Tuesday, January 17, 2017

PERKUBURAN YANG MISTERI DAN INDAH DI DUNIA

Setiap kubur/makam yang terkenal di dunia, ada kisah dan misterinya tersendiri. Ada kubur/makam yang menarik untuk dilawati. Ada juga yang seram & tak sanggup nak pergi...

1. Perkuburan Newgrage (Republik Ireland)
Pekuburan ini adalah salah satu bangunan atau monumen pra sejarah yang paling impresif dan megah di dunia. Dibina sekitar tahun 3300 hingga 2900 Sebelum Masihi dan makam misteri ini sangat besar. Luas bangunan berbentuk bulat seperti kubu ini ialah 4046 meter persegi dan setinggi 12 meter.

Bangunan ini sebenarnya terdiri dari susunan batu-batu yang sangat rapi dan terdapat beberapa peninggalan batu berukir megalitikum. Ini menunjukkan bangunan kukuh ini memiliki umur yang sangat tua, malah lebih tua dari Piramid Giza dan Stonehenge.

2. Tana Toraja (Indonesia)
Tana Toraja memiliki ritual pengebumian yang dianggap paling rumit di dunia. Upacara pengebumian itu disebut dengan 'Rambu Solo'. Rambu Solo adalah upacara adat pengebumian yang mewajibkan keluarga mendiang mengadakan pesta sebagai tanda penghormatan terakhir pada mendiang yang telah pergi.

Yang membuatkan ia rumit adalah upacara Rambu Solo ini memiliki beberapa tahap, bergantung pada strata/tahap sosial si mendiang dan keluarganya. Yang paling menarik adalah ketika tahap terakhir upacara Rambu Solo, di mana jenazah dibawa ke sebuah tebing khas untuk pengebumian.

Biasanya jenazah disertai dengan patung simbolik menggambarkan diri mendiang yang disebut dengan nama 'Tau-tau'. Yang menghairankan adalah mayat yang disimpan di tebing tersebut hanya diletakkan saja dan ajaibnya mereka tidak pernah terhidu bau busuk yang merebak.

3. Westminster Abbey (England)
Westminster Abbey adalah sebuah gereja gothic yang sangat terkenal di London. Bangunan gereja tersebut tidak seheboh dan semegah bangunan-bangunan kuno yang lain.

Tapi yang membuatkan bangunan yang dibina oleh Pendeta Benedictine pada abad ke-10 adalah siapa yang dikebumikan di sana. Westminster Abbey adalah tempat pengebumian para raja England dan bangsawan.

Makam tersebut menjadi tempat terakhir bagi orang-orang besar England seperti Geoffrey Chaucer, Charles Dickens, Thomas Hardy, Rudyard Kipling, Alfred Tennyson, Sir Isaac Newton, Charles Darwin dan Ernest Rutherford.

4. Giza Necropolis (Mesir)
Tiada yang dapat menandingi kompleks makam yang paling megah, besar, luas, malah paling misteri di dunia selain Giza Necropolis. Kompleks makam raja Mesir ini terdiri dari Piramid besar Giza, Piramid Khafre, Piramid Menkaure, Patung Sphinx serta beberapa piramid kecil lain yang mengelilinginya.

Salah satu keajaiban dari makam berbentuk segitiga unik ini adalah setelah diukur oleh beberapa pengkaji, piramid itu hanya memiliki 'margin error' sebesar 58 mm!

5. Lembah Raja-Raja (Mesir)
Lembah Raja-Raja ini menjadi sangat terkenal ketika pada tahun 1922, seorang ahli kebudayaan Mesir, Howard Carter menemui dan membuka makam Tutankhamen. Di sinilah merebak ’kutukan’ bagi mereka yang membuka makam tersebut. Maka satu per satu dari para penemu makam kuno itu mati dengan berbagai sebab.

Akibat ’kutukan’ itu, Lembah Raja-Raja menjadi terkenal disamping juga penemuan yang sangat luar biasa, seperti topeng emas Raja Tut.

6. Catacomb of Paris (Perancis)
Pada tahun 1700-an, kota Paris dilanda sejenis penyakit kerana banyak mayat lama yang tidak dikebumikan dengan sempurna di perkuburan awam. Akhirnya kerajaan memutuskan memindahkan semua tulang itu ke dalam beberapa lorong lama di kota Paris.

Maka, tulang belulang serta tengkorak tersebut dipindahkan dan disusun sedemikian rupa di dalam lorong-lorong tersebut. Lorong lama bawah tanah tersebut sepanjang 300 km.

Untuk menjaga keaslian ruangan yang penuh tulang belulang itu, kerajaan hanya mengizinkan membuka sedikit laluan ke dalam 'Catacomb of Paris' ini.

7. Tentera Terracotta (China)
Pasukan Terracotta ditemui pada tahun 1974. Penemunya adalah Yang Peiyan dan beberapa petani. Penemuan ini membuka tabir misteri kewujudan makam Maharaja Qin Shihuang yang merupakan maharaja pertama di China yang menyatukan China.

Tentera Terracotta China ini berkekuatan 8,000 pasukan dan yang paling unik setiap patung dibuat satu persatu sehingga tidak ada wajah patung yang sama. Pasukan itu dibuat untuk melindungi maharaja di alam baka.

8. Capuchin Catacombs of Palermo (Itali)
Di daerah Palermo terdapat sebuah biara yang cukup aneh dengan upacara pengebumiannya. Para pendeta membina ruangan bawah tanah yang diperuntukkan untuk pengebumian.

Uniknya pengebumian yang dimaksudkan bukan menanam jenazah ke dalam tanah, tapi dengan cara proses pengawetan seperti mumia. Mumia tersebut didandani dengan pakaian lengkap dan digantung pada dinding biara!

Uniknya lagi, para mumia ini berganti pakaian seperti manusia yang masih hidup, malah mengikuti trend pula! Upacara pengebumian seperti ini bermula dari abad ke-16 hingga abad ke-19 dan yang berhak untuk dimakamkan dengan cara itu hanyalah para orang yang dianggap terkemuka.

Mayat terakhir dimumiakan pada tahun 1800an. Hingga kini, sudah ada 8,000 mumia yang menghuni di dalam biara tersebut.

9. Taj Mahal (India)
Selain sebagai lambang cinta yang abadi, Taj Mahal juga dianggap sebagai makam terindah yang pernah dibina kerana di dalamnya bersemayam makam Raja Shah Jahan dan permaisurinya, Mumtaz Mahal.

Bangunan ini merupakan simbol dari kebesaran dinasti Mughal yang sangat termasyur di India. Pada zaman dinasti Mughal, India mencapai zaman keemasannya dan Taj Mahal adalah salah satu buktinya.

10. Kota Mati di Ossetia Utara (Rusia)
Dari kejauhan, lembah ini dipenuhi oleh beberapa bangunan yang mirip dengan rumah batu, tidak jauh bezanya dengan perkampungan yang berada di Rusia.

Namun, kalau diamati lebih teliti, ada yang janggal mengenai bangunan-bangunan tersebut. Kalau kita lihat ke dalam, barulah kita sedar yang berada dalam bangunan itu adalah mayat manusia dengan pakaian lengkap.

Dikatakan pada abad ke-18, daerah Ossetia dilanda wabak penyakit yang membawa maut. Anggota keluarga yang terkena wabak tersebut dikuarantin dalam bangunan khusus yang dibina.

Bangunan itu dirancang agar anggota keluarga yang sakit itu tidak boleh ke mana-mana, hanya diberi lubang kecil saja untuk memasukkan makanan ke dalam ruangan tersebut. Akhirnya mereka mati perlahan-lahan kerana tidak ada pertolongan/rawatan yang memadai bagi si sakit.

Kredit: anaklancok

-Debu-

No comments:

Post a Comment