Thursday, January 12, 2017

HAIWAN COMEL YANG HAMPIR PUPUS

Umumnya, apabila sebut tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia.
Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini.
Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdagangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini.
Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?

1. SAND CATS
Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.

Sejak tahun 2002, kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.

2. EGYPTIAN TORTOISE
Egyptian Tortoise yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir.

Sungguh ironik, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan kura-kura ini telah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.

3. SEA OTTER
Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20.

Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

4. FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan.

Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

5. MEXICAN AXOLOTI
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara.

Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?

6. PIKA
Pika bunyinya macam pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor.

Menurut World Wildlife Foundation (WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada spesis haiwan ini.

7. MANDARIN DUCK
Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu yg berbagai warna manakala si betina hanya berwarna 'plain'.

Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kurang sedap.

8. SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang yang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual.

Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa!

Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat 'awesome' iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.

9. BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

10. BLACK FOOTED FERRET
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat.

Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.

11. GRAY GENTLE LEMUR
Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat King Julian?Bukannya serupa tapi berasal daripada keluarga beruk yang sama juga.

Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini hanya boleh dijumpai di Madagascar. Juga dipanggil 'bamboo lemur', pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.

12. HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (carribean monk seal sudah pupus). Anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

13. MATSCHIE'S TREE KANGAROO
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki.

Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.

14. IBERIAN LYNX
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.

15. GIANT PANDA
Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo mereka.

Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram.

Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.

Kredit: kumbangjingga
-Debu-

No comments:

Post a Comment