Friday, January 13, 2017

EVOLUSI LOGO-LOGO JENAMA TERKENAL DI DUNIA

Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang ditetapkan dalam font/jenis taip khas, atau diatur dalam bentuk tertentu dan boleh dikenali. Bentuk, warna atau jenis taip perlulah berbeza dari yang lain dalam pasaran yang sama.
Berikut adalah evolusi 10 logo yang terkenal di dunia dari dulu hingga kini.

1. Boeing - Syarikat pembuat kapal terbang tersohor
Boeing adalah syarikat pembuat kapal terbang tersohor di dunia. Ia mula ditubuhkan pada 1937 oleh William E. Boeing di Seattle, Amerika Syarikat.

Pada 2001, ibu pejabat Boeing telah dipindahkan ke Chicago. Boeing telah mempelopori pelbagai bidang perniagaan seperti Boeing Commercial Airplanes (BCA), Boeing Defense, Space & Security (BDS), Engineering, Operations & Technology, Boeing Capital dan Boeing Shared Services Group.

2. Pepsi - Syarikat Minuman Ringan Terlaris
Pepsi adalah minuman berkarbonat yang dihasilkan oleh PepsiCo. Minuman ini dihasilkan buat pertama kalinya pada 1890-an oleh ahli farmasi Davis Bradham di New Bern, Carolina Utara.

Jenama ini dicap-dagangkan pada 16 Jun 1903. Pepsi dikatakan mendapat nama daripada enzim Pepsin yang menghadamkan buah kola yang mana telah menjadi resipi utama minuman segar ini.

3. Nike - Syarikat Alatan Sukan
Nike ditubuhkan oleh dua sahabat iaitu William J. Bowerman dan Philip H. Knight pada Januari 1964 dengan nama Blue Ribbon Sports.

Kemudian, pada 1978, nama Nike mula diperkenalkan sebagai nama komersial syarikat ini yang mana ia telah kekal sehingga kini.

Nike merupakan syarikat pengedar alatan sukan yang paling digemari di seluruh dunia. Syarikat ini bertapak di Beaverton, Oregon. Nike adalah pelopor sebagai syarikat alatan sukan yang memberi sponsor khas kepada mana-mana atlet yang mempunyai daya pasaran yang luas.

Antara atlet yang mendapat bayaran lumayan daripada Nike sebagai atlet sponsor mereka adalah Micheal Jordan, Cristiano Ronaldo dan kebanyakkan pemain antarabangsa Brazil.

Strategi Nike nyata berhasil apabila muncul sebagai syarikat pengedar alatan sukan paling menguntungkan berbanding Adidas dan Puma.

4. Lego - Syarikat Permainan Kanak-kanak
Lego ditubuhkan oleh seorang tukang kayu yang berasal dari Denmark, Ole Kirk Christiansen pada 1949. Tidak salah jikalau mengatakan Lego adalah alat permainan yang paling disukai oleh kanak-kanak daripada dahulu sehingga sekarang.

Asal nama komersial Lego adalah daripada perkataan Denmark iaitu 'Leg godt' yang bermaksud ‘main elok-elok’.

Pada 2008, Google telah memberi penghargaan kepada Lego sempena ulang tahun ke-50 Lego dengan menggantikan reka bentuk perkataan Google dengan stail Lego.

5. Nokia - Syarikat Telekomukasi
Nokia ditubuhkan pada 1865 di Tempere, Finland oleh dua sahabat iaitu Fredrik Idestam dan Leo Mechelin.

Nokia pada mulanya bukannya sebuah syarikat telekomunikasi tetapi adalah sebuah syarikat penjanaan elektrik.

Era telekomunikasi Nokia mula menjelma pada tahun 1970-an apabila pengerusinya pada waktu itu, Björn Westerlund telah memperkenalkan model Nokia DX-200, iaitu pelantar Penukaran Digital.

Pengenalan model ini telah membuatkan Nokia muncul sebagai syarikat telekomunikasi yang memperkenalkan model pengawal mikropemproses pertama di dunia.

6. Google - Syarikat Enjin Pencarian
Google ditubuhkan pada 4hb September 1998 di Menlo Park,California oleh Larry Page dan Sergey Brin.

Google telah mengorak langkah sebagai syarikat yang kurang dikenali sehingga menjadi pesaing terdekat Yahoo sebagai enjin pencarian di internet.

Direkodkan bahawa dalam satu masa, kira-kira 1 million penggunaan menggunakan enjin pencariaan Google.

Google muncul sebagai laman web yang paling kerap dikunjungi dalam sehari. Pada 2006, Google telah berpindah ibu pejabat ke Mountain View, California.

7. Nestle - Syarikat Makanan dan Nutrisi Terbesar
Nestle adalah syarikat Makanan dan Nutrisi terbesar di dunia. Ia mula ditubuhkan pada 1905 oleh Henri Nestle. Nestle beribu pejabat di Vevey, Switzeland.

Hari ini, Nestle telah beroperasi di 86 buah negara di seluruh dunia yang mana telah memberi peluang kerja kepada 283,000 individu.

Nestle mempunyai 6000 jenama, iaitu daripada makanan manusia hingga kepada makanan haiwan peliharaan.

8. Shell - Antara Syarikat Gas dan Minyak Terbesar Di Dunia
Shell atau nama rasminya Royal Dutch Shell ditubuhkan pada 1907 untuk kerja-kerja pencarigalian mineral petroleum. Shell berpengkalan di The Hague, Belanda dan London, Britain.

Shell tersenarai sebagai antara 8 syarikat gas dan minyak terbesar di dunia dengan keuntungan pada 2009 adalah USD12.518 billion.

Pada masa sekarang, Shell telah melebarkan sayapnya di 140 buah negara sejak ia ditubuhkan.

9. Sony - Peneraju Barangan Elektrik dan Elektronik Dunia
Sony ditubuhkan pada 7 May 1946 iaitu sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia ke-2 oleh dua orang rakan, Akio Morita dan Masaru Ibuka di Minato, Tokyo, Jepun.

Asal perkataan Sony adalah Sonus, iaitu bermaksud ‘sound’ ataupun bunyi. Sony adalah syarikat Kanglomerat yang ke-5 terbesar di dunia dengan keuntungan mencecah USD78.88 billion setahun.

Kanglomerat adalah syarikat yang mempunyai pelbagai cabang peniagaan termasuk perniagaan elektronik, perfileman, radio, televisyen dan sebagainya.

Sony mempunyai reputasi sebagai syarikat elektronik yang menghasilkan barangan berkualiti dari zaman berzaman.

Slogan syarikat ini pada masa sekarang adalah 'make.believe' menggantikan slogan lama iaitu 'like.no.other'.

10. IBM - Jenama Kedua Paling Bernilai
Syarikat IBM ditubuhkan pada 1896 untuk menghasilkan mesin Tarbulator iaitu mesin untuk memproses data secara automatik seperti mesin punch-card.

Syarikat ini berkembang secara beransur-ansur dengan permintaan secara berterusan terhadapnya sehinggakan Russia juga mengimport mesin Tarbulator ini.

Pengasas syarikat ini adalah Hermann Hollerith. Pada 16 Jun 1911, syarikat ini dikorporatkan menjadi International Bussiness Machine (IBM) yang mana ia telah kekal sehingga sekarang.

Syarikat IBM dikenali sebagai syarikat teknologi ke-4 terbesar di dunia dan jenama kedua paling bernilai di dunia selepas Coca Cola. Pendapatan bersih syarikat ini pada 2009 adalah USD12.334 billion.

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment