Saturday, January 14, 2017

ILMU SIHIR DAN WANITA

Dalam banyak sejarah dan riwayat, ilmu sihir menjadi lebih kuat jika dilakukan oleh seorang wanita. Dalam satu tahap ilmu sihir, penyihir wanita (Witch) lebih unggul dibandingkan penyihir lelaki (Wizard).
Tapi ada pula yang berpendapat pada zaman dahulu banyak terjadi perendahan martabat wanita, sehingga banyak wanita yang "dituduh" sebagai tukang sihir jahat.
Surah Al-Falaq ayat 4, “wa min syarrin naffaatsaati fil ‘uqad".
Terjemahannya bererti, “…dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembuskan nafasnya pada ikatan-ikatan simpul”.
Kata “naffaatsat” merupakan bentuk kata feminin, yang bererti tukang sihir tersebut merujuk pada wanita. Apabila kata ganti pelakunya adalah lelaki, maka perkataan tersebut menjadi “naffaatsin”. Perkataan ‘uqad bererti simpul ikatan.
Dalam berbagai tafsir Qur’an, dijelaskan bahawa tali ini menjadi medium sihir terhadap mangsa, seperti boneka voodoo.
Namun pada hakikatnya, surah Al Falaq ayat 4 menyeru kita berdoa memohon perlindungan dari segala jenis ilmu sihir. Bentuk sihir yang disebutkan dalam ayat ini hanya salah satu “perwakilan”.
Walau memakai kata ganti pelaku wanita, ayat ini tidak bermaksud memburuk-burukkan wanita seperti “kenapa hanya wanita yang dituduh menjadi tukang sihir, bukankah lelaki juga banyak yang jadi dukun” – namun memang kemungkinan besar ada kaitan sejarahnya ketika ayat ini diturunkan.
Tukang sihir wanita di Eropah dengan topi dan hidung bengkoknya
SIMPUL DEWI ISIS
Besar kemungkinan ia disebabkan pada masa itu sihir yang paling terkenal adalah sihir dewi Isis yang menggunakan simpul tali (simpul dewi Isis) sebagai medium sihir. Sihir ini berasal dari Mesir dan tersebar ke timur tengah. Uniknya, hampir semua penyihir yang menggunakan simpul Isis sebagai medium sihir adalah wanita.
Sebelum itu, dikatakan ilmu sihir ini berasal dari zaman Babylon kuno, yang diajar oleh dua orang Malaikat Harut dan Marut sebagai ujian bagi manusia. Kemudian, syaitan lah yang mengajar ilmu sihir itu kepada manusia pada zaman kerajaan Sulaiman. Oleh kerana itu, siapa yang mempelajari ilmu sihir, bererti dia telah berada dalam kesesatan yang jauh atau kafir.
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu, dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Dan sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui." (QS 2:102)
Kata "Malakaini" pada ayat di atas, ramai yang menafsirkan adalah dua malaikat, ada pula yang berpendapat dua orang yang dipandang soleh seperti Malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura soleh seperti Malaikat.
Wallahua'lam...

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment