Dilihat dari bentuknya, maka tidak salah bila haiwan ini menyandang nama 'Naga Laut'. Namun, jangan salah sangka, haiwan ini termasuk dalam kategori haiwan yang lemah. Ini disebabkan ukuran tubuhnya yang kecil dan lembut. Panjang tubuhnya antara 35-45 cm.
Jika melihat bentuk tubuhnya, kita pasti menganggap bahawa naga laut termasuk dalam kategori kuda laut. Naga laut bukanlah kuda laut! Mengapa naga laut berbeza dengan kuda laut?
Ada tiga perkara yang membezakannya. Yang pertama adalah bentuk tubuh yang ekstrim dari 'Weedy Sea Dragon' (Phyllopteryx taeniolatus) dan 'Leafy Sea Dragon' (Phycodurus eques).
Yang kedua adalah naga laut tidak memiliki 'kantung khas' seperti kuda laut. Seperti yang kita ketahui, kuda laut memiliki kantung khas untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Yang ketiga, naga laut tidak seperti kuda laut di mana ekor kuda laut selalu menggantung di tumbuhan laut agar tidak terbawa arus.
Ada dua jenis naga laut, Weedy Sea Dragon (yang berbentuk rumput laut) dan Leafy Sea Dragon (yang berbentuk daun). Leafy Sea Dragon memiliki panjang maksima 35 cm, manakala Weedy Sea Dragon panjang maksimanya 45 cm.
CIRI-CIRI NAGA LAUT
Kedua-dua naga laut ini memiliki tubuh yang lonjong dan panjang, matanya dapat bergerak bebas dan mereka tidak memiliki gigi atau perut.
Leafy sea dragon mudah dikenali kerana bentuk tubuhnya yang seperti dedaunan. Dan bentuk tubuh ini sebagai pelindung mereka dari pemangsa kerana dapat menyamar dengan dedaunan tumbuhan laut. Warna dari leafy sea dragon biasanya hijau keemasan dan jingga.
Weedy Sea Dragon juga mudah dikenali dari bentuk tubuhnya yang juga lonjong dan memanjang dan warna khas biru terdapat di bahagian atas tubuhnya.
LOKASI DAN HABITAT
Leafy sea dragon dapat ditemui di bahagian selatan, timur dan barat Australia. Terdapat juga di sepanjang pantai antara pulau Rottnest.
Weedy sea dragon juga dapat ditemui di tempat yang sama dan lebih ke timur dari negara bahagian New South Wales. Mereka suka berada di tempat yang banyak terdapat tumbuhan laut yang dilindungi oleh batu karang dan di pantai yang mengalami pasang surut dengan banyak rumput lautnya.
PEMAKANAN
Kedua naga laut ini makan binatang 'crustacean' seperti udang-udang kecil. Bayi naga laut yang baru lahir akan makan 'zooplankton' seperti 'copepods' dan 'rotifers' hingga mereka dewasa.
CARA PEMBIAKAN
Dalam 'kasih sayang' terhadap bayi-bayinya, naga laut jantan seperti kuda laut. Mereka membawa telur sebanyak 250 biji dari sang betina. Telur-telur yang berwarna merah jambu muda dibawa oleh ekor sang jantan yang menjadi tempat pengeraman telur-telur ini selama 6 hingga 8 minggu.
Kredit: versesofuniverse
-Debu-
No comments:
Post a Comment