Tuesday, January 24, 2017

SAINTIS MENEMUI TANDA-TANDA HIDUPAN DI MARIKH

Warna hijau kekuningan merupakan ciri awal terdapatnya bekas hidupan di Marikh
Saintis daripada Search of Extraterrestrial Intelligence Institute (SETI) telah membuat pengumuman bahawa kemungkinan besar terdapatnya kehidupan di Marikh.
Para saintis dari SETI mula tertarik untuk menyelidik kemungkinan terdapatnya kehidupan di planet tersebut apabila menerima sekeping gambar beresolusi tinggi yang diambil oleh sebuah satelit yang mengelilingi Planet Marikh pada Disember 2008.
Satelit yang dikenali sebagai 'Mars Reconnaissane Orbiter' itu telah digunakan oleh para saintis tersebut untuk memancarkan gambar infra-merah bagi menambahkan kejelasan batuan-batuan tersebut.
Kawasan batuan yang dikaji oleh saintis SETI ini dikenali sebagai Nili Fossae. Nili Fossae adalah antara empat lokasi berpotensi untuk mendaratkan prob dan robot kajian Mars Science Laboratory milik NASA.
Mars Reconnaissane Orbiter telah berjaya menghantar beribu gambar beresolusi tinggi
Saintis yakin bahawa hidupan di Marikh telah terawet di dalam batuan tersebut berusia 3.6 juta tahun yang lalu. Saintis menemui persamaan antara ciri-ciri batuan di Marikh dengan ciri-ciri batuan di Wilayah Pilbira, barat laut Australia.
Di Wilayah Pilbara, saintis juga menemui fosil-fosil tumbuhan dan haiwan primitif terawet dengan baik. Batuan di sini menghasilkan mineral berkarbonat yang memberi warna hijau kekuningan kepada batuan tersebut. Ciri-ciri ini adalah sama seperti yang terdapat di Planet Marikh!
Kemungkinan besar batuan di Marikh ini juga telah menghasilkan Stromatolite sepertimana yang terhasil di Wilayah Pilbara. Stromatolite terhasil daripada mikroorganisma purba.
Wilayah Pilbara, Australia

Bentuk rupa bumi sebenar di Pilbara
Kredit:
takusahrisau
nasa
seti
dailymail
bbc

-Debu-

No comments:

Post a Comment