Tuesday, January 10, 2017

MANUSIA YANG MASIH HIDUP SETELAH DIHUKUM MATI

Dalam peraturan atau undang-undang, sesiapa yang bersalah pasti dihukum apa lagi kesalahan yang di lakukan sangat berat.
Biasanya suspek akan dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Namun kisah lima orang berikut ini sungguh unik. Mereka berjaya bertahan hidup setelah dihukum hukuman mati.

1. Wenseslao Moguel
Moguel disabitkan hukuman mati dengan cara ditembak oleh pasukan polis penembak khas . Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembak ke kepalanya oleh komandan pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel boleh bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut .

Foto ini diambil pada tahun 1937 dalam rancangan 'Ripley Believe It or Not'. Di mana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembusi kepalanya dari jarak dekat.

2. John Henry George Lee
John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan pisau melekat di leher dan rumahnya terbakar. John kemudian dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.

Mengikut jadual, John akan digantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika hari sudah tiba, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat pelaksanaan. Tapi trap door (pintu penyekat antara zon penjara ) tersangkut . Bukan hanya sekali, dua kali, tapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan eksekutor, John dikembalikan ke sel nya . Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi penjara seumur hidup.

3. Anne Green
Dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara si tertuduh disuruh naik tangga dan mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah bergantung selama 1/2 jam, badan Anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi .

Namun, setelah di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara bernafas dari hidungnya. Mereka segera memberinya minuman. Dua belas jam kemudian, Anne sudah boleh bercakap beberapa perkataan.

Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa yang membuatnya terkenal itu.

4. William Duell
Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung. Akibat tuduhan rogol dan pembunuhan terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Sama seperti Anne, jasad dari William akan dimanfaatkan di kuliah 'medical training', sesuai dengan prosedur rutin pada waktu itu.

Setelah disahkan mati, jasadnya dibawa ke universiti. Kemudian setelah pakaiannya dilucutkan dan diletakkan di atas papan, ada seorang petugas makmal yang menyedari jasad William bernafas.

Makin lama, William bernafas makin cepat. Dan dalam 2 jam, dia sudah boleh duduk. Malam itu juga, kerajaan memutuskan untuk menukarkan hukumannya menjadi hukuman penjara.

5. Joseph Samuel
Joseph dijatuhi hukuman mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut terbunuh.

Joseph memang mengakui rompakkan tersebut. Namun, dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Si ketua geng dilepaskan kerana kurangnya barang bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat pelaksanaan ini .

Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerobak dan di lehernya dikalungkan tali . Setelah siap, gerobak tersebut ditarik. Bukannya menggantung tubuh Joseph, tetapi tali tersebut putus.

Algojo cuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut tergelincir dan kaki Joseph menyentuh tanah. Di tengah keriuhan penonton, algojo cuba lagi untuk ketiga kali . Tali tersebut putus lagi.

Kali ini, petugas di lokasi mengkhabarkan kepada gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya, gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi penjara seumur hidup.

Gabenor dan pegawai-pegawai lain meyakini bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa tidak seharusnya Joseph mendapat hukuman tersebut.

-Debu-

No comments:

Post a Comment