Saturday, January 21, 2017

SUZANNA: RATU FILEM SERAM

Suzanna Martha Frederika van Osch (lahir di Bogor, Jawa Barat pada 13 Oktober 1942 – meninggal di Magelang, Jawa Tengah pada 15 Oktober 2008) merupakan seorang seniwati Indonesia berketurunan Indonesia - Eropah (Eurasia).
Beliau amat dikenali umum sebagai 'ratu filem seram Indonesia' yang sering memegang watak sebagai hantu Sundel Bolong.
Suzanna yang merupakan kacukan Jawa-Manado-Jerman-Belanda memulakan kerjaya lakonan sebagai bintang kanak-kanak yang kemudiannya menjadi salah seorang pelakon paling berjaya dalam filem seram.
Beliau telah dianugerahkan 'The Best Child Actress Award' pada Asian Film Festival 1960 dan ditakhtakan sebagai seniwati paling terkenal ketika Asia-Pacific Film Festival tahun 1972.
Kononnya, julukan 'Ratu Seram Indonesia' yang sinonim dengan beliau bukan sahaja disandarkan pada watak yang sering dipegangnya dalam filem-filem seram, tapi lebih menjurus kepada gaya hidupnya sendiri yang diselubungi misteri.
Suzanna sering dilihat makan bunga-bunga melur/melati ketika beraksi bertujuan bagi mengekalkan kecantikan hatta di usia tua.
Dia telah berkahwin sebanyak dua kali. Pertama, beliau berkahwin dengan Dicky Suprapto, juga seorang pelakon. Selepas mereka bercerai, Suzanna berkahwin pula dengan pelakon bernama Clift Sangra. Kiki Maria, anak perempuan dari perkahwinan pertama, adalah seorang pelakon.
Pada tahun 1990, Suzzanna mula bersara dari arena perfileman dan cuma kembali berlakon 18 tahun kemudian dalam filem Hantu Ambulance.
Namun, kemunculan beliau di dalam filem tersebut merupakan yang terakhir buat semua. Suzanna menghembuskan nafas terakhir pada 15 Oktober 2008 kerana penyakit kencing manis. Dia meninggal ketika berusia 66 tahun.

SENARAI FILEM LAKONAN SUZANNA
- Darah dan Doa (1950)
- Asrama Dara (1958)
- Bertamasja (1959)
- Mira (1961)
- Antara Timur dan Barat (1963)
- Aku Hanja Bajangan (1963)
- Segenggam Tanah Perbatasan (1965)
- Suzie (1966)
- Penanggalan (1967)
- Bernafas dalam Lumpur (1970)
- Tuan Tanah Kedawung (1970)
- Beranak dalam Kubur (1971)
- Air Mata Kekasih (1971)
- Napsu Gila (1973)
- Bumi Makin Panas (1973)
- Rantapan dan Rintihan (1974)
- Pulau Cinta (1978)
- Permainan Bulan Disember (1980)
- Sundel Bolong (1981)

- Lembah Duka (1981)
- Ratu Ilmu Hitam (1981)
- Sangkuriang (1982)
- Nyi Blorong (1982)
- Nyi Ageng Ratu Pemikat (1983)
- Perkahwinan Nyi Blorong (1983)
- Telaga Angker (1984)
- Dia Sang Penakluk (1984)
- Usia dalam Gejolak (1984)
- Ratu Sakti Calon Arang (1985)
- Bangunnya Nyi Roro Kidul (1985)
- Malam Jumat Kliwon (1986)
- Petualangan Cinta Nyi Blorong (1986)
- Samson dan Delilah (1987)
- Santet (1988)
- Ratu Buaya Putih (1988)

- Malam Satu Suro (1988)
- Wanita Harimau (1989)
- Pusaka Penyebar Maut (1990)
- Titisan Dewi Ular (1990)
- Perjanjian di Malam Keramat (1991)
- Ajian Ratu Laut Kidul (1991)
- Hantu Ambulance (2008)

Kredit:
thejakartapost
imdb
balipost
kapanlagi

-Debu-

No comments:

Post a Comment