Friday, January 6, 2017

CENDEKIAWAN ISLAM DI BIDANG PERUBATAN: ABU QASIM AZ-ZAHRAWI



Nama lengkapnya ialah Abu Al-Qasim Khalaf Ibnu Abbas az-Zahrawi. Masyarakat Barat menyebutnya Abulcasis. Dia lahir pada 936 M di Cordoba, Sepanyol.
Penglibatannya bagi pengembangan dunia kedoktoran, khususnya ilmu bedah sungguh tak ternilai. Dia dikenali sebagai peletak dasar-dasar teknik ilmu bedah moden.
Sementara itu, Az-Zahrawi yang dikenali sebagai Bapa Ilmu Bedah Moden juga banyak membahas pembedahan telinga, hidung dan tekak secara terperinci dalam kitab AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF.
Apa yang ditemui dan dikembangkan oleh para doktor Muslim di era kekhalifahan itu diterap dan diserap doktor di Eropah. Inilah salah satu pengakuan terhadap penglibatan peradaban Islam dalam dunia kedoktoran.
Bahkan, AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF dianggap sebagai ensiklopedia kedoktoran. Dia terkenal sebagai pakar bedah yang mengaplikasikan pelbagai teknik, lebih kurang 50 jenis pembedahan yang berbeza.
Peralatan penting untuk bedah yang ditemuinya ialah scalpel (pisau bedah), curette, retractor, senduk bedah (surgical spoon), sound, pengait bedah (surgical hook), surgical rod dan specula.
Beliau wafat pada tahun 1013 M.

Kredit: alkurawi

-Debu-

No comments:

Post a Comment