Friday, January 13, 2017

MAKANAN PALING BAHAYA UNTUK DIMAKAN

Masakan mempunyai pelbagai cara dan aneka, tak hairanlah ramai yang mencuba sesuatu yang baru termasuk memasak dan makan sajian yang paling bahaya untuk dimakan.
Ada beberapa makanan yang boleh dikatakan bahaya untuk dimakan kerana sumbernya memang bahaya jika tersalah makan. Berikut adalah 4 jenis makanan yang bahaya untuk dimakan.

1. FUGU @ IKAN BUNTAL
Masyarakat Jepun sudah lama makan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ia sangat bahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun tetrodoxine yang mana boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan.

Jika tidak disediakan mengikut prosedur yang betul, ia boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu.

Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini!

2. SANNAKJI @ SOTONG KURITA HIDUP
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat makan Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya tercekik.

3. CASU MARZU
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian.

Apabila terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat.

Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.

4. ACCKEE PLANT
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan di sana.

Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu.

Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.

-Debu-

No comments:

Post a Comment