Huruf-huruf Jawi telah wujud di kepulauan Melayu sejak berkurun lamanya. Ia disepadukan dengan satu ikatan kuat dengan tulisan Arab, yang mendatangi jalannya ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan Islam yang disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah Muslim dari Arab, India dan China sekitar abad ke-7.
Terdahulu sebelum tulisan Jawi, bangsa Melayu menggunakan tulisan Rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun-daun. Kemudiannya disusuli dengan penggunaan tulisan Kawi dan Palava.
Dengan kedatangan Islam, orang-orang Melayu cuba menggunakan aksara Palava atau Kawi untuk menulis berkenaan Islam namun kedua-duanya tidak sesuai kerana ia tidak dapat membunyikan rangkap-rangkap Al-Quran dan Hadis dengan betul.
Situasi ini menyebabkan orang Melayu bereksperimen dengan aksara Arab. Justeru, tulisan Jawi sememangnya penciptaan daripada Melayu biarpun didasari oleh skrip Arab.
Orang-orang Melayu memasukkan beberapa huruf demi mematuhi suku kata Melayu, iaitu 'cha', 'nga', 'pa', 'ga' dan 'nya'. Huruf 'va' diperkenalkan kemudiannya pada 1990-an oleh pengasuh bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bukti terawal kewujudan tulisan Jawi diperoleh dari penemuan prasasti yang dibuat pada batu bersurat bertarikh 702 H (1303 M).
Tertib tulisan Jawi moden hari ini merupakan inisiatif penyeragaman tulisan Jawi yang dibuat oleh Zainal Abidin Ahmad, tokoh tersohor kesusasteraan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za'ba, yang menghasilkan "Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi", diusahakan olehnya pada 1938 dan diterbitkan pada 1949.
-Debu-
No comments:
Post a Comment