Friday, January 6, 2017

WADI AL-SALAM, KAWASAN TANAH PERKUBURAN TERBESAR DI DUNIA


Wadi Al-Salam (Lembah Damai), adalah sebuah kawasan perkuburan Syiah yang terletak di kota suci Najaf, Iraq.
Kawasan perkuburan itu meliputi kawasan seluas 1485.5 hektar dan menjadi rumah bagi jutaan manusia yang dimakamkan di sana. Najaf sendiri adalah salah satu kota terbesar di Iraq, dengan populasi mencapai 600,000 orang.
Namun kerana jumlah mayat yang dikebumikan di Wadi Al-Salam bertambah banyak, kawasan itu diperbesarkan lagi sehingga 10 km di sepanjang lembah.
Menariknya lagi, Wadi Al-Salam juga merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia, di mana proses pengebumian masih terus berjalan sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.
Wadi Al-Salam memiliki makam yang dibina dengan batu bata dan simen dengan tingkat yang berbeza. Dan umumnya, mayat yang berasal dari keluarga kaya memiliki makam berkubah. Di sini, anda juga dapat menemui makam bawah tanah.
Ketika perang Iraq pada tahun 2003, pejuang bersenjata Iraq sering menggunakan perkuburan ini sebagai tempat bersembunyi dan mengintai musuh. Tentera Amerika tidak dapat memasuki daerah tersebut kerana Wadi Al-Salam dipenuhi jalur berliku dan makam bawah tanah.







-Debu-

1 comment: