Manuskrip bertulisan Jawi ini merupakan surat daripada Sultan Mahmood Muzaffar Shah ibni Sultan Muhamad Shah, Pahang kepada Sultan Terengganu, bertarikh Rabiulawal 1276H(1859).
Antara lain, surat tersebut menyatakan perihal perdagangan di Pahang serta rancangan baginda untuk menurunkan cukai barangan keperluan harian seperti beras, tembakau dan garam bagi mengurangkan bebanan rakyat; rancangan baginda untuk mengadakan balai-balai sebagai mahkamah dan menegakkan keadilan mengikut hukum Allah.
Baginda juga meminta nasihat Sultan Terengganu mengenai pentadbiran negeri dan bantuan beras untuk mengatasi masalah kekurangan beras di Pahang. Baginda turut meminta agar beberapa orang rakyat Pahang di Terengganu pulang ke negeri Pahang.
Kredit: arkib.gov
-Debu-
No comments:
Post a Comment