makhluk ini. Dengan khabar angin yang mengatakan penampakan cicak raksasa, buaya yang tinggal di darat, bertaring besar dan dicampur cerita yang tidak jelas, membuatkan ramai orang berspekulasi itu adalah hoax.
Kemudian pada tahun 1926, ekspedisi dari Muzium Sejarah Alam Amerika mencari kebenarannya diadakan. Ketika pasukan ekspedisi yang dipimpin oleh W. Douglas Burden kembali dengan 12 spesies yang diawetkan dan 2 dalam keadaan hidup, saat itulah dunia mengenal Komodo.
b. Platypus
Dengan kombinasi yang aneh, makhluk ini pernah dianggap hoax. Ketika penjelajah Eropah pertama kali bertemu makhluk ini mereka bingung bagaimana hendak menggambarkannya. Mereka menggambarkan sebagai mamalia berbisa, bertelur, berparuh, mirip memerang, kaki berselaput dan boleh berenang.
Ketika dibuat sketsa tahun 1798 tentang makhluk ini, ramai ilmuwan barat terkenal yang menganggapnya sebagai hoax. Bahkan ketika bangkai makhluk ini ditemui, mereka tetap menyangka itu adalah hoax dari berbagai jenis haiwan yang dijahit dengan menggabungkan bahagian-bahagian tubuhnya.
Kini makhluk aneh dan menarik ini sudah dikenali dunia dengan nama Platypus.
c. Kanggaru
Ketika orang Eropah melakukan penjelajahan di Australia, mereka melihat ada haiwan aneh yang tidak pernah mereka saksikan.
Mereka menggambarkan makhluk tersebut memiliki kepala seperti rusa, dapat berdiri seperti manusia, melompat seperti katak, mempunyai dua kepala, satu dibahu, satu lagi diperut. Tentu saja pernyataan itu dianggap bohong dan gurauan.
Tetapi keadaan berubah pada tahun 1770-an, ketika kapten James Cook mempamerkan bangkai dari makhluk aneh tersebut di England. Kini kanggaru sudah dikenali oleh masyarakat dunia dan menjadi ikon negara Australia.
Kredit: freestandings
-Debu-
No comments:
Post a Comment