Showing posts with label Dzull. Show all posts
Showing posts with label Dzull. Show all posts

Saturday, March 11, 2017

Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

Upacara Pemilihan Lagu Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka telah diadakan pada 5 Ogos 1957 bertempat di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Pemilihan ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Ya'acob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan), Tuan A.T. Reid (Timbalan Pengarah Broadcasting), Tuan Ong Yoke Lin (Menteri Kenderaan dan Pengangkutan), Haji Mustapha Al-Bakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu), Cik Halimathon, (Ahli Majlis Undangan Persekutuan), Dato' Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran) dan Tuan W. Crops (Pengarah Muzik, Pasukan Pancaragam Polis Persekutuan).
Sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Persekutuan Tanah Melayu. Lagu ‘Terang Bulan' lagu kebangsaan negeri Perak dipilih sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu kerana mempunyai unsur-unsur kemelayuan. Keputusan pemilihan ini kemudianya dikemukakan untuk diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu.
Lagu kebangsaan buat pertama kalinya diperdengarkan kepada khayalak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Sumber : Arkib Negara

-Dzull-

Thursday, February 23, 2017

Terowong Lebuhraya Pertama Malaysia

Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Panjang : 950 meter
Lokasi : Genting Sempah, Pahang
Kos Pembinaan : RM 1.4 juta
Tarikh Perasmian : 7 Januari 1978
Dirasmikan oleh : Datuk Haji Abdul Ghani Gilong (Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam)
Lawatan tapak projek Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak oleh Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-kemudahan Awam pada 14 Jun 1977.
Terowong Genting Sempah menghubungkan kawasan di antara Gombak, Selangor dan Genting Sempah, Pahang. Terletak di banjaran Titiwangsa. Merupakan sebahagian daripada projek pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, yang telah memendekkan perjalanan pengguna dari sebelah pantai barat ke pantai timur Semenanjung Malaysia.
Tempoh pembinaan lebuhraya ini bermula dari Disember 1974 sehingga pertengahan tahun 1979. Pada awal pembinaannya, terowong ini merupakan terowong tunggal dengan dua lorong sahaja, sebelum terowong tambahan dibina pada tahun 1995, iaitu ketika kerja menaik taraf Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak kepada Lebuhraya Ekspress Empat Lorong dilaksanakan.
Gambar terowong Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak di hari pembukaan dan perasmiannya pada 7 Januari 1978.
Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak pada tahun 1977.
Kredit: Arkib Negara

-Dzull-

Thursday, February 16, 2017

Cincin Olimpik

Lima cincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913 dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp.
Lima cincin (bulatan) yg bersangkutan antara satu sama lain melambangkan lima benua Afrika, Amerika, Asia, Eropah dan Ocenia dan juga melambangkan pertemuan antara para atlit dari pelbagai negara. Setiap bendera negara mengandungi sekurang-kurangnya salah satu warna bulatan tersebut.
Sejarah ringkas Sukan Olimpik
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama-sama sukan ini.
Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan.
Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170 meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, tinju dan sebagainya.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam kehidupan masyarakat Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 Sebelum Masihi.
Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia ). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung peringatan.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada tahun 393 Masihi, Maharaja Theodosius mengharamkan sukan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun.
Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang bangsawan Perancis.Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian.
Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sekali sukan antarabangsa ini diadakan.

-Dzull-

Friday, January 20, 2017

Sejarah Telekomunikasi Negara

Sejarah awal telekomunikasi di Malaysia bermula di negeri Perak apabila sistem rangkaian telegraf pertama yang digunakan untuk menghubungkan pejabat James Wheeler Woodford Birch atau lebih dikenali JWW Birch, Residen British di Kuala Kangsar dengan Pejabat Penolong Residen di Taiping terus ke pejabat Majistret di Matang, Perak pada 16 April 1876.
Pada tahun 1876, telah wujudnya talian sepanjang 27 batu menghubungi pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun 1882, talian tersebut telah disambung ke Seberang Prai dan Pulau Pinang melalui kabel dasar laut.
Frank Swettenham (kiri) dan JWW Birch di Belanja, Sungai Perak pada tahun 1874. JWW Birch mati dibunuh pada 2 November 1875.
Dalam tahun 1900 perkhidmatan telefon magneto pertama diperkenalkan di Kudat, Jesselton (Kota Kinabalu) dan Sandakan. Raja Charles Brooke turut memainkan peranan dalam mewujudkan talian yang berterusan sepanjang 600 kilometer dari Kuching ke Sungai Baram dalam awal 1900. Dalam tahun 1908 pula sistem komunikasi bertambah maju dan telah wujud satu Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telegram.
Pada 1 April 1946, Jabatan Telekom ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.
Jabatan Telekom Malaysia
Logo Jabatan Telekom Malaysia
Jabatan Telekom Malaysia wujud pada tahun 1968 apabila Semenanjung Malaysia telah bercantum dengan Sabah dan Sarawak. Kemudahan sambung-jauh Terus Dail (STD) telah diberikan pada tahun 1962 di antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Pada tahun 1963, gelombang mikro telah diperluaskan ke Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bharu. Pada tahun 1964, pemasangan kabel dasar-laut SEACOM di antara Singapura dan Kota Kinabalu telah dilakukan pada tahun berikutnya pula, ianya dipasang di antara Kota Kinabalu dan Hong Kong.
Pemasangan Stesen Satelit Bumi yang pertama di Kuantan telah dilancarkan pada tahun 1970 dan pada tahun 1975 pemasangan Ibusawat Teleks Automatik digunakan dimana ahli perniagaan dapat menghantar teleks tanpa melalui telefonis.
Pada tahun 1979, pelanggan yang disambung ke ibusawat jenis Sapura Elektronik telah diperkenalkan dengan kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD).

Pada tahun 1981, Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur dan Ibusawat Elektronik yang pertama telah dilancarkan di Pelangi Johor.
Sejak itu tidak kurang daripada 60% ibusawat telefon terdiri daripada jenis berkomputer (SPC). Pada tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang kedua telah dilancarkan di Ledu dan ia beroperasi dengan Satelit Lautan Hindi. Pada tahun 1983 perkhidmatan Datel dan Telefaks pula telah dilancarkan.Perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan pada tahun1984.
Bagi memajukan dan menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi ini maka pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia (JTM) telah diswastakan di atas nama Telekom Malaysia Berhad (TMB). Kerajaan Malaysia merupakan pemegang saham utama sebanyak 60 peratus dan 40 peratus lagi adalah di bawah pentadbiran individu (swasta).
Pada tahun 1987 juga Customer Service System (CASS) diperkenalkan untuk memudahkan urusan kerja. Perkhidmatan business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun 1988 dan pada tahun ini juga Telekom Malaysia Berhad (TMB) juga lebih memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai reka-bentuk dan teknologi yang termoden.
Selepas itu TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan komputer dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi bahasa melayu dan inggeris. Pada tahun 1990 diperkenalkan pula perkhidmatan Toll-Free Antarabangsa dan diikuti pula dengan kad-fon tanpa bayaran.
ISDN (Intergrated Service Digital Network) sistem yang lebih pantas pada masa kini telah diperkenalkan pada tahun 1998 dimana sistem ini membolehkan pengguna berhubung dan dapat melihat terus wajah orang

Kredit: KIBAT68_cia391.blogspot

-Dzull-

Friday, January 13, 2017

Berdoa sebelum memandu


Amalkan berdoa & tawakkal sebelum perjalanan, berzikir semasa memandu dan bersyukur apabila selamat tiba di destinasi.
Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.
Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Selain itu boleh diamalkan apabila mengantuk ketika belajar.
Potongan ayat tersebut berbunyi
” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :
“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.
Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

Kredit: hafizamri

-Dzull-

Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu


Memandu pulang ke kampung yang agak jauh memerlukan persediaan mental dan fizikal. Badan yang letih serta mengantuk menyebabkan kita tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan baik dan reaksi yang cepat. Antara tanda-tanda mengantuk ialah:
*Kerap menguap
*Kelopak mata terlalu berat
*Hilang fokus
*Pemanduan selalu tersasar
*Sendi-sendi mula lenguh
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, sila berhati-hati .Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mengelak rasa mengantuk semasa memandu. Sesaat terlelap, maut menanti. Namun begitu, mulakanlah perjalanan anda dengan doa dan selawat agar dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini.

1. Rancang perjalanan anda
-Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Terik mentari menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.

2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan
-Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.

3. Mengambil minuman isotonic atau kafein
-Diakui badan akan terasa letih dan mata mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.

4. Ajak Teman Bersembang
-Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.

5. Dengar muzik yang rancak
-Muzik juga penyelesaian paling efektif bagi menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Boleh juga jika anda memutarkan lagu-lagu rancak atau ‘favourite’ anda. Cara ini mampu mempengaruhi suasana hati agar tetap bersemangat.

6. Makan pisang dan kurma
-PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupakan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.

7. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti 
-Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali.

8. Basuh Muka Dengan Air Sejuk
-Standby sebotol air sejuk atau ais untuk dijadikan penyegar. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama islam, berwuduk antara tips terbaik.

9. Sediakan kudapan atau jajan
-Sekiranya perjalanan di waktu malam mengunyah makanan ringan juga mampu menghindarkan mengantuk. Keropok, gula², asam atau kekacang biasa menjadi pilihan. Kalau nak lebih ekstrim gigit hujung cili padi, sudah tentu mata anda yang mengantuk terbuka luas.

Kredit: Maziah Jamaludin

-Dzull-

Wednesday, January 11, 2017

Free 32-Point Inspection


Sebagai panduan 30+ senarai yg perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan jauh. Tapi ada berapa perkara kecil tiada dalam senarai yg perlu kita sediakan. Contoh:

-Periksa tekanan angin tayar simpanan/spare
-Beg plastik atau bakul sampah kecil dalam kereta
-Tool box dengan kelengkapan spanar & pemutar skru bersaiz tepat
-Lampu suluh & kain buruk

-Dzull-

Tuesday, January 10, 2017

KENAPA PERLU ISI 100% NITOGEN GAS PADA TAYAR KENDERAAN ANDA?


Kenapa mesti isi tayar dengan 100% nitrogen walhal angin yang diisi di stesyen minyak yang percuma itu adalah 78% nitrogen. Ya, udara yang kita sedut setiap saat itu mengandungi 78% Nitrogen, 12% Oksigen dan 1% Gas Lengai.

Mari kita lihat sejarah dan latar belakang fenomena ini. Nitrogen digunakan dibanyak bidang misalnya pada kereta lumba, dalam tayar kapal terbang dan juga digunakan oleh tentera. Mereka ini ada alasan tersendiri untuk menggunakan nitrogen. Pada kereta dan motosikal lumba, nitrogen digunakan kerana molekul nitrogen yang lebih besar dari udara akan menggurangkan kemungkinan ia bocor dari tayar (agak susah sikit berbanding udara).

Satu lagi kelebihan nitrogen adalah tayar tidak mudah menjadi teroksida jadi tayar boleh tahan lama.

Kelebihan nitrogen selainnya adalah ia 100% nitrogen. Ini bermakna tiada bahan-bahan lain terutamanya air. Di Malaysia air memang semula jadinya ada dalam udara. Jadi bila pam udara ke dalam tayar, air juga akan masuk. Air yang berkocak dalam tayar dikatakan boleh membuat pemanduan yang tidak stabil.

Antara kelebihan lain mengunakan 100% Nitrogen gas pada kenderaan anda adalah ;
1)- Stereng menjadi lebih baik
2)- Pengendalian kenderaan menjadi lebih baik
3)- Sistem Brake menjadi lebih baik
4)- Mengurangkan pengoksidaan tayar
5)- Menghapuskan hakisan roda dalaman
6)- Mengurangkan suhu berjalan kenderaan
7)- Mengurangkan laporan yang salah dari sistem pemantauan tekanan tayar

Kredit - Prowheels M Sdn Bhd

-Dzull-

Saturday, January 7, 2017

Cincin-cincin unik

Cincin yang mengagumkan, setiap satu rekaan unik cincin itu hanya ada satu corak/motif sahaja tiada kedua.





















Hasil seni: Canadian Artwork Secret Wood

Kredit:
secret.wood
mysecretwood

-Dzull-

Wednesday, January 4, 2017

Masjid Agung Samarra


Iraq mempunyai empat tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO serta sebelas tapak tambahan dalam senarai tentatif UNESCO. Semua empat tapak Warisan Dunia itu mempamerkan ciri-ciri kebudayaan negara Iraq iaitu Ashur (Qal'at Sherqat), Kubu Erbil, Hatra dan bandar Arkeologi Samarra.
Sāmarrā (سامَرّاء) ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah timur Sungai Tigris di Wilayah (صلاح الدين) Salāh ad Dīn, Iraq. Kota ini terletak kira-kira 125 km di sebelah utara Baghdad. Penduduknya berjumlah kira-kira 348,700 orang pada tahun 2003.
Pada masa lalu, Samarra merupakan salah satu bandar terbesar pada zaman ketamadunan Mesopotamia.
Bandar ini antara bandar islam tertua yang masih mengekalkan susun atur pelan bandar asal, seni bina dan peninggalan seni dari zaman Khalifah Abbasiyah. Oleh kerana kekuatan tarikan bandar arkeologi itu pada tahun 2007, UNESCO menamakan Samarra salah satu tapak Warisan Dunia.
Masjid Agung Samarra
Masjid Agung Samarra ialah sebuah masjid abad ke-9 yang terletak di Samarra, Iraq. Pembinaan masjid ini dimulakan dalam tahun 848 M dan diselesai dalam tahun 851 M oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mutawakkil yang memerintah di Samarra dari tahun 847 M sehingga tahun 861 M.
Antara keunikkan masjid ini sudah tentu menaranya. Menara Malwiyah ialah seperti sebuah kon berpusar yang besar berukuran 52 meter tinggi dan 33 meter lebar, dengan dilengkapi tanjakan berpusar.
Pemerintahan Al-Mutawakkil memberi impak besar tehadap kota Samarra, oleh sebab beliau meminati seni bina, dan seperti yang dinyatakan, beliaulah yang bertanggung jawab akan pembinaan Masjid Agung Samarra.
Dalam senarai projek-projek pembinaannya, selain Masjid Jamek baharu ini turut serta pembinaan 20 buah istana, yang menelan belanja sebanyak antara 258 dan 294 juta dirham. Masjid Jamek baharu ini menjadi sebahagian daripada pelebaran kota ke arah timur, dan memanjang sehingga ke dalam kawasan taman pemburuan lama.
Suatu masa dahulu, Masjid Agung Samarra merupakan masjid terbesar di dunia, ia mampu menampung sehingga 80,000 orang jemaah. Struktur masjid berbentuk segi empat tepat yg besar hampir 38,000 meter persegi dengan perkadaran 3:2 yang tipikal bagi kebanyakan masjid di sini. Masjid dibina dalam dinding ‘bastion' 2.65 meter tebal dengan 44 menara separa bulat. Bangunan yang berada dalam kepungan luar ialah 444 meter x 376 meter, merangkumi seluas 17 hektar yang membolehkan lebih banyak orang untuk menghadiri sesuatu majlis. Masjid itu mempunyai 17 lorong dan 16 pintu masuk utama, dindingnya disalut dengan mozek kaca berwarna biru tua.
Seni dan seni bina masjid amat dipengaruhi ukiran (stucco) kerana di dalam masjid ukiran berbentuk bunga dan geometri menggambarkan hiasan Islam awal. Tambahan, Masjid Ibn Tulun di Kaherah, Mesir menyerupai Masjid Agung Samarra dalam banyak perkara.
Masjid mengalami kemusnahan teruk dalam tahun 1278 M (656 H) selepas serangan Hulagu Khan terhadap Baghdad. Hanya dinding luar dan menaranya yang kekal sehingga kini. Semestinya tarikan utama mengunjungi tapak masjid ini umpama seseorang itu berada dalam dunia purba senibina Al Mutawakkil.









Kredit:
Community.dur.ac.uk (foto)
The oriental Institute of the University of Chicago
Beautiful Mosques Gallery

-Dzull-

Sunday, January 1, 2017

TEMBIKAI SEGI EMPAT


Tembikai segi empat adalah buah tembikai yang ditanam ke dalam bekas yg berbentuk kiub. Amalan penanaman tembikai kiub adalah popular di Jepun. Walau bagaimanapun, tembikai kiub biasanya amat mahal dan oleh itu akan dijual sebagai cenderamata atau hadiah yg mahal.
Tujuan utama terciptanya idea tembikai kiub ini adalah untuk dimuatkan lebih kompak dalam peti sejuk dan boleh dipotong lebih mudah (tanpa bergolek). Ia telah dicipta oleh pereka grafik Tomoyuki Ono pada tahun 1978. Beliau telah mempamerkan tembikai persegi yang di pameran seni di Ginza, Tokyo. Dia juga memohon paten untuk 'rekaan' beliau di Amerika Syarikat.
Merujuk kepada BBC, tembikai yang dikomersialkan sekitar 1980-an oleh seorang petani yang tinggal Shikoku di Zentsuji, Kagawa. Tembikai beliau ditanam dalam kotak dan mengikut bentuk bekas yg bersegi itu. Pada masa itu mereka cenderung untuk menjual kepada pelanggan kaya kerana pada 2001 harga sebiji tembikai segi empat adalah dua hingga tiga kali ganda daripada tembikai biasa (kira-kira $83 dollar).
Sejak kedatangan tembikai persegi itu, lain-lain bentuk tembikai telah diperkenalkan, contoh seperti bentuk hati dan piramid.


-Dzull-