Tuesday, January 17, 2017

BAGAIMANA MUTIARA TERBENTUK DALAM TIRAM?

Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandungi kalsium dan vitamin A. Tiram terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi.
Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau.
Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Insang menapis plankton daripada air dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.
Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.
Tiram yang dimakan tidak mampu menghasilkan mutiara berkualiti tinggi, sungguhpun salah faham pendapat sering dijumpai. Sering kelihatan dalam gambaran atau gambar di mana tiram yang boleh dimakan dikaitkan dengan mutiara berkualiti tinggi.
Tiram boleh menghasilkan mutiara apabila bahan asing terperangkap di dalamnya.Tiram akan bertindak balas dengan gangguan tersebut lalu menghasilkan nakri iaitu kombinasi kalsium dan protein.
Nakri akan meliputi bahan-bahan asing dalam tempoh tertentu lalu menghasilkan mutiara. Mutiara yang terbesar pernah ditemui adalah seberat 30.8 kilogram dikenali sebagai Mutiara Lao-tze di temui di Filipina pada 1934 dalam tiram gergasi. Mutiara itu berukuran 24 cm panjang dan 14 cm dalam ukuran diameter.

Mutiara Lao-tze
Kredit:
Majalah Estidotmy
blogfyna

-Debu-

No comments:

Post a Comment