Thursday, January 5, 2017

CENDEKIAWAN ISLAM DI BIDANG PERUBATAN: ZAKARIYA AR-RAZI


Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Zakariyya Ar-Razi. Orang Barat menyebutnya Rhazes. Dia dianggap sebagai salah satu doktor terbesar dalam budaya Islam dan juga salah satu pembangun kimia moden.
Prestasinya itu membuatkan dia digelar sebagai “bapa kimia moden”. Sumbangan besarnya dalam kimia ialah ketika dia membahagi bahan-bahan menjadi 4 kategori: logam, tanaman, haiwan dan bahan-bahan bernilai.
Beliau dilahirkan di Ravy, Teheran, Iran pada 846 M. Beberapa cendekiawan mengakui bahawa Ar-Razi merupakan pengasas ilmu kimia moden. Ini dibuktikan dengan hasil karya tulisan dan hasil penemuan eksperimennya.
Ar-Razi berjaya memberikan maklumat lengkap dari beberapa tindak balas kimia serta penerangan lengkap dan reka bentuk lebih dari dua puluh peralatan untuk analisis kimia serta dapat memberikan gambaran ilmu kimia secara sederhana dan rasional.
Dia juga disebut sebagai orang pertama yang mampu menghasilkan asid sulfat serta beberapa asid lainnya serta penggunaan alkohol untuk perubatan zat yang manis.
Karya-karya hebat dari beliau antara lain adalah;
i) AJ-JUDARI WA AL-HASBAH (cacar dan campak) yang telah diterjemahkan oleh J.Ruska dengan judul AR-RAZI’S BUCH: GEHEIMNIS DER GEHEMNISSE.
Selain itu, edisi bahasa Inggerisnya sejak tahun 1498-1866 M telah dicetak sebanyak 40 kali.
ii) AL-HAWI, yang dianggap sebagai intisari ilmu-ilmu Yunani, Syria dan Arab.
iii) AL-THIBBUR RUHANI (pengubatan rohani)
iv) SIRRUL ASRAR (Rahsia Segala Rahasia)
v) AL-ASRAR FIL KIMIA (Rahsia-rahsia Kimia)
vi) NAFIS FI HISBAH WAL JADARI (Pengubatan Campak dan Cacar)
vii) MAN LA YAHDHURUHUTH (Pengubatan Alternatif Apabila Tiada Doktor)

Kredit: alkurawi

-Debu-

No comments:

Post a Comment