Thursday, December 8, 2016

Tips mengenali tepung beras dan jenis-jenis kegunaannya

Nampak macam sama tapi lain kegunaan tepung beras ni mengikut kiraan gajah dan cap. Biasanya kita akan tersalah beli mengikut keperluan. 😊

TEPUNG BERAS CAP GAJAH SATU
- Sesuai untuk adunan menggoreng seperti membuat adunan goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam seperti goreng mamak, goreng berempah.
- Tepung ini sangat rangup kerana telah dicampur dengan tepung jagung.
- Sesuai untuk buat kudapan ringan seperti rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau @ dhall.

TEPUNG BERAS CAP DUA GAJAH
- Sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih lapis, kuih koci, apam dan pelbagai lagi jenis kuih. Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.

TEPUNG BERAS CAP TIGA GAJAH
- Sama seperti cap dua gajah
- Sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih lapis, kuih koci, apam dan pelbagai lagi jenis kuih. Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.

TEPUNG BERAS CAP LIMA GAJAH
- Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee dan bihun, kandungan tepung beras yang lebih padat.

TEPUNG BERAS CAP TERATAI
- Sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam, kandungan tepung beras yang dicampur dengan tepung jagung.

-Mya-

No comments:

Post a Comment