Wednesday, January 4, 2017

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum.. Hari ni sy nk share cara buat chocolate chip cookies.. Alhamdulillah cookies ni jd kesukaan ramai customer sy. Maaf ye picture tak complete ada babak yg sy terlupa nak snap ðŸ˜‚😂
Bahan2nya sy sediakan dlm gram dn sukatan cawan.
BAHAN A
1 cwn @ 112 gram mentega
1/4 cwn @ 40 gm gula yg diblend halus
1/2 cwn @ 80 gm gula perang
1/2 cwn @ 112 gm minyak jagung
1 biji telur saiz B
1/4 sk garam halus
1/2 sb susu segar/susu tepung
1/2 sk esen vanilla
*BAHAN A disatukan dn mix sebati.
BAHAN B
2 cwn @ 250 gm tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/2 sk cream of tartar (utk merangupkan klau tak de pun tak apa)
1/4 sk soda bikarbonat
*BAHAN B disatukan kacau sebati dn di ayak 2 atau 3 kali supaya sekata.
BAHAN C
1/2 cwn @ 70gm almond nib (kalau rajin boleh goreng tanpa minyak utk lebih rangup)
1 cwn chocolate chip (beli yg local kalau imported bila dibakar boleh jd cair)

Mix dulu bhn2 ni
Kemudian masukkan minyak, telur, garam, susu dan esen vanila
Masukkan tepung yg dh diayak sebati. Adunan agak cair dn lembik ye.. Sekiranya nak tambah tepung pun boleh tp sedikit demi sedikit agak2 tak melekat di tgn. Kemudian masukkan almond nib klau nk masukkan chocolate chip terus pun boleh aje.
Sy balut dgn cling wrap dn masukkan ke dalam peti sejuk sekejap.. Kalau nk terus bakar pun boleh aje. Bulat bulatkan adunan kecil2 dn hias dgn chocolate chip. Hati2 jgn bulatkan terlalu besar dan jarakkan di atas dulang kerana adunan ni mengembang ketika dibakar. Atau boleh sudukan je kalau tak rajin nk mengentel bulat.
Bakar 20 minit suhu 175 drjh c..
Cookies yg dh siap..
*Selamat Mencuba* ðŸ˜Š

-Mayra-

No comments:

Post a Comment