Ahli arkeologi menemui sebuah patung gergasi Firaun terkenal Mesir, Amenhotep III, di kuil persemayamannya di kota Luxor, selatan Mesir.
Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di kuil persemayaman Amenhotep III di Kom al-Hitan.
Patung itu merupakan salah satu dari dua patung yang ditempatkan di pintu masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa yang melanda pada tahun 27 SM.
Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara tahun 1390 hingga 1352 SM, merupakan ayah kepada Akhenaten, sang "firaun sesat" yang dianggap sebagai pendorong ajaran monoteisme kerana dia mewujudkan peraturan untuk penyembahan tunggal terhadap Dewa Aten.
Kredit: belogmystery
-Debu-
No comments:
Post a Comment