Saturday, January 21, 2017

UTUSAN-UTUSAN ALLAH DI SETIAP TAMADUN

Orang Yahudi membahagikan para nabi mereka kepada dua iaitu 'major prophet' dan 'minor prophet'. Daripada bangsa Israel, diutus oleh Allah swt berpuluh-puluh orang Rasul dan Nabi dek kerana kedegilan bangsa mereka sendiri.
Direkodkan di dalam kitab suci mereka, kekadang, dalam satu-satu masa, terdapat dua hingga tiga orang Rasul diutuskan seperti,
i) Musa as, Harun as dan Yusak as
ii) Luth as dan Ibrahim as
iii) Ilyas as dan Ilyasa’ as
iv) Ezekiel as (Zulkifli as) dan Daniel as & ramai lagi.
Di India, dipercayai bahawa Krishna dan Buddha adalah rasul yang diutuskan Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus. Krishna dan Buddha tidak pernah menyuruh pengikut mereka menyembah mereka apatah lagi menyuruh pengikut mereka membina patung.
Begitu juga di China, dipercayai bahawa Confusius (pengasas fahaman Confusius) dan Lao Tzu (pengasas fahaman Toisme) adalah salah seorang utusan Allah swt. Mereka adalah antara figura penting dalam masyarakat China. Fahaman mereka tersebar luas hingga ke Mongolia malah ke Jepun.
Confucius
Fahaman mereka mempunyai asas tauhid seperti mana agama-agama monotheism yang lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian. Ini menambahkan keyakinan bahawa mereka berdua adalah utusan Allah swt untuk masyarakat tamadun China.
Di Yunani pula, Socrates adalah watak utama dalam menentang ajaran agama Pagan. Paganisme pada masa itu adalah kebal dan susah untuk dihapuskan. Socrates menentang penyembahan berhala dan mempersoalkan penyembahan serta korban kepada berhala Zeus, Artemis dan sebagainya.
Socrates yang terkenal dengan sikap lantangnya akhirnya dipaksa minum racun oleh para pembesar Yunani pada masa itu. Sebenarnya beliau mampu untuk melarikan diri, namun beliau berkeras menolaknya kerana tidak mahu dilihat penakut. Inilah ciri-ciri seorang Rasul. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat dipaksa minum racun tersebut.
Socrates dikelilingi murid-muridnya
Di Parsi telah lahir seorang bernama Zoroaster. Zoroaster adalah pengasas agama Zoroasterian ataupun lebih dikenali agama Majusi. Menurut Al-Tabari, Zoroaster adalah nama lain bagi Zaradusht bin Isfiman.
Di Mesir purba, lahir seorang firaun yang menyeru pengikut mereka menyembah tuhan yang Esa. Firaun itu digelar Akhenaton. Firaun ini adalah bapa kepada Tutankhamun yang terkenal itu.
Dipercayai, Akhenaton juga adalah seorang Rasul. Walaubagaimanapun, seruan beliau tidak berjaya kerana dikhianati oleh paderi-paderi yang masih tegar dengan ajaran agama Pagan. Akhirnya, beliau dibunuh dan diganti dengan Tutankhamun yang masih muda belia.
Akhenaten
Wallahua'lam...

Rasul dan Nabi yang diperkatakan seperti di atas bukan satu yang baru. Malah perkara seperti ini sudah banyak didebatkan sejak zaman berzaman. Ini adalah berkait rapat dengan firman Allah swt yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; Maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil." [Al-Mu’min (40): 78]

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment