Tuesday, January 24, 2017

MITOS GERHANA BULAN DAN MATAHARI

Fenomena gerhana adalah dimana kedudukan bumi, bulan dan matahari adalah selari. Namun kejadian aneh dan pelik ini, selalu di campur adukkan dengan kepercayaan karut atau tahyul bagi mereka yang tidak mengerti akan kekuasaan Allah s.w.t.
Sejak zaman dahulu lagi terdapat pelbagai mitos dan andaian berkenaan gerhana bulan/matahari.
Bagi orang Arab Quraisy, gerhana bulan dikaitkan dengan kejadian-kejadian tertentu, seperti adanya kematian atau kelahiran, dan kepercayaan ini dipercaya secara turun temurun sehingga menjadi keyakinan umum masyarakat.
Di zaman Rasulullah, misalnya, pernah terjadi gerhana matahari yang bersamaan dengan kematian putera Rasul SAW yang bernama Ibrahim. Orang-orang pada saat itu menganggap terjadinya gerhana kerana kematian putera Nabi tersebut.
Pemahaman yang salah ini diluruskan oleh Rasulullah. Dalam Islam, gerhana bulan adalah bentuk keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Sebagaimana sabda Rasullah SAW dalam Hadits Riwayat Bukhari 1044,
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat gerhana tersebut, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.”
Namun bagi sekelompok masyarakat, gerhana bulan dikaitkan dengan berbagai mitos dan tahyul. Di China, ramai percaya bahawa seekor naga langit membanjiri sungai dengan darah lalu menelannya. Itu sebabnya orang Cina menyebut gerhana sebagai “chih” yang bermaksud memakan. Sampai abad ke 19, mereka biasanya membunyikan mercun untuk menakutkan sang naga.
Orang India juga percaya bahawa seekor naga yang membuat gerhana bulan. Mereka lalu menyembah sang naga dengan berendam hingga paras leher.
Sementara di Jepun, ramai percaya waktu gerhana ada racun yang disebarkan ke bumi. Dan untuk menghindari air di bumi dicemari racun, mereka menutupi telaga-telaga mereka.
Kaisar Louis dari Perancis meninggal dunia setelah mengamati gerhana pada tahun 840. Kononnya, dia begitu bingung saat kegelapan selama 5 minit dan meninggal kerana begitu takut.
Di Indonesia, khususnya Jawa menganggap bahawa Batara Kala (raksasa jahat) memakan bulan. Maka masyarakat Jawa khususnya kanak-kanak memukul kentongan pada saat gerhana untuk menakutkan dan mengusir Batara Kala.

Kredit: v12gether

-Debu-

1 comment:

  1. Yuk Gabung Bersama Kami Hanya di RoyalQQ

    Minimal Deposit Hanya Rp 15.000

    RoyalQQ juga membagikan Bonus 0.5% SETIAP HARI

    Gabung dan main bersama kami hanya di RoyalQQ

    LINK : https://goo.gl/WdAxAK

    JACKPOT menanti anda^^

    ReplyDelete