Manuskrip Voynich, sebuah manuskrip kuno pada abad ke-15 yang sehingga kini tidak diketahui judulnya, tidak diketahui siapa penulisnya dan tidak juga diketahui bahasa apa yang digunakan.
Deretan teks cakar ayam tertulis di atas kertas kulit yang jelas kelihatan kuno, aliran ilustrasi gambar pucat tidak bermaya serta lukisan tanaman, carta-carta astronomi dan gambar bayi/kanak-kanak sedang mandi.
Sekali pandang, Manuskrip Voynich tidak seperti karya tulis dan gambar antik. Apabila diteliti lebih jauh, didapati manuskrip itu benar-benar tidak boleh difahami.
Beberapa bahagian mengandungi huruf Latin namun di beberapa bahagian lain mengandungi bahasa yang sama sekali tidak difahami. Disusun menjadi seumpama kata dan kalimat, tetapi tidak satu pun menyerupai tulisan atau bacaan yang selama ini digunakan manusia.
Salah satu ilustrasi yang terdapat dalam buku tersebut yang menggambarkan matahari dan arah buruj-buruj bintang yang masih tidak dikenali oleh ilmu astronomi hari ini. |
Kitab atau manuskrip ini diberi nama Voynich kerana diperkenalkan pertama kali oleh Wilfrid Voynich, yang menemuinya di Villa Mondragone berhampiran Rom pada 1912 di sebuah kedai barangan antik.
Wilfrid Voynich mendedikasikan sisa hidupnya untuk mengungkap misteri asal usul manuskrip tersebut, sekaligus menafsirkannya. Dia meninggal dunia 18 tahun kemudian dan hanya sedikit yang boleh dia tafsirkan maksud dalam manuskrip itu.
Berdasarkan bukti kaligrafi, gambar, kertas kulit dan pigmen, Wilfrid Voynich menganggarkan manuskrip ini dicipta pada akhir abad ke-13. Manuskrip ini besarnya kira-kira tujuh hingga sepuluh inci, tapi tebal, hampir 235 halaman.
Tetapi mungkin pada mulanya ia mempunyai tidak kurang dari 262 halaman. Ditulis dalam tulisan yang tidak diketahui dan tidak ada contoh tulisan dan bahasa lain seperti manuskrip ini di dunia.
Ada 212 halaman mengandungi teks dan imej, 33 halaman mengandungi teks sahaja dan halaman terakhir mengandungi kunci. Teks ini ditulis dalam skrip 'encipher' (menulis dalam kod) dan gambar berwarna merah, biru, coklat, kuning dan hijau.
Pada tahun 2009, penyelidik dari Universiti Arizona melakukan ujian C14 pada manuskrip ini, dan mereka menegaskan (dengan keyakinan 95%) manuskrip ini dibuat antara tahun 1404 dan 1438.
Selain itu, McCrone Research Institute di Chicago mendapati ada dakwat ditambah tidak lama selepas itu dan mengesahkan naskhah tersebut adalah dokumen abad pertengahan.
Isi kandungan naskhah ini dibahagikan dalam 5 kategori :
1. Bahagian pertama dan terbesar mengandungi 130 halaman gambar tanaman dengan teks dan disebut Botanical Division.
2. Bahagian kedua mengandungi 26 halaman gambar, mengenai astrologi dan astronomi.
3. Bahagian ketiga mengandungi 4 halaman teks dan 28 gambar, seolah-olah menggambarkan biologi.
4. Bahagian keempat mengandungi 34 halaman gambar , iaitu berkaitan ubat-ubatan.
5. Bahagian terakhir dari Manuskrip mengandungi 23 halaman teks yang ditetapkan dalam perenggan pendek, masing-masing bermula dengan bintang. Laman terakhir hanya mengandungi kunci sahaja.
Perlu diingat bahawa pembahagian di atas hanya berupa tafsiran dari gambar-gambar yang ada pada manuskrip tersebut. Oleh sebab gambar-gambar itu kelihatan aneh, maka pembahagian di atas juga belum tentu benar.
Isi kandungan dari manuskrip ini hingga sekarang masih penuh misteri, walaupun banyak tafsiran yang dibuat. Para kriptologis di seluruh dunia masih berusaha memecahkan kod-kod dari manuskrip ini.
Kredit: versesofuniverse
-Debu-
No comments:
Post a Comment