Miqdad bin Amr al Aswad termasuk dalam kelompok sahabat yang mula-mula memeluk Islam, sehingga dia termasuk dalam kelompok as-sabiqunal awwalun. Dia bukan termasuk golongan terkemuka sehingga dia mengalami berbagai penyeksaan dan sasaran kemarahan dari kaum Quraisy kerana pilihannya memeluk Islam. Tetapi semua penderitaan itu tidaklah menambah kecuali kemantapan imannya.
Pada masa awal tinggal di Madinah, Nabi SAW membahagi sahabat Muhajirin dalam kelompok yang terdiri dari sepuluh orang, yakni untuk mereka yang tidak tinggal dengan orang-orang Ansar, tetapi tinggal di serambi masjid sebagai Ahlu Shuffah. Miqdad berada dalam satu kelompok dengan Nabi SAW, dan ada tiga ekor kambing yang dapat diperah susunya untuk kelompok ini.
Suatu ketika, Miqdad dan dua orang temannya dalam keadaan sangat lapar, sementara ada satu gelas susu yang merupakan bahagian Nabi SAW dan ketika itu baginda sedang berkunjung ke rumah seorang sahabat.
Syaitan pun membisikkan pada Miqdad,
"Sebaiknya engkau minum susu itu. Nabi sedang berkunjung ke rumah sahabat Ansar, dan pasti dia dijamu dengan istimewa di sana."
Miqdad mengabaikannya, tetapi syaitan terus membisik, dalam keadaannya yang rasa lapar itu, dia pun terpengaruh, sehingga dia tidak tahan lagi, susu itu pun diminumnya dengan dua orang temannya. Setelah minum, kedua temannya tertidur, sedangkan Miqdad sendiri dihantui perasaan bersalah kerana minum susu Nabi SAW.
Syaitan menambah kegundahannya dengan bisikan,
"Apa yang engkau lakukan? Muhammad akan segera datang, dan akan mencari susunya, pasti engkau akan binasa kerana dia akan berdoa untuk kebinasaan orang yang mengambil bahagiannya."
Tak berapa lama, Nabi SAW pun datang, baginda terus lakukan solat sunat beberapa rakaat. Miqdad makin gelisah, menunggu apa yang akan terjadi. Usai solat, Nabi SAW menoleh ke arah gelas susu yang telah kosong, kemudian beliau mengangkat tangan untuk berdoa.
"Binasalah aku!!" Kata Miqdad dalam hati.
Tetapi kemudian dia mendengar doa Nabi SAW,
Tetapi kemudian dia mendengar doa Nabi SAW,
"Ya Allah, berilah makanan kepada orang yang memberiku makanan, berilah minuman kepada orang yang memberiku minuman."
Mendengar doa tersebut, Miqdad bergegas bangun dan mengambil pisaunya. Dia ingin menyembelih salah satu dari ketiga kambing tersebut untuk dijadikan makanan Nabi SAW.
Tetapi dia terkejut apabila menemui ketiga kambing tersebut dalam keadaan penuh air susunya, padahal ketika datang bersama kedua temannya, tidak ada setitis pun susu yang dapat diperah dari ketiga kambing tersebut.
Miqdad mengambil sebuah bekas dan mengisinya dengan susu, kemudian membawanya kepada Rasulullah SAW.
Miqdad mengambil sebuah bekas dan mengisinya dengan susu, kemudian membawanya kepada Rasulullah SAW.
Baginda minum beberapa teguk lalu diberikan kepada Miqdad. Setelah minum beberapa teguk, Miqdad mengembalikannya kepada Nabi SAW. Setelah baginda minum beberapa teguk, diberikan lagi kepada Miqdad. Begitulah beberapa kali bergantian minum hingga akhirnya Miqdad kekenyangan dan tertawa mengingat apa yang dilakukannya.
Nabi SAW yang faham apa yang telah terjadi, tersenyum dan bersabda,
"Perbuatanmu itu adalah salah satu keburukanmu, hai Miqdad! Tetapi itu semua tidak terjadi kecuali disebabkan rahmat Allah Azza wa Jalla. Sebaiknya engkau bangunkan kedua temanmu agar dapat merasakan susu ini."
"Ya Rasulullah, aku tidak peduli siapa yang disalahkan dalam hal ini, tetapi yang penting engkau telah minum susu itu, dan aku telah minum sisa engkau," kata Miqdad.
Kemudian dia membangunkan kedua temannya supaya dapat menikmati susu yang penuh berkah tersebut.
Miqdad termasuk ahli Badar, yakni sahabat yang mengikuti perang Badar dan telah dijamin keselamatannya di akhirat.
Dia termasuk pasukan berkuda yang pertama dalam Islam, yang sebenarnya hanya ada dua orang dalam perang Badar tersebut, yakni dirinya yang ditugaskan oleh Rasulullah SAW memimpin sayap kiri. Dan penunggang kuda lagi seorang, Zubair bin Awwam memimpin di sayap kanan.
Kredit: Ibnu Ghufron
-Debu-
No comments:
Post a Comment