Tuesday, January 24, 2017

PAPAN BATU

"Papan Batu" atau juga dikenali sebagai "Papan Selisih". Diperbuat dari kepingan kayu sebagai bingkai dan permukaan lepaan batu sebagai medium tempat tulis.
Papan batu ini digunakan secara meluas oleh murid-murid sekolah seawal tahun 1940-an. Papan batu ini berfungsi sebagai medium untuk menulis dan menyalin nota ketika belajar. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah "salin dan hafal".
Mula-mula, murid akan menulis di permukaan papan batu tentang apa yang diajar oleh guru, kemudian cuba untuk menghafalnya sebelum tulisan itu dipadam. Perkara yang sama diulang beberapa kali setiap kali ada ilmu pelajaran yang baru.
Sejenis pensil yang diperbuat dari batu digunakan sebagai alat untuk menulis di papan batu. Pensil ini dikenali sebagai "kalam batu".
Kalam batu biasanya dijual bersama-sama dengan papan batu. Kalau nak beli kemudian, harganya lebih mahal sikit. Dua batang kalam ini dijual pada harga 5 sen sahaja. Kalam ini bolehlah dianggap seperti "stylus" pakai-buang.
Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan sebelum ia menjadi sangat pendek sehingga tidak boleh dipegang dengan tangan lagi.
Untuk memadam tulisan di papan batu, boleh gunakan kain yang dibasahkan dengan sedikit air. Pemadam 'duster' ketika itu bukan mudah untuk didapati seperti sekarang.


Kredit:
ditelanzaman
tokpengulu
kaskus
brilio

-Debu-

No comments:

Post a Comment