Friday, January 6, 2017

ALIRAN-ALIRAN SYIAH



1) Syiah Al-Mukhlashin
Iaitu kelompok Syiah ketika Ali bin Abu Thalib menjadi khalifah telah ada, mereka ini terdiri dari kalangan muhajirin dan ansar yang mendukung Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah, mereka tidak mengkafir, mencaci, menghina, dan membenci sahabat, mereka juga berpegang teguh dengan ajaran Allah dan rasulNya secara utuh dan tidak membuat ajaran sendiri, tidak menambah, mengurangi, mengubah, atau memalsukan ajaran Islam.
2) Syiah Tafdliliyah
Iaitu kelompok Syiah yang sepenuhnya mendukung Khalifah Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah, melebihi sahabat Nabi SAW. lainnya. Namun mereka juga tidak mengkafirkan, mencaci, menghina, atau membenci para sahabat Nabi SAW., seperti Abu Bakar, Umar, dan Uthman.
3) Syiah As-Sab'iyah
Kelompok Syiah ini juga disebut Syiah At-Tabri'iyah. Kelompok Syiah ini mengkafirkan, mencaci, dan menghina sahabat, seperti Abu Bakar, Umar, dan Uthman. Mereka berlebihan dalam memuji Ali dan membelanya dan bahkan ada yang menganggap bahwa Ali bin Abu Thalib adalah nabi, ada pula yang mengatakan bahwa Ali bin Abi Thalib adalah Tuhan.
4) Syiah Ghulat
Iaitu kelompok Syiah yang mengatakan secara terang-terangan bahwa Ali bin Abu Thalib adalah Tuhan, bahkan Al-Jahd mengatakan bahwa roh Allah adalah roh Ali bin Abu Thalib. Kelompok Syiah ini pecah menjadi 24 golongan.
PECAHAN SYIAH
Berpangkal dari empat kelompok besar tersebut, Syiah pecah menjadi puluhan bahkan ratusan golongan, dan tiap-tiap golongan mempunyai ajaran yang kadang-kadang berbeza akidah dan syariatnya antara satu dengan yang lainnya.
Ada yang jauh dari ajaran Islam dan ada yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam secara utuh, ada pula yang mencampur adukkan antara ajaran Islam dengan ajaran para imam mereka.
Selain itu, tidak semua kelompok Syiah dapat berkembang hingga kini, hanya ada beberapa kelompok sahaja yang masih wujud, seperti Syiah Imamiyah dan lain-lain.
i) Syiah Saba'iyah
Adalah kelompok Syiah yang diketuai oleh Abdullah bin Saba', salah seorang Yahudi yang mengaku pura-pura masuk Islam. Mereka menganggap bahawa Ali bin Abu Thalib adalah Tuhan, bahkan pada saat Ali r.a. wafat ia mengatakan bahwa Ali bin Abu Thalib belum meninggal dan tidak akan meninggal.
ii) Syiah Al-Mufadliliyah
Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Mufadlal as-Saifary. Mereka berkeyakinan bahawa amir atau imam atau khalifah darjatnya sama dengan darjat nabi, mereka mempunyai autoriti ketuhanan.
iii) Syiah As-Sarighiyah
Iaitu kelompok Syiah yang sefahaman dengan Syiah Al-Mufadliliyah.
iv) Syiah Al-Bazi'iyah
Iaitu kelompok Syiah di bawah pimpinan Bazi' bin Yunus, mereka meyakini bahwa Imam Ja'far ash-Shadiq adalah Tuhan.
v) Syiah Al-Kamiliyah
Iaitu kelompok Syiah yang dipelopori oleh Abu Kamil. Mereka meyakini bahawa orang yang telah meninggal dunia rohnya dapat berpindah-pindah kepada orang lain.
vi) Syiah Mughayiriyah
Iaitu kelompok Syiah pimpinan Mughirah bin Sa'id al-Ajaly. Mereka yakin bahawa Allah berjasad dan wujud sebagai seorang lelaki.
vii) Syiah Jinahiyah
Syiah kelompok ini dipimpin oleh Abdullah bin Mu'awiyah bin Abdullah bin Ja'far Dzil Janahaini. Mereka berkeyakinan bahwa roh manusia dapat berpindah-pindah dan pada mulanya roh Allah adalah Nabi Adam.
viii) Syiah Al-Bayaniyah
Iaitu kelompok Syiah pimpinan Bayan bin Sam'an at-Tamimi. Mereka berkeyakinan bahawa Allah sama seperti manusia.
ix) Syiah Al-Manshuriyah
Iaitu kelompok Syiah pimpinan Abu Manshur al-Ajaly. Mereka berkeyakinan bahawa kenabian dan kerasulan tidak terputus selamanya.
x) Syiah Al-Ghamamiyah
Syiah Al-Ghamamiyah juga dikenali sebagai Syiah Ar-Rabi'iyah. Mereka yakin bahawa, Allah akan turun ke bumi setiap musim semi dalam keadaan terhalang oleh awan dan berputar-putar mengelilingi dunia kemudian naik ke langit lagi.
xi) Syiah Al-Imamiyah
Iaitu kelompok Syiah yang menganggap bahawa kedudukan imam atau amir atau khalifah sama dengan nabi, mereka berhak untuk membuat ajaran atau syariat. Syiah inilah yang berkembang dan telah tersebar ke pelbagai negara, termasuk di Indonesia, Malaysia, Singapura, dan lain-lain, lebih-lebih di Timur Tengah dan khususnya di Iran yang merupakan asal perkembangan Syiah Imamiyah.
xii) Syiah At-Tafwidliyah
Iaitu kelompok Syiah yang beranggapan bahawa Allah menciptakan Nabi Muhammad saw kemudian memerintahkan-Nya menciptakan isinya.
xiii) Syiah Khattabiyah
Iaitu kelompok Syiah pimpinan Abu Khattab al-Asady. Mereka berkeyakinan bahawa para imam atau amir mereka adalah nabi.
xiv) Syiah Al-Ma'damariyah
Iaitu Syiah kelompok Al-Ma'mar. Mereka berkeyakinan bahwa Imam Ja'af ash-Shadiq adalah nabi.
xv) Syiah Al-Ghurabiyah
Iaitu kelompok Syiah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai iras seperti Ali bin Abu Thalib, laksana burung gagak dengan burung gagak. Dan, pada saat Allah mengutus malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu kepada Ali bin Abu Thalib salah alamat kepada Muhammad SAW kerana raut wajahnya yang sama, sehingga Jibril tidak dapat membezakannya, maka jadilah Nabi Muhammad saw. sebagai nabi yang seharusnya adalah Ali yang menjadi nabi.
xvi) Syiah Zubabiyah
Adalah kelompok Syiah bahagian Syiah Al-Ghurabiyah, hanya mereka mengatakan dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan kenabiannya bukan kerana Jibril salah ketika memberi wahyu, tetapi memang Nabi Muhammad yang diutus oleh Allah sebagai nabi dan bukan Ali.
xvii) Syiah Adz-Dzammiyah
Iaitu kelompok Syiah yang selalu mencaci dan menghina Nabi Muhammad SAW, kerana menurut mereka yang berhak menjadi nabi adalah Ali bin Abu Thalib dan bukan Nabi Muhammad SAW.
xviii) Syiah Al-Itsniyaniyah
Kelompok Syiah ini termasuk Syiah Adz-Dzammiyah, bezanya Syiah ini menganggap bahawa Nabi Muhammad saw. adalah Tuhan dan bukan nabi.
xix) Syiah Al-Khamsiyah
Iaitu kelompok Syiah bahagian Syiah Dzammiyah, mereka menganggap bahwa Nabi Muhammad SAW, Ali bin Abu Thalib, Fatimah, Hasan, dan Husein adalah Tuhan.
xx) Syiah An-Nusairiyah
Iaitu kelompok Syiah yang berkeyakinan bahawa Allah menyerupai Ali bin Abu Thalib dan anak-anaknya.
xxi) Syiah Al-Ishaqiyah
Iaitu kelompok Syiah yang berkeyakinan bahwa roh Tuhan kepada Ali bin Abu Thalib, namun mereka berselisih faham, setelah Ali meninggal dunia roh Tuhan menyerupai siapa saja.
xxii) Syiah Al-Albaiyah
Iaitu kelompok Syiah pimpinan Al-Ba' bin Arwa' al-Asady. Mereka berkeyakinan bahawa amir atau imam mereka adalah Tuhan dan darjatnya sama dengan Tuhan dan bahkan lebih tinggi daripada nabi.
xxiii) Syiah Ar-Razamiyah
Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Muhammad bin Al-Hanafiyah dan setelah meninggal digantikan oleh putranya, kemudian diganti oleh Ali bin Abdullah bin Al-Abbas, kemudian diganti oleh putranya Abu Al-Manshur. Mereka berkeyakinan bahawa Allah menyerupai Abu Muslim, dan meyakini bahwa Abu Muslim tidak akan meninggal dunia selama-lamanya.
xxiv) Syiah Al-Muqannaiyah
Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Al-Muqanna'. Para pengikutnya meyakini bahwa Al-Muqanna' adalah Tuhan, setelah meninggalnya Al-Husain.

Wallahua'lam...

Kredit : islamicideolgy

-Debu-

No comments:

Post a Comment