Tuesday, January 24, 2017

HIKMAH CARA TIDUR RASULULLAH S.A.W

Rasulullah saw meminta umatnya agar mulakan posisi tidur dengan mengiring ke kanan. Sunnah Rasulullah mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan. Tidak mengapa jika kemudiannya berubah posisinya di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan).
Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah, “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu,” (HR Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710).
Demikian adab tidur yang dianjurkan Rasulullah, memulakan posisi mengiring ke kanan. Di balik sunnah Nabi ini ternyata banyak sekali hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari aspek kesihatan.
Barra’ bin Azib berkata, “Nabi Muhammad saw bersabda kepadaku,
“Jika kamu datang ke tempat tidurmu (hendak tidur), berwudhulah seperti wudhumu untuk solat, kemudian kamu tidur mengiring pada bahagian kanan.”
Ukuran paru-paru sebelah kiri lebih kecil daripada paru-paru sebelah kanan. Kerana itu, jantung menahan beban yang lebih sedikit dan hati (liver) pun berada dalam keadaan stabil dan tidak tergantung. Perut (gaster) juga berada dalam keadaan selesa. Posisi seperti ini membantu mempercepat proses pengosongan perut (gaster).
Manfaat tidur mengiring ke kanan:
1. Merehatkan otak sebelah kiri
2. Mengurangkan beban jantung
3. Merehatkan perut (gaster)
4. Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu dan pankreas
5. Meningkatkan waktu penyerapan zat gizi
6. Merangsang buang air besar
7. Merehatkan kaki kiri
8. Menjaga kesihatan paru-paru
9. Menjaga saluran pernafasan

Kredit: : islamedia

-Debu-

No comments:

Post a Comment