Friday, January 6, 2017

PERBEZAAN KITAB DAN SUHUF


Kitab Allāh (كتاب الله, Kitabullah) adalah catatan-catatan yang difirmankan oleh Allah kepada para nabi dan rasul.
Dalam firman Allah,
“Sebelum (Al Quran), menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa).” (Al Imran 3:4)
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An Nissa 4:136)
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, Isa, Ayub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.” (An Nissa 4:163)
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN
Menurut sumber berdasarkan hadis sahih dari Imam Ahmad, kesemua kitab-kitab suci tersebut turun pada bulan Ramadan;
- shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadan
- Taurat turun pada hari ke-6 bulan Ramadan
- Injil pada hari ke-13 dari Ramadan
Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadan berdasarkan pada salah satu surah di dalam Al Qur'an yang berbunyi,
“Bulan Ramadan yang diturunkan di dalamnya Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil.” (Al Baqarah 2:185)
Ibnu Katsir mengatakan, Allah menyanjung bulan Ramadan di atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan di mana kesemua kitab-kitab suci diturunkan di dalamnya.
Abu Dzar meriwayatkan dari Rasulullah saw,
“Allah Swt menurunkan 104 kitab. 50 shahifahnya (suhuf) diturunkan kepada Nabi Syits as, 30 shahifahnya kepada Nabi Idris, 20 shahifah kepda Nabi Ibrahim as.”
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa 10 shahifah diturunkan kepada Nabi Adam dan Nabi Ibrahim. Dalam pemerhatian Ahlusunnah juga disebutkan riwayat yang sama, bezanya Nabi Adam tidak disebutkan namanya.
TAURAT (TORAH)
Taurat bertulisan bahasa Ibrani, berisikan syariat (hukum) dan kepercayaan yang benar dan diturunkan melalui Musa. Isi Taurat ialah 10 firman Allah bagi bangsa Israel. Selain itu, Taurat berisikan tentang sejarah nabi-nabi terdahulu hingga Musa dan kumpulan hukum.
“(Tuhan Allah) telah menurunkan kitab kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang terdahulu dari padanya, lagi menurunkan Taurat dan Injil. ”
(Ali Imran: 3)
ZABUR (MAZMUR)
Zabur berisi mazmur (nyanyian pujian bagi Allah) yang diturunkan melalui Daud dalam bahasa Qibti. Kitab ini tidak mengandung syariat, kerana Daud diperintahkan untuk meneruskan syariat yang telah dibawa oleh Musa.
“ Dan kami telah memberi kitab zabur kepada Nabi Daud." (An-Nisa; 163)
INJIL
Pertama kali Injil ditulis menggunakan bahasa Suryani melalui murid-murid Isa untuk bangsa Israel sebagai penggenap ajaran Musa. Perkataan 'Injil' berasal dari bahasa Yunani iaitu 'euangelion' yang bererti "khabar gembira".
Injil tidak mempunyai pembahasan sistematik mengenai satu tema atau tema-tema tertentu, meskipun di dalamnya banyak membahas tentang syruga.
Injil yang ada hari ini mengandungi firman Allah dan riwayat Isa, yang semuanya ditulis oleh generasi setelah Isa.
“Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israil) dengan 'Isa putera Maryam, membenarkan Kitab yang sebelumnya, iaitu Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu Kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maa`idah 5:46)
AL-QURAN
Al-Quran merupakan kumpulan firman yang diberikan Allah sebagai satu kesatuan kitab sebagai pedoman hidup bagi seluruh umat muslim. Menurut syariat Islam, kitab ini dinyatakan sebagai kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, selalu terjaga dari kesalahan, dan merupakan tuntunan membentuk ketaqwaan manusia.
“ Pada bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia." (Al-Baqarah: 185)
Penampilan Al-Quran dianggap unik, kerana berupa prosa berirama, puisi epik dan simfoni dalam keterpaduan teks yang indah.
Isi Al-Quran juga dianggap unik, berupa paduan falsafah semesta, catatan sejarah, peringatan-peringatan dan hiburan, dasar-dasar hukum, serta doa-doa.
SUHUF
Suhuf ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi & rasul-rasul yang mengandungi hukum-hukum dasar.
Ia berbentuk lembaran-lembaran sahaja.
Jumlah suhuf yang diwahyukan Allah kepada para rasul ialah 100 suhuf :
- 50 suhuf diturunkan kepada Nabi Syits
- 30 suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
- 10 suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
- 10 suhuf diturunkan kepada Nabi Musa

Wallahua'lam...

Kredit:
musafiralam0
astalog

-Debu-

1 comment: