Thursday, January 12, 2017

INI TIDAK MUNGKIN! MUHAMMAD PASTI MENGGUNAKAN MIKROSKOP!

DR. KEITH L. MOORE MSc, PhD, FIAC, FSRM adalah Presiden AACA (American Association of Clinical Anatomi ) antara tahun 1989 dan 1991. Dia menjadi terkenal kerana kajiannya tentang Anatomi dan Embriologi.
Dia menulis bersama profesor Arthur F. Dalley II, Clinically Oriented Anatomy, buku yang menjadi sebagai rujukan dalam bidang kedoktoran di seluruh dunia. Buku ini juga digunakan oleh para ilmuwan, doktor, fisioterapi dan siswa seluruh dunia.
Pada suatu hari, ada sekumpulan mahasiswa menunjuk rujukan al-Qur’an tentang ‘Penciptaan Manusia’ kepada Profesor Keith L Moore, si Profesor melihatnya dan berkata,
“Tidak mungkin ayat ini ditulis pada tahun 7 Masihi, kerana apa yang terkandung di dalam ayat tersebut adalah fakta ilmiah yang baru diketahui oleh ilmu pengetahuan moden! Ini tidak mungkin, Muhammad pasti menggunakan mikroskop!”
Para Mahasiswa tersebut berkata, “Prof, bukankah ketika itu Mikroskop juga belum ada?”
“Ya, saya tau. Saya hanya bergurau, tidak mungkin Muhammad yang mengarang ayat seperti ini,” jawab sang profesor.

“Kemudian Kami menjadikan air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan alaqoh (sesuatu yang melekat), lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya mahluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah Pencipta yang paling baik” [Al Mu'minuun: 13-14]
Jika diamati lebih mendalam, sebenarnya ‘alaqoh’ dalam pengertian yang biasa diterjemahkan dengan ‘segumpal darah’ juga bermakna ‘penghisap darah’, iaitu lintah.
Padahal tidak ada pengumpamaan yang lebih tepat ketika Embrio berada pada tahap itu, iaitu 7-24 hari, selain seumpama lintah yang melekat dan menggantung di kulit.
Embrio itu seperti menghisap darah dari dinding Uterus, secara semulajadi, Embrio itu makan melalui aliran darah. Persis seperti lintah yang menghisap darah. Janin juga begitu, sumber makanannya terdapat dalam darah si ibu.
Ajaibnya, Embrio Janin dalam tahap itu jika di perbesar dengan mikroskop bentuknya benar-benar seperti lintah. Dan hal itu, tidak mungkin jika Muhammad sudah memiliki pengetahuan yang begitu dahsyat tentang bentuk janin yang menyerupai lintah lalu menulisnya dalam sebuah buku.
Padahal pada zaman itu tiada mikroskop dan lensa. Jelas itu adalah pengetahuan dari Tuhan, itu wahyu dari Allah SWT, yang Maha Mengetahui segala Sesuatu.
Ayat tersebutlah yang membuat si profesor akhirnya memeluk agama Islam dan mengkaji semula beberapa kajian ilmiahnya kerana Al-Quran ternyata telah menjawab beberapa bahagian yang selama ini membuat si profesor gusar.
Wallahua'lam...

Kredit:
Biografi Dr. Keith L. Moore
islampos

-Debu-

No comments:

Post a Comment