Thursday, December 15, 2016

GANGSTER WANITA YANG BERBAHAYA DI DUNIA

Wanita selalu dikaitkan dengan sifat lemah lembut, sopan dan keibuan. Tiada yang lebih indah di dunia ini melainkan wanita dan mereka selalu dianggap makhluk yang lemah dan memerlukan perlindungan lelaki.
Yang akan anda lihat di bawah ini adalah sebaliknya, mereka adalah wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster/mafia. Bagi mereka yang menyatakan bahawa dunia penjenayah hanya permainan untuk lelaki, anda telah silap!
Mungkin persepsi anda terhadap wanita akan berubah setelah melihat profil wanita-wanita ini...

1. Judy Moran - Pemimpin Gangster (Australia)

Dengan pimpinan seorang wanita tidak bererti organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh menerajui geng mereka untuk mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, memimpin gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar sebagai “family matriarch”.

Wanita yang berasal dari Australia ini pernah melakukan pembunuhan terhadap kakak iparnya sendiri iaitu Devs Moran. Atas tindakannya itu, Judy dijatuhkan 26 tahun penjara sejak 10 Ogos 2011. Suami pertamanya mati kerana ditembak semasa konflik antara geng dadah, anaknya juga mati ditembak, bahkan suami keduanya juga mati ditembak di sebuah kelab.

Kegiatan Judy Moran bukan hanya di dalam negara kanggaru itu saja, melalui sebuah buku tentang dirinya yang berjudul 'My Story Trough Random House', terungkap hubungan Judy Moran dengan tokoh-tokoh dunia 'underground' yang lain.

2. Xie Caiping - Ibu Mafia (China)

Ketika kota Chongqing, China mengeluarkan tindakan keras terhadap kongsi gelap, sebuah operasi besar-besaran telah menangkap hampir 1,500 ahli kongsi gelap, yang semuanya berada di bawah pimpinan Xie Caiping. Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggungjawab menjaga semua kegiatan di bandar itu.

Pada 3 November 2009, berakhirnya sebuah pengembaraan penjenayah 'underground' yang dikenali dengan nama Xie Caiping, ibu mafia. Atas keputusan hakim perbicaraan di kota Chongqing, dia harus meringkuk di penjara selama 18 tahun. Xie terbukti bersalah memiliki dan menguruskan beberapa tempat judi haram dan merasuah para pegawai kerajaan.

Selain itu, Xie didakwa kerana menganjurkan dan mengetuai satu pertubuhan militan yang menyalahi undang-undang dan melindungi pengguna/penagih dadah. Atas tindakannya itu, Xie juga perlu membayar denda 1.2 juta Yuan.

Sejak September 2004, kumpulan pimpinan Xie mengaut pendapatan 2 juta Yuan daripada hasil menjalankan lebih dari 10 sarang perjudian. Dan dari hasilnya itu, Xie menikmati gaya hidup mewah. Dia mempunyai beberapa vila mahal dan tempat khusus untuk menampung 16 orang kekasihnya yang berusia lebih muda darinya.

Xie sering terlepas dari tindakan undang-undang kerana saudara iparnya, Wen Qiang berkhidmat sebagai timbalan ketua polis bandar Chongqing. Sementara itu, warga Chongqing kurang puas hati tehadap hukuman yang diterima Xie kerana masih dianggap terlalu ringan berbanding jenayah yang telah dia lakukan.

3. Sandra Avila Beltran - Pengedar Dadah (Mexico)

Dengan gelaran 'Ratu Pasifik', sangat sukar untuk membayangkan Sandra Beltran seorang lanun laut lantaran wajahnya yang cantik. Dengan kecerdasannya, dia mampu mengalahkan kaum lelaki dalam menjalankan penyeludupan dadah, bahkan pengaruhnya mampu menggetarkan lelaki yang berada di perniagaan yang sama.

Disingkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'Godmother' Mexico. Bapa saudaranya adalah ketua kartel penyeludupan dadah Mexico. Dia dapat gelaran itu kerana dia adalah penghubung antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan jalan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Tahun 2001, pihak berkuasa berjaya mengesan kiriman kokain sebanyak 9 tan yang akhirnya membuatkan Puan Diego Espinoza, kekasih Sandra yang juga buruan Amerika Syarikat tertangkap. Sandra juga dipenjarakan di atas tuduhan menyertai kongsi gelap, kegiatan wang palsu dan konspirasi penyeludupan dadah.

4. Ajleen Wuornos - Pembunuh Bersiri (Amerika)

Wanita ini adalah pembunuh bersiri dan mengaku dapat kepuasan ketika membunuh. Ketika dia menjadi pekerja seks komersil (pelacur), 8 orang lelaki telah dibunuh dan 7 di antaranya berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun 2003, kisah Ajleen menjadi inspirasi dalam pembikinan filem Hollywood berjudul Monster, yang menceritakan bagaimana seorang wanita cantik bertukar menjadi pembunuh mengerikan.

Ajleen menjadi pelacur jalanan sejak berusia 15 tahun. Pada hari pertama, nasib malang menghampirinya, pelanggannya memperlakukannya dengan keji. Ajleen pun melawan dan berakhir dengan terbunuhnya lelaki tersebut. Itulah pertama kali Ajleen membunuh dan peristiwa itu menjadikan Ajleen sebagai mesin pembunuh dan pemuas hasrat lelaki.

Pada 9 Oktober 2002, wanita yang mempunyai riwayat kelam semasa kecilnya ini menjalani hukuman mati dengan cara disuntik. Sebelum dilaksanakan, Ajleen sempat marah dengan menyerang media, peguam dan juga masyarakat yang dia anggap mereka telah mengubah hidupnya menjadi seperti itu.

5. Ulrike Marie Meinhof - Aktivis Militan (Jerman)

Wajahnya cantik tapi siapa sangka wanita bernama Ulrike Marie Meinhof ini terlibat dalam pelbagai aksi bahaya seperti rompakan bank, pengeboman, juga pembentukan pergerakan sayap kiri iaitu kumpulan militan Jerman Fraksi tentera merah (RAP). Para anggota sayap kiri menganggap diri mereka sebagai gerila bandar.

Pada awalnya, dia bekerja sebagai wartawan dan aktif sebagai pelajar komunis sekitar akhir tahun 60an, selepas itu dia memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya di dunia kewartawanan dan terjun ke dalam pergerakan militan.

6. Beverly Allit - Jururawat Pembunuh (England)

Beverly Allit digelar sebagai 'malaikat maut'. Pembunuh bersiri yang berasal dari England ini bertugas sebagai jururawat, namun dia menyalahgunakan kedudukannya dengan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa.

Mangsa-mangsanya disuntik dengan Kalium Klorida atau insulin yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dalam masa yang singkat, dia menyerang 13 kanak-kanak di bangsal dan membunuh 4 di antaranya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsanya berusia 4 hingga 7 tahun. Ketika kes ini dibicarakan, Psikiatrist menyimpulkan Beverly menderita gangguan mental aneh yang dikenali sebagai sindrom 'Munchausen by Proxy' yang menyebabkan dia membunuh kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian orang lain.

Atas perbuatannya, Beverly dikenakan penjara seumur hidup tetapi ditempatkan di rumah sakit jiwa dengan kawalan yang ketat. Ahli keluarga mangsa telah mengancam akan membunuh Beverly Allit jika ia bebas.

7. Rosetta Cutolo - Ketua Kongsi Gelap (Itali)

Wanita ini menjadi gangster kerana saudaranya ditangkap polis Itali. Dia meneruskan perniagaan yang diceburi saudaranya itu. Dia menjadi ketua kongsi gelap yang paling dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali.

Setelah menyerang balai polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai pelarian sehingga akhirnya menyerah. Setelah ditangkap, dia didakwa di atas sembilan kes pembunuhan.

8. Maria Licciardi - Pelopor Perniagaan Pelacuran (Napoli)

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan “Capo di Tutti Capi”, gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih konsisten dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin disebabkan geng mereka memperkenalkan pelacuran di Camorra.

Sedangkan sebelum itu, ada beberapa jenis etika yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran. Hal ini nampak bertentangan dengan pemikiran seorang wanita yang selalunya penghalang pelacuran.

Dia terlibat dalam 'perang' dengan keluarga mafia pesaingnya dan menewaskan belasan orang, namun dia tidak berhasil keseluruhannya sehingga akhirnya ditangkap pada 2001. Walaupun dia berada dalam tahanan, Licciardi diyakini masih memimpin perniagaan 'clan'/keluarganya.

9. Maria Leon - Ketua Pengedar Dadah (Los Angeles)
Seorang ibu yang mempunyai 13 anak mungkin didengari tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedar dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia menjalankan perniagaannya dan dalam pada waktu yang sama, dia memberikan pendidikan untuk anak-anaknya.

10. Griselda Blanco (Amerika Syarikat)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Malangnya, ibu bapa anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan seterusnya menyebabkan dia menembak tebusan itu.

Setelah berpindah ke New York (dari Colombia) pada 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk mengelak dakwaan ke atasnya. Di sana, dia menjadikan Miami sebagai ibu kota kokain di Amerika Syarikat. Blanco dipercayai telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama pembabitannya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga-tiga suaminya.

Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun penjara. Dia Kemudiannya dibebaskan pada tahun 2004 dan dilaporkan kembali ke Colombia dan tidak pernah dilihat lagi sejak itu.

-Debu-

No comments:

Post a Comment