Saya dah start buat cookies untuk tester dan awal-awal sudah dapat order dari regular customer seperti tahun-tahun lepas. ☺
Saya nak share resepi dan cara-cara buat Biskut Sarang Semut yang digemari ramai, cair di mulut rindu di hati... 😊
Bahan2 yang saya gunakan...
250 gm butter (boleh guna ape je brand butter lain)
90 gm gula halus (blend halus dan tapis ye)
*350 gm tepung gandum
*100 gm tepung kastard
(*gaul sebati dan ayak bersama)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm butter (boleh guna ape je brand butter lain)
90 gm gula halus (blend halus dan tapis ye)
*350 gm tepung gandum
*100 gm tepung kastard
(*gaul sebati dan ayak bersama)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Saya blend dulu butter sekejap utk lembutkan.. Baru tambah gula. Pukul guna hand mixer sekejap je tau. |
Pukul sampai jd kaler pale/cerah mcm ni tp hati2 jgn lama sgt (kita bkn nak buat kek ) |
Jgn lupa ayak tepung yg digaul sebati |
Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Hand mix sekejap je bg yg agak malas nak cepat mcm sy tp jgn mix lama sgt. Agak2 sebati je. Kalau rajin, kaup balik dgn spatula pun boleh. |
Uli gaul dgn tgn smpai dpt adunan tak melekat mcm ni. Kalau rasa melekat dan lembik boleh tmbh tepung gandum sedikit demi sedikit ye.. Jgn terlalu lembik nnti bila bakar parutan nampak mengembang. |
Hasil parutan mcm ni nampak halus dan gebu. Sudukan atau garfukan ke dalam paper cup. |
Taburkan coklat rice atau apa-apa je sprinkle yg berwarna warni mengikut faveret masing2. Bakar selama 20 ke 25 minit suhu 180 drjh (mengikut tahap kepanasan oven masing2). Siap! Boleh ngap! |
-Mya-
No comments:
Post a Comment