Friday, January 6, 2017

DOKTOR PALING KEJAM

Doktor seringkali dianggap sebagai salah satu profesion paling mulia kerana berjasa dalam menyelamatkan nyawa manusia. Namun begitu, ada juga beberapa dari mereka yang melakukan tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit.
Mereka ini yang sepatutnya memberi pertolongan, telah menjadikan pesakitnya sebagai bahan eksperimen mengerikan dan membunuh mereka dengan sadis.
Berikut merupakan doktor yang terkenal kerana kekejamannya dalam merawat pesakit....

1. Jack Kevorkian
Dikatakan bahawa dia membenarkan 130 atau lebih daripada pesakit untuk mati dengan bantuannya. Kevorkian mencipta mesin EUTHANASIA sendiri yang akan membolehkan seorang pesakit untuk mati dua cara.

Yang pertama adalah “Thanatron”, yang menggunakan infusi untuk menyuntik pesakit dengan garam, sodium thiopental dan kalium klorida ke dalam salur darah. Dia juga menggunakan “Mercitron,” iaitu beri pesakitnya menggunakan topeng gas karbon monoksida.

Akhirnya, tindakan-tindakannya disiasat dan dia ditangkap atas tuduhan pembunuhan dan dipenjarakan pada 1999. Dia dibebaskan pada 2007 dengan pembebasan bersyarat.

2. Walter Freeman
Meskipun bukan doktor yang normal, Walter Freeman adalah seorang pakar saraf yang lulus dari Yale dan University of Pennsylvania Medical School.

Freeman berjaya menyelesaikan lebih daripada 3,500 lobotomi (pembedahan di kepala untuk penyakit mental) di AS, terutamanya Rosemary Kennedy dan lainnya.

Sementara hari ini lobotomi jarang diamalkan, Freeman telah membantu menyempurnakan mereka dan menjadi terkenal selepas berjaya 'menyembuhkan' pesakit.

Freeman yang nampaknya menjadi sangat bersemangat telah menggunakan pemecah ais daripada dapur untuk menyelesaikan Lobotomi.

Dia menyelesaikan lebih daripada 20 lobotomi dalam satu hari tanpa menggunakan seorang doktor bedah.

Satu hari, dia membenarkan pihak media melihat Lobotomi dilakukan yang pada akhirnya berakhir dengan kematian di mana sebahagian pemecah ais terkena otak pesakit.

Percaya atau tidak, Freeman tidak hirau dengan kematian tersebut dan terus melakukan pembedahan lain.


3. Harry Howard Holmes (Herman Mudgett)
Herman Mudgett adalah pembunuh berantai pertama yang digantung di Amerika. Dia menuntut di University of Michigan Medical School pada tahun 1884 untuk menjadi seorang doktor.

Dia sering mencuri mayat dari makmal sekolah dan mereka yang kurang upaya, dan kemudiannya mendakwa bahawa orang-orang itu telah terbunuh secara tidak sengaja. Melalui ini, dia mampumengumpul insurans berdasarkan apa yang dia keluarkan pada setiap orang.

Setelah lulus, dia pindah ke hotel di Chicago. Di hotel, dia bereksperimen dengan tubuh. Dia sering memilih wanita sebagai mangsa dan mencekik sampai mati.

Mayat-mayat itu dibedah, dibuang daging mereka untuk dijadikan rangka model. Kemudian dia menjual tubuh tersebut untuk sekolah perubatan.


4. Arnfinn Nesset
Meskipun secara teknikal bukan doktor, Arnfinn Norway Nesset adalah seorang jururawat yang dituduh membunuh 22 daripada pesakit-pesakitnya.

Semua 22 orang ini dibunuh dengan suntikan Curacit, yang merupakan ubat relaksasi otot. Disebabkan ubat ini, penyiasatan untuk mendapati Nesset bersalah adalah sukar.

Curacit adalah ubat yang sangat sukar untuk dikesan dalam tubuh. Penyiasatan itu berlangsung selama dua tahun.

Pada akhir persidangan yang diadakan selama lima bulan, dia didapati bersalah membunuh 22 orang dan dipenjarakan 21 tahun, hukuman yang maksimum di Norway.

Pada tahun 2004, dia dibebaskan dan dikatakan hidup di bawah nama yang berbeza di suatu tempat di Norway.


5. Carl Clauberg
Carl Clauberg adalah salah satu doktor yang melakukan eksperimen di kem-kem Nazi, khususnya Auschwitz.

Selepas menerima jawatan sebagai ketua doktor dan mempelajari Ginaekologi, dia menjadi profesor Ginaekologi di Universiti Königsberg.

Pada tahun 1942, Clauberg mendekati Heinrich Himmler dan merancang eksperimen tentang pensterilan (prosedur memandulkan) terhadap wanita. Himmler bersetuju dan ditugaskan oleh Clauberg ke Blok bernombor 10 di kem.

Clauberg ingin mencari cara yang murah dan mudah untuk mensterilkan wanita. Dia sering menggunakan asid cair untuk disuntik ke dalam rahim wanita. Setelah ovari wanita tersebut rosak, mereka dihantar ke Berlin untuk kajian lanjut.

Ada juga pesakit dibunuh supaya autopsi (post mortem) dapat dilakukan. Dikatakan, eksperimen ini dilakukan terhadap 300 orang wanita pada ketika itu. Clauberg akhirnya ditangkap tetapi meninggal sebelum diadili.


6. John Bodkin Adams
John Bodkin Adams adalah seorang doktor yang mempunyai kehidupan yang penuh dengan pembunuhan dan penipuan.

Dikatakan sejak 1946-1956, lebih dari 160 pesakitnya mati yang mencurigakan. 132 orang daripada mereka meninggalkan wang atau barang berharga untuknya di dalam surat wasiat mereka.

Adams sering menggunakan ubat tahan sakit (pain killer) yang diberikan secara berlebihan untuk bunuh pesakitnya.

Dia ditemui dalam keadaan curiga dan akhirnya dibawa ke mahkamah selepas melihat ramai pesakitnya sedang tenat.

Dia juga didakwa untuk penipuan, kerana dia menandatangani dan menulis wasiat/notis yang kononnya ditulis oleh pesakit.


7. Harold Shipman
Ramai yang mengatakan dia adalah yang paling dikenali sebagai pembunuh berantai dalam sejarah. Dia telah dikatakan bersalah membunuh 218 orang, tetapi jumlah sebenar mungkin dua kali ganda, kerana beberapa mangsa tidak dapat dikenalpasti.

Pada 1974, dia menjadi doktor di West Yorkshire dan setahun kemudian ditemui tempahan ramuan Pethidine untuk kegunaan peribadi. Beliau didenda tapi boleh terus bekerja.

Seiring waktu, ramai pesakitnya meninggal, sebahagian besarnya disebabkan suntikan Diamorfin.

Dia dipenjarakan seumur hidup setelah didakwa bersalah disebabkan 15 pembunuhan pada bulan Januari 2000.

Shipman dimasukkan ke dalam penjara selama empat tahun. Tetapi pada 13 Januari 2004, dia gantung diri di sel penjara.


8. Michael Swango
Walaupun secara rasmi dituduh hanya tiga pembunuhan, ramai yang mengatakan Michael Swango telah mengorbankan 60 orang sepanjang kariernya sebagai doktor di beberapa negara.

Semuanya bermula ketika dia memasuki Southern Illinois University Medical School dan dikatakan mempunyai minat dengan pesakit tenat.

Setelah lulus, walaupun diusir, dia diterima sebagai pelatih di Ohio State University. Di tempat dia bekerja, jururawat sering melihat pesakit-pesakit yang sihat akan mati tanpa amaran.

Pada satu hari, seorang jururawat melihat dia menyuntik sesuatu kepada pesakit yang kemudian menjadi sakit.

Setelah kehilangan kerja, dia kembali ke Inllionis dan bekerja sebagai seorang EMT dan meracuni paramedik. Akhirnya, dia ditangkap kerana memiliki Arsenik dan racun.

Setelah lebih banyak kematian dan konflik, Swango tertangkap dan mengaku membunuh tiga daripada pesakit. Hari ini, Swango adalah banduan di ADX Florence.


9. Shiro Ishii
Shiro Ishii adalah ahli mikrobiologi Jepun serta doktor. Dia adalah Leftenan Jeneral Unit 731, yang merupakan unit perang biologi semasa Perang China-Jepun.

Meskipun dikenali sebagai pemaksa dan ego, Ishii unggul di sekolah dan ditempatkan di Rumah Sakit Angkatan Darat ke-1 di Tokyo. Dia juga menerima perubatan pasca-sarjana pendidikan di Universiti Empayar Kyoto.

Pada tahun 1942, Ishii memulakan ujian tentang perang kuman dengan menggunakan bom, senjata api dan kaedah lain. Dia menguji di China mahupun di sivil. Dia lakukan semasa menggunakan senjata di medan perang.

Ishii juga melakukan eksperimen manusia dengan tangannya sendiri dan dikatakan bahawa puluhan ribu orang meninggal disebabkan penyakit kerana senjatanya yang ada kuman.

Dia juga melakukan eksperimen pada orang lain seperti dipaksa menggugurkan kandungan, simulasi serangan jantung, stroke, hipotermia, dan vivisections (pembedahan untuk mengkaji organ dalaman).


10. Josef Mengele
Dia dikenali sebagai “Malaikat Maut”. Mengele adalah doktor yang bertanggungjawab menentukan tahanan yang terbaik untuk menjaga buruh paksa dan yang terlalu lemah untuk dibunuh.

Dia juga dikenali kerana eksperimen manusia. Di Auschwitz, Mengele sangat tertarik untuk mempelajari lebih lanjut tentang hereditas (warisan melalui DNA) dan sering melakukan eksperimen pada kembar.

Dikatakan, dia membawa 10 daripada mereka, menempatkan mereka untuk tidur dan kemudian gunakan kloroform untuk membunuh mereka, serta membedah masing-masing untuk membandingkan tubuh.

Beliau juga melakukan eksperimen terhadap dua anak kembar itu di mana pembuluh darah mereka dijahit bersama-sama untuk membuat kembar siam.

Selain eksperimen ini, dia juga melakukan eksperimen menukar warna mata dengan pewarna disuntik ke iris mata, memotong anggota badan dan cuba untuk melekatkan kembali, serta sterilisasi wanita.

-Debu-

No comments:

Post a Comment