Di dalam dunia ini sememangnya banyak betul perkara pelik. Kali ini kita akan lihat mata wang paling pelik di dunia.
1. Wang dari lembaran kayu (Jerman)
Pernah digunakan sebagai wang semasa darurat di Jerman semasa pemulihan selepas Perang Dunia Pertama. Kerana darurat, wang dicetak juga daripada kerajang aluminium (foil), kain sutera dan kad dari sisa-sisa perang.
Pengumpul sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk wang pelik ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi duit syiling pada masa itu.
2. Wang dengan ancaman hukuman mati (Amerika, ketika masih dijajah Inggeris)
US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai 'safe heaven currency'. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak pengalaman dalam memerangi para pemalsu wang.
Pada masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang.
Bagaimana kerajaan memberi ancaman yang kuat kepada pemalsu?
Dengan mencetak "To Counterfeit is Death" (hukuman mati untuk pemalsuan), kelihatan seperti bukannya "In God We Trust" tetapi "In The Death Penalty We Trust" lebih sesuai.

3. Wang kumpulan 'voucher' (Vietnam)
Jika kita fikir wang yang boleh membeli segala-galanya, ia tidak. Wang Vietnam pada tahun 70-an berfungsi sebagai koleksi baucar yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan.
4. Mata wang berbentuk komoditi
Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai bayaran. Sebenarnya, kata "salary" (gaji) berasal dari bahasa Latin "salarium" iaitu wang yang telah dibayar kepada tentera Rom untuk membeli garam.
Garam juga digunakan sebagai alat tukar (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abad lamanya, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur.
Biasanya, seseorang pada masa itu akan menjilat garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan untuk membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.
Blok garam pada gambar berusia 1500 tahun.
Mata wang unik yang lain adalah:
- "Reng" (wang berbentuk bola benang yang dibungkus dalam sabut kelapa. Digunakan zaman dulu di Kepuluan Solomon)
- Koko (digunakan di seluruh Mexico dan Amerika Tengah)
- Keju Parmigiano Reggiano (boleh juga digunakan sebagai jaminan pinjaman di Itali)

5. Wang pecahan terbesar (Hungaria)
Inilah pecahan mata wang pemegang rekod sehingga kini. Dicetak oleh Hungary pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,00 0 pengo.
Ya! Seratus juta trilion pengo dengan kadar ketika itu hanya sekitar 20 US cent.

6. Modifikasi Wang Kerana Rampasan Kuasa (Zaire)
Ketika rejim Joseph Mobutu dirampas kuasa pada tahun 1997 di Zaire (yang kini bernama The Democratic Republic of the Congo), pemerintahan yang baru ketika itu terlalu sibuk untuk mereka-bentuk dan mencetak wang baru selain jumlah wang ketika itu terhad.
7. Kulit tupai (Rusia)
Beberapa kurun yang lalu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Rusia. Bahkan beberapa bahagian dari tupai mati ini seperti telinga, hidung dan kuku-kukunya berfungsi sebagai "duit baki".
8. Syiling perak ada bonus air suci (Kepulauan Palau)
Jika di wang kertas USD ada "In God We Trust", negara kepulauan Palau selangkah lebih maju.
Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar perawan suci dan memasukkan botol kecil yang mengandungi beberapa titis air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis.
Negara ini pernah masukkan mutiara, bahkan batu meteor pada duit syilingnya, perak dan air suci.
Apakah negara ini ada masalah dengan serangan vampire dan werewolf?

9. Wang dari batu (Pulau Yap, Kepulauan Solomon)
Di Pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui "wang" terbesar dan teraneh di dunia, batu rai (macam batu kapur).
Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 tan.
Sama ada disebabkan sejarah atau kepercayaan yang menyebabkan orang-orang di pulau Yap sangat muliakan batu ini, mungkin sama seperti masyarakat moden mengagungkan emas.
Kerana jenis batu ini tidak boleh ditemui di Pulau Yap, masyarakat Pulau Yap rela mengorbankan nyawa mereka untuk mengembara mencari batu ini.
Tahukah anda? Penilaian nominal dari batu ini ditaksirkan bukan hanya berdasarkan saiz, tapi juga ditaksirkan berdasarkan pengorbanan membawanya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang terbunuh kerana pengorbanan tersebut.
Kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan terbaring di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang-kadang di dalam hutan. Walaupun terbaring di mana sahaja, orang pasti mengetahui siapa pemiliknya. Apabila berlaku pertukaran pemilikan, akan dilakukan dalam upacara tertentu.
Pihak berkuasa tempatan telah melarang batu-batu wang ini keluar daripada pulau tersebut. Tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mencari wang antik ini di lobi Bank Kanada di Ottawa.

-Debu-
No comments:
Post a Comment