Tuesday, January 17, 2017

SIMBOL DALAM AJARAN KRISTIAN

Tidak salah jikalau seseorang mukmin mengkaji dengan lebih halus dan terperinci mengenai ciri-ciri ajaran Kristian. Ia sangat penting bagi menangkis segala jenis jarum halus yang mungkin tidak sengaja ‘tertusuk’ dalam diri setiap mukmin.
Kristian sebenarnya adalah salah satu agama yang sarat dengan pelbagai simbol rahsia. Setiap hawari Jesus Christ diberi simbol-simbol yang tertentu.
Simbol ini diilhamkan melalui perjalanan hidup hawari-hawari Jesus Christ tersebut. Sebagai contoh, hawari Andrew yang digambarkan melalui simbol palang X. Ini adalah kerana hawari Andrew disalib di palang X semasa menjalankan misi dakwahnya.

1. Simbol Helang - John the Evangelist
Simbol Helang digambarkan sebagai John the Evangelist kerana John adalah salah seorang Hawari Jesus Christ yang dipercayai oleh penganut Kristian mendapat ‘wahyu’ untuk menulis Gospel. Helang dianggap haiwan yang mempunyai kemampuan untuk terbang tinggi dan ia berkait dengan tahap keimanan John yang mampu ‘bersepadu’ dengan Jesus Christ.

2. Cawan Besar atau Piala - John
Penganut Kristian mempercayai John pernah diracun menggunakan cawan seperti ini dan ia tidak memberi kesan sedikit pun pada beliau. Simbol ular di dalam cawan besar atau piala ini melambangkan racun yang diberi kepada John.

3. Gospel - Barnabas
Termasuk dalam senarai Hawari Jesus Christ tetapi tidak termasuk dalam 12 yang UTAMA. Barnabas amat berjaya sebagai pengkhutbah sepertimana Jesus Christ. Dengan itu, simbol kitab (gospel) digambarkan sebagai Barnabas.

4. Singa Bersayap - Mark
Singa bersayap digambarkan sebagai Hawari Jesus Christ, Mark. Kerana di dalam Gospel of Mark karangan Mark sendiri ada menulis ayat ini,

“The voice of one crying in the wilderness”

Ramai cendiakiawan Kristian berpendapat yang ia adalah singa dan seterusnya merujuk kepada beliau sendiri.

5. Kunci - Peter
Simbol kunci bersilang ini merupakan simbol kepada Hawari Jesus Christ, Peter. Ini adalah kerana, mengikut kepercayaan penganut Kristian, Jesus Christ telah menghadiahkan kepada Peter sebuah ‘keys of the kingdom’ . Lihat Matt. 16:19,

“will give you the keys of the kingdom of heaven; whatever you bind on earth will be bound in heaven, and whatever you loose on earth will be loosed in heaven”.

6. Andrew’s Cross atau palang X - Andrew
Palang X ini mengambarkan hawari Jesus Christ yang bernama Andrew. Ini adalah kerana Andrew telah mati disalib dengan menggunakan palang X.

7. Kapal - Jude
Simbol kapal merujuk kepada seorang lagi hawari Jesus Christ iaitu Jude ataupun nama lainnya Thaddeus. Kapal melambang tanda misi pelayaran Jude ke melata tempat untuk berdakwah seperti yang disarankan Jesus Christ.

8. Roti - Philip
Philip merupakan salah seorang hawari Jesus Christ yang UTAMA. Roti dengan salib di tengah-tengah merupakan simbol rasmi Philip. Ini adalah kerana ia merujuk kepada kisah mukjizat Jesus Christ ketika hendak memberi makan kepada 5000 orang pengikutnya yang lain.

Jesus bertanya kepada Philip tentang bagaimana beliau ingin memberi makan kepada 5000 orang pengikut beliau ini. Philip lantas menjawab seperti berikut,

Philip answered him (Jesus Christ), “Eight months’ wages would not buy enough bread for each one to have a bite!”

Daripada kisah inilah beliau dirujuk dengan simbol roti.

9. Pisau - Bartholomew
Bartholomew adalah salah seorang hawari Jesus Christ yang meninggal dunia semasa misi dakwahnya. Pisau melambangkan Bartholomew kerana beliau meninggal dunia akibat disiat kulitnya hidup-hidup menggunakan pisau oleh golongan kafir pagan kerana ditangkap ketika menjalankan misi dakwah.

10. Cengkerang - James
Cengkerang adalah salah satu simbol hawari Jesus Christ, James. Cengkerang digunakan James semasa merantau menyebarkan dakwahnya bagi menceduk air minuman.

11. Kantung wang - Matthew
Kantung wang digambarkan simbol kepada Hawari Jesus Christ iaitu Matthew. Ini adalah kerana sebelum menjadi Hawari Jesus Christ, beliau adalah pengutip cukai.

12. Bible dan kapak dua mata - Matthew
Dipercayai Matthew meninggal dunia semasa misi dakwahnya akibat dibunuh menggunakan kapak dua mata. Ini adalah simbol bagi Matthew.

13. Jangka Lukis dan Lembing - Thomas
Jangka Lukis dilambang kepada Hawari Jesus Christ, Thomas adalah kerana Thomas dipercayai membina sendiri gereja di India. Thomas merantau ke India untuk misi dakwahnya. Tetapi, beliau akhirnya dibunuh menggunakan lembing oleh paderi Pagan di sana. Dan itulah sebabnya lambang lembing diletak sebagai simbol Thomas.

14. Kibas Bersayap - Luke
Kibas bersayap mewakili Luke, iaitu salah seorang Hawari Jesus Christ. Kibas merupakan haiwan yang selalu digunakan sebagai haiwan korban. Sesuai dengan peranan kibas itu, Luke sebenarnya telah terkorban semasa misi dakwahnya akibat direjam hidup-hidup.

15. Gergaji - James
James terkorban semasa misi dakwahnya kerana diseksa dengan kejam apabila dikerat badannya menggunakan gergaji. Oleh itu, simbol gergaji merujuk kepada beliau.

16. Bible - Paul
Paul bukanlah antara 12 Hawari UTAMA. Tetapi peranannya menyebarkan ajaran Jesus Christ membuatkan beliau terkenal. Beliau kerap kali dikenali sebagai 'Apostle to the Gentiles' yang membawa maksud Hawari kepada bukan Yahudi.

Lambang pedang adalah lambang perjuangan Paul dan Bible yang terbentang melambangkan keimanannya kepada ajaran Kristian.

17. Ikan di atas buku - Simon the Zealot
Disebalik keimanannya Simon the Zealot kepada Jesus Christ, beliau merupakan seorang nelayan yang berjaya. Oleh sebab itu, simbol ikan di atas buku melambang Simon the Zealot.

18. Biri-biri - 12 orang Hawari Jesus Christ
Biri-biri yang berjumlah 12 ekor kesemuanya ini melambangkan kesemua 12 orang Hawari Jesus Christ yang UTAMA.

Bentuk pangkah X masing-masing memisahkan 3 ekor bebiri. Ia sebenarnya menunjukkan arah destinasi dakwah hawari-hawari Jesus Christ ini, iaitu 3 orang ke UTARA, 3 orang ke SELATAN, 3 orang ke BARAT dan 3 orang lagi ke TIMUR.

19. Bintang 12 bucu -12 orang Hawari Jesus Christ


Menurut perspektif cendikiawan Kristian, ia merujuk kepada 12 orang Hawari Jesus Christ.

20. Nimbus (Halo)
Nimbus merupakan cahaya yang berada di belakang kepala setiap individu yang bergelar Nabi, Saint, Hawari dan Syahid(martyrs).

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment